5 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari November 5)
| << | November 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| MMXIII | ||||||
5 November merupakan hari ke-309 (hari ke-310 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 56 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Malam Guy Fawkes di United Kingdom (1605) dan beberapa negara Komanwel.
Peristiwa[sunting]
- 1688 - Revolusi 1688: Putera William dari Orange yang bermazhab Protestan mendarat di Brixham, Devon, dalam perjalanan menggulingkan bapa mertuanya Raja James II yang Katolik.
- 1838 - Kejatuhan Republik Persekutuan Amerika Tengah bermula apabila Nicaragua keluar daripada kesatuan tersebut.
- 1872 - Pejuang hak mengundi Susan B. Anthony menjadi wanita pertama mengundi dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Dia kemudian didenda $100.
- 1911 - Selepas mengisytiharkan perang terhadap Empayar Uthmaniyyah pada 29 September, Itali mengilhak Tripoli dan Cyrenaica.
- 1917 - St. Tikhon dari Moscow dilantik sebagai "Bapa" Moscow dan Gereja Ortodoks Rusia.
- 1935 - Permainan papan Monopoly versi Parker Brothers dikeluarkan.
- 2006 - Saddam Hussein disabitkan hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.
- 2007 - Kapal angkasa lepas tanpa manusia Program Penjelajahan Qamari China, Chang'e 1 (gambaran artis), memasuki orbit qamari.
- 2008 - Barack Obama daripada Parti Demokrat menjadi warga Afrika-Amerika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- 2009 - Kemboja dan Thailand saling memanggil pulang duta mereka selepas kerajaan Kemboja melantik bekas Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ekonomi.
- 2009 - Mejar Nidal Malik Hasan mengamuk di pangkalan Tentera Darat A.S. Fort Hood, penembakan paling dahsyat di pangkalan tentera A.S.
- 2010 - Letusan berterusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan lebih 150 orang dan memaksa ratusan ribuan lagi berpindah.
Kelahiran[sunting]
- 1900 - Natalie Schafer, pelakon AS
Kematian[sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||