Kolej Islam Sultan Alam Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 106: Baris 106:
''Membentuk peribadi mulia,''
''Membentuk peribadi mulia,''


''Berkhidmat pada nusa dan bangsa.''
''Berkhidmat pada nusa dan bangsa.aaaaaaaaaaa''

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaa

== Anugerah ==
== Anugerah ==
*Sekolah Elit
*Sekolah Elit

Semakan pada 14:04, 16 Jun 2015

Kolej Islam Sultan Alam Shah
Logo KISAS
Lokasi
Klang, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster, Sekolah berprestasi tinggi
MotoBersama Merangkul Keunggulan
Ditubuhkan1955
Nombor sekolah03-33711658
Kod sekolahBRA0001
Pengerusi PIBGProf. Dr. Mohd Khalil bin Roslan
PengetuaTn. Hj. Omar bin Salleh
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mohd Nordin bin Mohd Tohir
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mustafa Kamal bin Dato' Jamaludin
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mohd Azlan bin Abd Aziz
Faks03-33721148
Laman sesawang

Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia. KISAS atau SASIC (Sultan Alam Shah Islamic College), juga merupakan 'Sekolah Berprestasi Tinggi' sejak tahun 2010 (Kohort 1).

Sejarah

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Klang.

Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya diwakafkan oleh Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan roh-roh Islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.

Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya (kini Pusat Pengajian Persediaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan seterusnya ke Bangi menjadi Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi dilaksanakan di Klang.

Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran dan menjadikan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama Kolej Islam Kelang. Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini.

Kemudian pada 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan.

Fail:Bg front.png
Bangunan Pejabat yang telah diubahsuai

Kronologi Penubuhan KISAS

1. 1374H / 1955M

8 April - Perasmian Kolej Islam Malaya (nama kolej ketika itu) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Al- Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Bangunannya adalah sebuah istana hadiah baginda sultan.

2. 1386H / 1966M

Kursus Tertinggi Kolej Islam Malaya dipindahkan ke Petaling Jaya sementara Kursus Persediannya dikekalkan di Klang dan nama kolej ketika itu telah diubah dengan rasminya kepada 'Kolej Islam Kelang'. Pada ketika yang sama Sijil Pelajaran Malaysia telah diperkenalkan di sini.

3. 1387H / 1967M

Kursus Persedian tersebut telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Islam Kelang dimajukan sebagai sebuah sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan.

4. 1389H / 1969M

Kursus Sijil Rendah Pelajaran dihapuskan. Hanya calon yang mempunyai SRP dan kepujian dalam matapelajaran Agama Islam serta lulus Bahasa Arab diterima ke Kolej. Kursus Tingkatan Enam diperkenalkan.

5. 1391H / 1971M

Kelas Tingkatan Empat telah dibuka untuk pelajar tingkatan empat.

6. 1392H / 1972M

Kolej Islam Kelang dijadikan sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan.

7. 1410H / 1989M

Perasmian nama baru kolej dari Kolej Islam Kelang kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Syiar Kolej

"Fastaqim kama umirta,"

Dipetik dari surah Hud, ayat 112. Ia bermaksud 'Maka tetaplah (istiqamah) kamu diatas jalan yang telah kamu diperintahkan'.

Moto Kolej

'Bersama Merangkul Keunggulan'.

Misi Kolej

Menyediakan program pendidikan yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi murid yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025.

Visi Kolej

Melahirkan generasi ulul albab yang bertaraf dunia.

Matlamat Kolej

Melahirkan pemimpin yang bertaqwa dan berintelektual tinggi.

Lagu Kolej

Dengan kurnia Allah yang esa,

Kolej Islam tegak perkasa,

Memenuhi hasrat dan bangsa,

Tinggi pengajian agama,

Bersendikan ilmu dan iman,

Melahirkan manusia taqwa,

Penuh nilai budi bahasa,

Bentuk moral faham dunia,

Di kala zaman pancaroba,

Kolej Islam terus berjasa,

Membentuk peribadi mulia,

Berkhidmat pada nusa dan bangsa.aaaaaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaa

Anugerah

Pencapaian

1) Akademik

  • Mendapat tempat pertama seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM untuk 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2004 dan 2005.
  • Mendapat tempat pertama seluruh Malaysia dalam peperiksaan STPM untuk 6 tahun berturut-turut iaitu tahun 2008,2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.[1]
  • Mendapat tempat kedua seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM pada tahun 2000, 2007 dan 2008.
  • Mendapat tempat ketiga seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM tahun 2001, 2002, 2003 dan 2006.
  • Mendapat tempat kelapan pada SPM tahun 2011, keenam pada SPM tahun 2012 dan keduabelas pada SPM tahun 2013.
  • Mendapat tempat keempat pada SPM 2014.

