Warta Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Warta Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan di RTM1 selama setengah jam pada jam 8:00 malam.

Warta Perdana memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara termasuk berita nasional, tempatan, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan, politik dan sebagainya.

Warta Perdana pernah disiarkan selama sejam, kemudian ditukarkan kepada 45 minit, tetapi dipendekkan kini hanya bersiaran selama 30 mnit dengan berita yang lebih padat.

Warta Perdana juga ialah satu-satunya rancangan berita dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat Malaysia terletak di bawah kanan skrin televisyen.

Warta Perdana sekarang dikenali sebagai 'Berita Nasional' semenjak 2009.

Pembaca Berita[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]