Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022
Coat of arms of Malaysia.svg
Tarikh19  – 24 November 2022
PenyebabParlimen tergantung akibat ketiadaan gabungan parti melepasi majoriti ringkas Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum Malaysia 2022
Hadirin
Hasil

Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022 ialah sebuah kemelut politik yang berlaku setelah berlangsungnya pilihan raya umum Malaysia 2022 (PRU-15). Kemelut ini berlaku disebabkan tiadanya gabungan parti politik yang memperoleh majoriti setelah keputusan PRU-15 diumumkan pada 20 November 2022. Kesannya, tiada parti politik yang mampu menubuhkan kerajaan majoriti lantas mengakibatkan berlakunya parlimen tergantung.

Kemelut ini ialah kesinambungan daripada krisis politik negara yang bermula sejak akhir 2020, yang membawa kepada keruntuhan gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta penubuhan gabungan utama baharu, Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan tidak lama kemudian. Walau bagaimanapun, krisis dalaman PN, ditambah dengan kesan pandemik COVID-19 menyebabkan kerajaan itu tumbang juga, dan Barisan Nasional (BN) pula naik menjadi kerajaan pada 2021. BN pula ikut sama mengalami krisis dalaman, membawa kepada pelaksanaan PRU-15 secara mengejut, dan disertai ketiga-tiga gabungan utama yang disebut.

Dengan ketiga-tiga blok memiliki sokongan yang besar, ramalan awal sudah menjangkakan PRU-15 akan tidak membawa mana-mana blok melepasi majoriti;[1] ini menjadi hakikat dengan tiada parti secara rasminya melepasi kuota majoriti ringkas— sekurang-kurangnya 112 kerusi. Dengan ini, blok-blok parti, terutamanya PN dan PH, dua parti dengan jumlah kerusi terbesar, bertungkus-lumus untuk membentuk satu kerajaan gabungan. Kemelut ini dicirikan oleh pelbagai isu, terutamanya keengganan blok parti untuk bergabung antara satu sama lain serta krisis dalaman parti. Kemelut ini turut melibatkan pihak raja-raja Melayu yang cuba menyelesaikan kemelut, dan akhirnya, ketua PH, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 negara pada 24 November.

Tempoh kekosongan kuasa ini turut dicirikan dengan perluasan pengaruh ekstremis dalam kalangan rakyat, terutamanya antara pihak haluan kiri pro-PH dan pro-PN berhaluan kanan, yang menyebabkan penguatan pemerhatian oleh pihak berkuasa.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 2022 ialah sebuah pilihan raya mengejut yang diadakan pada 19 November 2022 yang dianjurkan selepas Parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah atas hajat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober. Dalam keputusan rasmi, tiada gabungan parti yang membentuk majoriti— sekurang-kurangnya 112 kerusi, mencetuskan situasi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia.[2] Pakatan Harapan (PH) memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) tidak jauh ketinggalan dengan penguasaan kuat di kawasan utara negara, terutamanya dengan dominasi penuh di Perlis, Kelantan dan Terengganu.[3] Barisan Nasional dengan 30 kerusi, memperoleh kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula memperoleh dominasi ketara di Sarawak. Gabungan serta parti lain yang menang termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan di Sabah, dan beberapa parti skala kecil, termasuk calon-calon bebas.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas keputusan rasmi diumumkan, kedua-dua ketua blok terbesar, Anwar Ibrahim (PH) dan Muhyiddin Yassin (PN) mendakwa bahawa mereka sudah memiliki gabungan yang cukup melepasi majoriti, tetapi kedua-duanya tidak menghurai dengan lanjut ciri-ciri tentang gabungan yang didakwa mereka.[4][5]

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, memberikan semua pemimpin parti/gabungan masa hingga 2 petang, Isnin, 21 November untuk menyerahkan nama calon Perdana Menteri yang disokong mereka kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[6] Walau bagaimanapun, dengan pembinaan gabungan majoriti masih tidak berhasil, tarikh akhir dilanjutkan lagi 24 jam sehingga hari keesokannya.[7]

Mulai petang hari itu, Al-Sultan Abdullah mula memanggil para parti/gabungan, pada 22 dan 23 November untuk menilai sokongan para ahli politik dan melantik Perdana Menteri.[8][9] Pada 24 November, Majlis Raja-Raja bermesyuarat dalam menyelesaikan kemelut.[10] Kesudahannya, ketua PH, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada hari sama, dan angkat sumpah dijalankan pada hari sama.[11]

Perikatan Nasional[sunting | sunting sumber]