2) Kokurikulum

  • Pernah mendapat Johan Kebangsaan dalam bahas Bahasa Melayu, bahas Bahasa Inggeris, bahas Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran, pesta pantun, drama kerjaya, pidato Piala Diraja, syarahan agama kategori lelaki dan perempuan. Juga pernah menjadi johan sepanjang masa dalam pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP).
  • Pernah mendapat Naib Johan Kebangsaan dalam pertandingan reka cipta dan inovasi antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  • Pernah mendapat tempat Ketiga dalam 4th Biennial Residential School English Drama Competition 2013 (National Final) (Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali Keempat 2013 Peringkat Kebangsaan) dan merangkul 'Anugerah Pelakon Tambahan Lelaki Terbaik'.
  • Johan zon tengah Malaysia F1 in School.
  • Johan dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Gamelan Melayu SBP pada tahun 2011 dan 2012.
  • ALKIS GEMAWAN (AWAN) merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Gamelan Melayu Kebangsaan dan mendapat 'Anugerah Lagu Tradisional Terbaik'.

Sistem Pembelajaran & Pengurusan

Sistem pembelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain dari tiga peperiksaan konvensional, para pelajar juga boleh memilih untuk mengambil satu peperiksaan dalaman khas iaitu Sijil Khas Kolej (SKK) namun wajib untuk pelajar aliran sains sosial agama.

Majlis Pengurusan Kolej Islam Sultan Sultan Alam Shah adalah seperti berikut:-

Pengetua  : Tuan Haji Omar bin Salleh

Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik : Encik Mohd Nordin bin Mohd Tohir

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  : Encik Mustafa Kamal bin Dato' Jamaluddin

Penolong Kanan Kokurikulum  : Encik Mohd Azlan bin Abd. Aziz

Penolong Kanan Tingkatan 6  : Tuan Haji Abdullah bin Hassan

Ketua Jabatan Bahasa  : Puan Salma binti Man

Ketua Jabatan Pengajian Islam  : Puan Hajah Rashidah Nor binti Shamsudin

Ketua Jabatan Sains & Matematik  : Puan Farhanah binti Abdullah

Ketua Jabatan Kemanusiaan  : Puan Aznora binti Mohd Kamal

Ketua Jabatan Teknik & Vokasional  : Puan Hajah Saadiah binti Abu Bakar

Tingkatan

  • Menengah Atas
    • Tingkatan Empat
    • Tingkatan Lima
  • Pra-Universiti
    • Tingkatan Enam Bawah
    • Tingkatan Enam Atas

Aliran

Matapelajaran

Teras

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah

Elektif

  • Bahasa Arab Tinggi
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Sains

Kebitaraan

Penanda arasan bagi anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

  • Bahasa Arab
  • Pengucapan Awam
  • Silat

Etos Kolej

Penanda arasan bagi anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

  • Silat
  • Nasyid

Kemudahan

Dewan Besar / Dewan Al-Muttaqin wal Muthaqqafin

Merupakan tempat berlangsungnya acara rasmi seperti perhimpunan Isnin, sambutan-sambutan peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Terletak di hadapan blok D.

Dewan Terbuka / Centre of Excellence (CoE)

Dewan ini adalah di mana perhimpunan harian (selain daripada perhimpunan Isnin) dijalankan. Selain itu, dewan ini digunakan sebagai alternatif jika dewan besar tidak boleh digunakan atas sebab sebab yang tertentu. Ia terletak di belakang blok B bersebelahan dewan kuliah.

Dewan Riadah / Gimnasium

Gimnasium ini digunakan untuk latihan seni mempertahankan diri. Terletak berhampiran blok F.

Dewan Peperiksaan Tingkatan Enam

Terletak di blok C, ia juga dipanggil dewan kecil. Ia digunakan untuk majlis berskala kecil.

Dewan Kuliah / Dewan Ulul Albab (DUA)

Dewan ini adalah dewan yang penting di KISAS. Ia adalah sumbangan Kerajaan Arab Saudi. Dewan ini delengkapi dengan projektor, smartboard, whiteboard, penghawa dingin dan kerusi bermeja.

