Aziz M. Osman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 66: Baris 66:
Pada September 2017, anak sulung beliau, Puteri Nur Asyiqin Aziz, berkahwin dengan penyanyi nasyid yang juga anggota Devotees dan penyampai berita [[TV AlHijrah]], Adi Akmal Sehrom.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2017/09/268261/aziz-m-osman-terima-menantu-lagi|title=Aziz M Osman terima menantu lagi|author=Norhayati Nordin|publisher=''[[Harian Metro]]''|date=20 September 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/09/325382/aziz-m-osman-bakal-sambut-menantu|title=Aziz M Osman bakal sambut menantu|author=Zaidi Mohamad|publisher=''[[Berita Harian]]''|date=14 September 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2017/09/331877/aziz-m-osman-terima-menantu|title=Aziz M Osman terima menantu|author=Zaidi Mohamad|publisher=''[[Berita Harian]]''|date=30 September 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref> Beliau turut menyatakan rasa sebak kerana menikahkan anaknya sendiri.<ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/30/aziz-terima-menantu/|title=Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak|author=Mohd Al Qayum Azizi|publisher=''[[mSTAR Online]]''|date=20 September 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2017/10/289479/aziz-m-osman-welcomes-newscaster-son-law|title=Aziz M. Osman welcomes newscaster as son-in-law|author=Dennis Chua|publisher=''[[New Straits Times]]''|date=10 October 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref> Pada 31 Ogos 2018, Aziz dan isteri dikurniakan anak kedua yang juga anaknya yang ketujuh.<ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aziz-m-osman-timang-anak-merdeka-1.874657|title=Aziz M Osman timang anak merdeka|author=Zulqarnain Abu Hassan|publisher=''[[Sinar Harian]]''|date=1 September 2018|accessdate=6 September 2018}}</ref>
Pada September 2017, anak sulung beliau, Puteri Nur Asyiqin Aziz, berkahwin dengan penyanyi nasyid yang juga anggota Devotees dan penyampai berita [[TV AlHijrah]], Adi Akmal Sehrom.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2017/09/268261/aziz-m-osman-terima-menantu-lagi|title=Aziz M Osman terima menantu lagi|author=Norhayati Nordin|publisher=''[[Harian Metro]]''|date=20 September 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/09/325382/aziz-m-osman-bakal-sambut-menantu|title=Aziz M Osman bakal sambut menantu|author=Zaidi Mohamad|publisher=''[[Berita Harian]]''|date=14 September 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2017/09/331877/aziz-m-osman-terima-menantu|title=Aziz M Osman terima menantu|author=Zaidi Mohamad|publisher=''[[Berita Harian]]''|date=30 September 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref> Beliau turut menyatakan rasa sebak kerana menikahkan anaknya sendiri.<ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/30/aziz-terima-menantu/|title=Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak|author=Mohd Al Qayum Azizi|publisher=''[[mSTAR Online]]''|date=20 September 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2017/10/289479/aziz-m-osman-welcomes-newscaster-son-law|title=Aziz M. Osman welcomes newscaster as son-in-law|author=Dennis Chua|publisher=''[[New Straits Times]]''|date=10 October 2017|accessdate=8 November 2017}}</ref> Pada 31 Ogos 2018, Aziz dan isteri dikurniakan anak kedua yang juga anaknya yang ketujuh.<ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aziz-m-osman-timang-anak-merdeka-1.874657|title=Aziz M Osman timang anak merdeka|author=Zulqarnain Abu Hassan|publisher=''[[Sinar Harian]]''|date=1 September 2018|accessdate=6 September 2018}}</ref>


==Filemografi ==
==Filemografi==
{| class="wikitable"
|+Kunci
|style="background:#FFFFCC;"|{{dagger|alt=Filem dan drama yang belum dikeluarkan}}
| Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan
|}

===Filem===
===Filem===
{| class="wikitable"
{| class="wikitable"

Semakan pada 07:22, 24 Januari 2019

Aziz M. Osman
Fail:Aziz M. Osman.jpg
Aziz M. Osman di mahkamah
Kelahiran
Abdul Aziz bin Mohd Osman

(1962-10-02) 2 Oktober 1962 (umur 61)
Hougang, Singapura
WarganegaraMalaysia
Pekerjaanpelakon, pengarah filem, penerbit televisyen
Tahun aktif1963–kini
Karya terkenal
PasanganNor Aliah Lee (1990–2007; bercerai)
Nor Radhiah Ramli (bercerai)
Puteri Lily Lokman
Anak-anak7
Ibu bapaM. Osman (bapa)
Afida Es (ibu)
SaudaraZulkifli M. Osman (abang)