Pihak PN dalam pengumuman selepas pertemuan di Istana Negara menegaskan bahawa mereka tidak mahukan kerjasama dengan PH, dan mendakwa bahawa mereka kini memiliki sokongan 115 kerusi, tetapi disangkal pihak istana.[12] Menurut sumber media, deklarasi sokongan 115 kerusi itu termasuk keseluruhan GPS dan sebilangan ahli BN, dan dikatakan tidak sehaluan dengan pegangan sebenar GPS.[13]

Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

BN selaku parti pemenang ketiga terbesar, dengan 30 kerusi, dilihat sebagai pemain utama yang bakal menentukan pembentukan kerajaan. Sejak sebelum PRU lagi, pihak BN bertegas untuk tidak berpakat dengan PH, dengan pegangan "tidak kepada Anwar, tidak kepada DAP".[14] Walau bagaimanapun, dalam kemelut ini, UMNO turut menghadapi bantahan dalaman yang membesar terhadap presiden UMNO dan pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berikutan prestasi PRU terburuk BN dalam sejarah. Pihak orang besar, akar umbi UMNO serta komponen BN lain, MCA dan MIC[15] mendesak agar Zahid meletak jawatan.[16] Isu ini bertambah buruk apabila Zahid secara sendiri didakwa ingin berpihak dengan PH agar dapat menjadi Perdana Menteri.[17]

Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada 22 November bahawa mereka tidak akan menyokong penggabungan dengan kedua-dua PH mahupun PN dalam pembentukan kerajaan persekutuan.[18]

Gabungan Parti Sarawak[sunting | sunting sumber]

Pada 20 November, ketua GPS Abang Johari Tun Openg mengeluarkan satu kenyataan, mendakwa bahawa GPS akan membentuk kerajaan dengan PN, BN dan GRS, sekaligus melepasi majoriti. Walau bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan kontroversi. Pihak akar umbi GPS menentang kerjasama dengan PN, terutamanya PAS, atas kebimbangan doktrin pro-Melayu-Islam PN ke atas perpaduan rakyat Sarawak.[19] Pada 23 November, wakil-wakil rakyat GPS dipanggil menghadap pihak istana dalam cubaan penyelesaian konflik.[20]

Gabungan Rakyat Sabah[sunting | sunting sumber]

Setelah GRS memenangi 6 Kerusi pada Pilihan raya umum, ketua GRS, Hajiji Noor telah mencapai perbincangan dengan ketua GPS, Abang Johari Abang Openg, untuk sepakat membentuk blok borneo dari kedua-dua negeri.[19] Hajiji juga menyatakan untuk menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 10.[21] Ahli-ahli parlimen dari GRS juga dipercayai telah berjumpa dengan Muyiddin Yassin di kediaman beliau.[22] Namun begitu, ketua BN Sabah, Bung Moktar menyifatkan bahawa sokonga GRS ke atas PN adalah melanggar perjanjian kerjasama BN-GRS.[23] Namun demikian, Hajiji menolak dakwaan tuduhan Bung ke atas GRS.[24][25][26] Pada 24 November, GRS akhirnya akur dengan keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.[27][28][29]

Kronologi[sunting | sunting sumber]

19/11/22 - PRU15

20/11/22- SPR Umum tiada parti perolehi majoriti mudah utk bentuk kerajaan

20/11/22 - YDPA titah kemukakan nama calon PM10

20/11/22 - Parti BN mohon YDPA lanjut tempoh mengemukakan nama calon PM10

20/11/22 - YDPA Perkenan perlanjutan tempoh kemukakan nama calon PM10

21/11/22 - Rundingan Parti PH dan Parti BN di Hotel Seri Pacific

21/11/11 - Parti BN membuat keputusan tidak memihak kepada gabungan Parti PH atau Parti PN

21/11/22 - YDPA didapati tiada calon PM peroleh majoriti di dewan

22/11/22 - YDPA titah ketua-ketua gabungan parti (PH dan PN) menghadap dan mencadangkan bentuk Kerjaan Perpaduan

22/11/22 - Parti Perikatan Nasional menolak cadangan bentuk Kerajaan Persekutuan

22/11/22 - YDPA titah wakil rakyat BN menghadap secara individu dan Ketua parti Gabungan GPS pada Agong

23/11/22 - YDPA titah Parti BN dan Parti GPS pertimbang bentuk kerajaan persekutuan

23/11/22 - YDPA memanggil Mesyuarat Khas MRR pada 24/11/22

23/11/22 - Rundingan Parti PN dan BN di Hotel St Regis KL

23/11/22 - MCA dan MIC mengesahan Pengerusi BN membelakang MKT BN dalam mengutus surat sokongan kepada Parti PH untuk membentuk kerajaan.

23/11/22 - Mesyuarat Khas MKT UMNO mengambil ketetapan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan yang tidak diterajui PN.