Pejabat

Pejabat ini adalah satu-satunya bangunan istana yang masih kekal wujud sehingga hari ini.Ia lebih dikenali sebagai Istana Jemaah, mengambil nama bersempena isteri tuanku Sultan Hisammudinn iaitu Tengku Ampuan Jemaah. Ia terletak di antara blok A, B dan C. Di sinilah terletaknya pejabat pengetua.

Bilik Guru

Ia terletak di blok A tingkat 2 dan di blok C tingkat 1. Di blok A, tingkat 2 menempatkan bilik guru-guru tingkatan 6, bilik-bilik ketua bidang dan bilik-bilik guru cemerlang manakala di blok C tingkat 1 menempatkan bilik guru tingkatan 4 dan 5.

Kantin / Kafeteria

Dikenali sebagai 'kantin berbayar' yang terletak di belakang dewan kuliah.

Padang Kecil

Terletak di sebelah bangunan A. Ia selalu digunakan untuk aktiviti riadah oleh pelajar lelaki.

Padang Besar

Padang ini digunakan oleh kolej ketika sukan tahunan bagi acara-acara tertentu dan latihan sukan ragbi.

Bilik Peperiksaan

Bilik ini adalah di mana guru-guru menggubal soalan dan menyimpan soalan dalaman.Bilik ini juga dilengakapi dengan komputer dan mesin cetak untuk menyemak kertas berbentuk jawapan objektif beraneka (JOB).

Bilik Kokurikulum

Ia adalah tempat perancangan aktiviti kokurikulum serta nadi gerak kokurikulum kolej. Selain itu, bilik bagi penolong kanan Kokurikulum dan guru penyelaras kokurikulum ditempatkan di sini.

Bilik Kemahiran Al-Quran

Terletak di bangunan C. Bilik ini dilengkapi dengan surau yang berada bersebelahan.

Bilik Rawatan

Bilik ini digunakan untuk berhubung dengan Penyelia Asrama (Kesihatan).

Pusat Sumber

Perpustakaan / PERKISAS

Terletak di bangunan B, PERKISAS adalah sumber pengetahuan yang penting serta boleh diakses oleh semua pelajar kolej.

Bilik Tayangan Utama (BTU)

Terletak di sebelah PERKISAS merupakan mini-auditorium yang digunakan ketika mesyuarat, juga berfungsi sebagai bilik sambutan delegasi luar yang melawat ke KISAS.

Bilik Alat Pandang Dengar (APD)

Bilik ini biasa digunakan untuk pembelajaran interaktif.Bilik ini delengakapi dengan mesin OHP, projektor dan televisyen.

Makmal Komputer

Makmal Komputer Lelaki dan Makmal Komputer Perempuan terletak di bangunan yang berbeza. Dilengkapi dengan set komputer dan akses internet jalur lebar.

Dar Warisatul Anbiya'

Medan bagi para pelajar Kolej Islam untuk berpidato secara terbuka. Medan ini juga alternatif bagi dewan terbuka jika dewan terbuka tidak boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu.

Koperasi

Nadi ekonomi pelajar kolej ini terletak di bangunan B. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Koop-Putera dan Koop-Puteri.

Galeri

Banggunan ini baru dibina bersebelahan dengan Dewan Ulul Albab atau lebih dikenali sebagai Dewan Kuliah. Galeri ini berada di tingkat dua dan dibina secara berkaca. Bilik ini menempatkan ratusan plak, piala dan sijil yang diterima oleh Kolej Islam dari generasi pertama sehinggalah hari ini. Galeri lama kini telah diubahsuai bagi menempatkan pelajar tingkatan enam.

Asrama

Asrama Putera

Mengandungi empat buah blok banggunan iaitu blok A,B,C dan D. Blok A iaitu Blok bagi Rumah Thariq yang berwarna hijau ialah banggunan asrama paling lama, iaitu dibina pada tahun 60-an. Blok B bagi Rumah Ali (Kuning), dibina pada tahun 70-an manakala Blok C bagi Rumah Omar (Merah) dan Blok D bagi Rumah Khalid (Biru), dibina pada tahun 80-an. Disebelah blok Khalid terletaknya dewan makan Putera. Disebelah blok Omar dan blok Khalid juga terletaknya padang tenis. Disebelah blok Thariq dan Ali terletaknya rumah ketua warden.

Asrama Puteri

Berbeza dengan asrama Putera yang terletak di seberang jalan sekolah dan hanya boleh diakses dengan jejantas, asrama Puteri terletak didalam sekolah bersebelahan dengan kantin, padang besar dan Sekolah Menengah Jenis Persendirian Cina Chung Hwa. Asrama Puteri mengandungi 2 buah blok asrama 4 tingkat yang besar, sebuah padang futsal, padang hoki dan padang bola jaring. Didalamnya juga terdapat dewan makan Puteri dan 4 buah kuarters guru. Di sebelah belakangnya, terdapat kediaman rasmi pengetua Kolej Islam.

Mussola (Surau)

Mussola Sayyidina Ali

Lebih dikenali sebagai surau Putera, terletak didalam asrama Putera, tingkat bawah Blok Ali. Asrama ini menyaksikan pelbagai tazkirah, kuliah dan solat fardhu secara berjemaah. Surau ini juga dijadikan sebagai tempat berkumpul bagi seluruh warga Putera jika terdapat sebarang panggilan.

Mussola Sayidatina Khadijah

Terletak dibawah Blok E asrama Puteri. Mussola ini sudah tidak digunakan lagi sebagai musolla sebaliknya digunakan sebagai bilik dobi dan bilik rehat pelajar

Mussola al-Muqarabin

Terletak didalam asrama Puteri, baru dibina bagi menggantikan Mussola Sayidatina Khadijah. Sangat luas malahan mampu menampung kesemua warga Putera Puteri Kolej Islam. Disini menyaksikan pelbagai acara rasmi sekolah yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan seperti, Ihya Ramadhan, sambutan Hari Raya Aidil Adha dan pelabagai lagi. Pada tahun 2010, pihak Kolej tidak membenarkan pelajar yang mengambil SPM untuk pulang, maka disinilah tempat semua warga Kolej berkumpul menyambut hari raya bersama-sama. Pada tahun 2009 juga, pengetua Kolej Islam sendiri iaitu Ustaz Abdullah Jusoh yang menyampaikan khutbah hari raya Aidil Adha. Berbeza dengan tahun 2010, semua pelajar diminta untuk bersolat hari raya di Masjid Diraja Sultan Sulaiman yang terletak bersebelahan dengan Istana Alam Shah.

Dewan Makan

Dewan Makan Putera

Terletak di dalam asrama putera di belakang Blok Khalid. Boleh memuatkan sebanyak 400 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Dewan Makan Puteri

Terletak didalam asrama puteri.

Bilik Makan VIP

Terletak didalam kantin. Digunakan bagi menyambut delegasi bertaraf VIP sahaja seperti ketua ketua sektor mahupun pengarah jabatan.

Bilik Makan VVIP

Terletak di sebelah surau kecil guru. Bilik ini digunakan hanya digunakan bagi menyambut ketibaan VVIP seperti tuanku Sultan Selangor dan kerabat, menteri-menteri mahupun orang ternama dari luar negara.

White House (Rumah Tetamu)

Dahulunya ia merupakan rumah tetamu bagi tuanku sultan. Selepas tuanku sultan bermurah hati mewakafkan istananya, rumah ini dijadikan rumah tetamu dan rumah warden. Semenjak tahun 90-an, rumah ini tidak lagi dihuni kerana keadaannya yang sudah tidak selamat. Rumah ini tidak boleh diruntuhkan kerana rumah ini dan Istana Jemaah telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2010.

Aktiviti pelajar

KISAS cukup dikenali dengan kebitaraannya iaitu pengucapan awam, bahasa Arab serta silat. Selain itu, aktiviti lain juga membawa reputasi yang memuaskan. KISAS juga sangat mementingkan kemahiran pelajar berorganisasi.