24/11/22 - Mesyuarat Khas MRR di Istana Negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chen, Heather (18 November 2022). "Malaysia is voting after years of political instability. The result is impossible to predict". CNN. Dicapai pada 20 November 2022.
  2. ^ "PRU15: Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR". Astro Awani. 20 November 2022. Dicapai pada 20 November 2022.
  3. ^ Razak, Radzi (20 November 2022). "Perikatan supporters upbeat after clean sweep in Kedah, Kelantan and Terengganu". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 November 2022.
  4. ^ Azaman, Afiezy (20 November 2022). "PRU15: Pakatan Harapan peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan - Anwar". Astro Awani. Dicapai pada 22 November 2022.
  5. ^ "Muhyiddin: I have the numbers to be PM". The Star. 20 November 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
  6. ^ "GE15: Istana Negara wants parties to submit finalized coalitions and PM candidate by 2pm tomorrow". New Straits Times. 20 November 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
  7. ^ "Deadline for Malaysia coalitions to present numbers, propose PM candidates extended to Tuesday: Palace". CNA. 21 November 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
  8. ^ "Malaysia election latest: Impasse continues; Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin to meet king at 4.30pm". South China Morning Post. 22 November 2022. Dicapai pada 22 November 2022.
  9. ^ Rosli, Hafizi (22 November 2022). "Pasca PRU15: 30 Ahli Parlimen BN menghadap Agong secara individu esok". Astro Awani. Dicapai pada 22 November 2022.
  10. ^ "Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok - Laporan". Astro Awani. 23 November 2022. Dicapai pada 23 November 2022.
  11. ^ "PRU15: Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10". BERNAMA. 24 November 2022. Dicapai pada 24 November 2022.
  12. ^ Iskandar, Iylia Marsya (23 November 2022). "'We will not work with Pakatan'". The Star. Dicapai pada 23 November 2022.
  13. ^ Yunus, Arfa (22 November 2022). "Sources: Muhyiddin prematurely included GPS, some BN numbers for his 115 SDs". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 November 2022.
  14. ^ Yatim, Norhaspida (21 November 2022). "PRU15: Akar umbi UMNO pegang prinsip 'No Anwar, No DAP'". Sinar Harian. Dicapai pada 23 November 2022.
  15. ^ "PRU15: 'Anggaplah ini satu pengajaran..' - MCA, MIC desak Ahmad Zahid lepaskan jawatan Pengerusi BN". Astro Awani. 20 November 2022. Dicapai pada 23 November 2022.
  16. ^ "PRU15: Akar umbi mula desak Zahid Hamidi berundur". Astro Awani. 20 November 2022. Dicapai pada 23 November 2022.
  17. ^ "GE15: Umno leaders reiterate 'No Anwar, No DAP' stance, urge Zahid to resign". The Star. 21 November 2022. Dicapai pada 23 November 2022.
  18. ^ "GE15: Ismail Sabri: BN won't support any coalition to form federal govt". New Straits Times. 22 November 2022. Dicapai pada 22 November 2022.
  19. ^ a b Izwan, Abdullah (20 November 2022). "PRU15: Sabah, Sarawak sepakat bentuk Blok Borneo". Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2022.
  20. ^ Ling, Sharon (23 November 2022). "GE15: GPS MPs summoned to Istana Negara". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 November 2022.
  21. ^ ., Bernama (21 November 2022). "GRS sokong Muhyiddin sebagai perdana menteri - Hajiji". Malaysia kini. Dicapai pada 24 November 2022. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  22. ^ Kosmo (20 November 2022). "Pemimpin politik Sabah keluar dari kediaman Muhyiddin". Kosmo Online. Dicapai pada 24 November 2022.
  23. ^ Reporters, FMT (20 November 2022). "GRS sokong PN, isytihar perang terhadap BN Sabah, kata Bung". Free Malaysia Today. Dicapai pada 24 November 2022.
  24. ^ Bernama (22 November 2022). "Pasca PRU15: GRS tolak tuduhan isytihar 'perang' tehadap BN Sabah - Hajiji". Astro Awani. Dicapai pada 24 November 2022.
  25. ^ Malaysia Kini (23 November 2022). "'Tiada perang', GRS-BN kekal utuh terajui Sabah - Joniston". Malaysia Kini. Dicapai pada 24 November 2022.
  26. ^ Tracy Bul (23 November 2022). "Bung, Hajiji takkan perang, kata pemimpin GRS". Free Malaysia Today.
  27. ^ Pasukan Malaysiakini (24 November 2022). "GRS akur apa saja titah Agong untuk wujudkan kerajaan perpaduan". Malaysia kini.
  28. ^ "Sabah sedia kerjasama dengan kerajaan Persekutuan". Sinar Harian. 24 November 2022.
  29. ^ "GPS, GRS, BN sokong PH, Anwar PM Ke-10". The Malaya Post. 24 November 2022.