Kelab dan persatuan

  • Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PERSADA)
  • English Language Society (ELS)
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains
  • Persatuan Sejarah
  • Kelab Kerjaya
  • Kelab PROSTAR
  • Kelab UNESCO
  • Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (Kelab SPBT)
  • Kelab Usahawan Muda (KUM)
  • Kelab Pencegahan Jenayah
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Kebudayaan & Kesenian Islam
  • Kelab Fotografi dan Videografi (SASIC Multilens Club @ SMC)
  • Kelab Kemahiran Al-Quran (KKQ)

Perwakilan kolej

  • Sijil Lencana Anti-Dadah (SLAD)
  • Soutul Mujahideen - Kumpulan Nasyid KISAS
  • The Pearl of Waqafan - Kumpulan Drama KISAS
  • Gema Gamelan Waqafan (GEMAWAN) - Kumpulan Gamelan KISAS
  • Anak Dikir Waqafan (ANDIQA) - Kumpulan Dikir Barat KISAS
  • Komuniti Debat KISAS - Kumpulan Debat KISAS

Pakaian seragam

Seni pertahanan diri

Sukan dan permainan

  • Bola sepak
  • Bola baling
  • Ragbi
  • Tenis
  • Badminton
  • Permainan dalaman
  • Hoki
  • Kriket
  • Bola tampar
  • Bola keranjang
  • Bola jaring
  • Sepak takraw
  • Memanah
  • Petanque
  • Ping pong

Badan Khas

  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  • Lembaga Ketua Pelajar (LKP)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Majlis Perwakilan Pra-Universiti (MPPU)
  • Perbadanan Pustakawan KISAS (PerKISAS)
  • KISAS Media Team (KMT) (dahulu - Multimedia Unit (MMU)
  • Kelab Sains Komputer (KSK)
  • Komiti Makanan Putera / Puteri (KOMETRA / KOMETRI)
  • Majlis Ketua Tingkatan (MKT)
  • Ahli Jawatankuasa Koperasi (Koperasi)

Senarai Pengetua

Terdapat sebanyak 15 orang pengetua yang telah berkhidmat di Kolej Islam:-[2]

1955 - 1956 : Dato' Haji Ismail Omar Abdul Aziz

1956 - 1963 : Tan Sri Professor Dr. Mohamad Abd. Rauf

1964 - 1966 : Tan Sri Profesor Abdul Jalil Hassan

1967 - 1975 : Ustaz Haji Nik Mohd. Mohyideen Musa (AMN)

1977 - 1981 : Dato' Haji Zainal Abidin Abdul Kadir

1981 - 1983 : Ustaz Haji Alwi Yusoff

1983 - 1986 : Ustaz Haji Ghaffar Sareh

1987 - 1997 : Ustaz Haji Abdul Morat Abd. Samat

1997 - 1999 : Ustaz Haji Ahmad Ismail

1999 - 2000 : Ustaz Haji Samingan Haji Noor

2000 - 2003 : Ustaz Haji Abdullah Hussain

2003 - 2005 : Ustaz Haji Rohmat Jusoh

2005 - 2007 : Ustaz Haji Abdullah bin Md. Din

2007 - 2008 : Tuan Haji Mohamad bin Awang

2008 - 2014 : Tuan Haji Abdullah bin Jusoh

2014 - Kini : Tuan Haji Omar Bin Saleh

Persatuan Bekas Pelajar / Alumni Kolej Islam (ALKIS)

Persatuan bekas pelajar Kolej Islam bagi 3 Kolej Islam iaitu Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, lebih dikenali sebagai Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS).

Bekas Pelajar

Universiti Islam Malaya

Pada 8 April 2011 telah diadakan perjumpaan antara Yg. Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor; Pengerusi LEPAI dengan YB Dato’ Seri Muhamad Khaled Nordin; Menteri Pengajian Tinggi di Pejabat YB Menteri Kementerian Pengajian Tinggi di Kompleks E, Putrajaya. Perjumpaan tersebut diadakan bagi memaklumkan usaha LEPAI untuk mengaktifkan semula KIM dan membincangkan perkara berkaitan tentang penubuhan Universiti Islam Malaysia. Perjumpaan tersebut diadakan rentetan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 pada 13 – 14 Oktober 2010 di Istana Negara bagi mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya dengan nama Universiti Islam Malaysia.[3]

Alamat

Kolej Islam Sultan Alam Shah

Peti Surat 64,

Jalan Kota Raja,

41906 Klang, 

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ "Sekolah Terbaik STPM 2013 Adalah Kolej Islam Sultan Alam Shah". My Sumber. Dicapai pada 19 Mac 2014.
  2. ^ "Pengetua2 Kolej Islam". Dicapai pada 12 Februari 2014.
  3. ^ "Taklimat Penubuhan Universiti Islam Malaysia (Kolej Islam Malaya) oleh YBhg. Tan Sri Dr. Yusof Noor; Pengerusi LEPAI". Dicapai pada 13 April 2011.