Aziz M. Osman (lahir 2 Oktober 1962) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Malaysia dan anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman. Beliau terbabit dengan bahagian lain dalam perfileman Malaysia juga, menjadi pengarah, penulis skrin, dan penyunting. Aziz yang kini merupakan lembaga pengarah di syarikat produksi miliknya, Ace Motion Pictures Sdn Bhd. Filem-filem arahan beliau banyak mencerminkan aspek kerohanian dan nilai-nilai Melayu yang unik.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1962 di Hougang, Singapura dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Bapanya, M. Osman (1939–2001),[1][2] juga merupakan seorang penyanyi 1960-an yang masyhur. Ibunya ialah Afida Es, merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Abangnya, Zulkifli M. Osman juga seorang pengarah. Adik-beradik beliau ialah Azihan, Rozana dan Suzana.

Kerjaya

Kerjaya awal

Pada 1976, Aziz memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Allahyarham Dato' Jamil Sulong, ketika itu beliau berusia 14 tahun. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Asia ke-22 yang diadakan di Korea Selatan.

Menduduki kerusi pengarah: 1990an

14 tahun kemudian, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulungnya, Fenomena yang dikeluarkan pada 31 Mei 1990, yang dibintangi oleh M.Nasir dan Ramona Rahman sebagai pelakon utama, dibantu oleh Amy Search dan turut membuat kemunculan di dalam filem ini ialah anggota kumpulan Search yang lain. Filem ini mengisahkan seorang pengembaraan seorang wanita British yang lahir di Malaysia. Dia kembali ke Terengganu negeri yang menjadi tempatnya menghabiskan zaman kanak-kanak.

Aziz mengarahkan filem keduanya, XX Ray yang ditayangkan pada 24 Disember 1992 memperlihatkan beliau mengangkat genre cereka sains Malaysia ke tahap yang lebih baik. Filem ini dibintangi oleh beliau sendiri, Faizal Hussein, Nor Aliah Lee dan Sharmaine Farouk sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Ibrahim Pendek, Edika Yusof, Shaharuddin Thamby dan Ebby Yus. Ia mengisahkan Amir yang begitu obses dengan angkasa lepas dan dia kemudiannya mencipta sebuah topi keledar yang menggunakan kuasa tahi bintang. Helmet berkenaan membuatkan sesiapa yang memakainya mampu melihat menembusi apa sahaja. Namun, kesan sampingan helmet berkenaan membuatkan Amir menjadi halimunan. Filem ini melayakkan Aziz memenangi Pengarah Baru Harapan di Festival Filem Malaysia ke-10. Kejayaan filem ini telah mencetuskan kesinambungannya, XX Ray 2 yang ditayangkan tiga tahun kemudian, serta siri TV susulannya yang ditayangkan pada 2006.

Pada 1994, Aziz muncul dengan dua filem arahan serentak, Femina yang ditayangkan pada 13 Mac mengangkat tema feminisme di Malaysia di mana semangat dan kuasa wanita dalam mempertahankan hak dan kewajaran menjadi isu utama yang dibentangkan. Ia dibintangi oleh Eman Manan, Erma Fatima dan Susan Lankester. Ia kemudian diikuti oleh filem Fantasi yang juga ditayangkan pada tarikh sama. Fantasi diselubungi dengan kontroversi berpanjangan, menyebabkan filem ini ditangguhkan tayangannya. Judul asal filem ini ialah Fantasia dan versi asalnya telah diharamkan tayangan pada tahun 1991 kerana dikatakan membawa pengaruh tahyul yang keterlaluan. Filem ini ditarik balik pengharamannya selepas proses suntingan semula dan penamaan semula tajuk.

Filem ini berkisar tentang dendam zaman purba di antara mangsa dan pengamal ilmu syaitan. Dendam ini berlarutan dari zaman ke zaman sehingga ke dunia moden. Aziz sebagai pengarah dan Zain Mahmood selaku penerbit meluahkan rasa kecewa terhadap pengharaman filem ini.

Pada 1997, beliau mengarahkan filem Baginda yang bertemakan semangat kemasyarakatan dibintangi oleh Azean Irdawaty, Jalil Hamid dan Jalaluddin Hassan. Beliau seterusya mengarahkan filem Puteri Impian lakonan Amy Mastura yang menandakan kerjasama pertama Amy bersama Aziz, ia kemudiannya diikuti oleh kesinambungannya, Puteri Impian 2 yang ditayangkan pada 1998.

Aziz mengarahkan filem komedi Senario The Movie (1999) yang dibintangi oleh kumpulan Senario (Lan Pet Pet, Wahid Senario, Azlee Jaafar dan Saiful Apek) dan turut dijayakan oleh Syanie, A.R. Badul dan Zahida Rafik. Beliau sendiri turut berlakon dalam filem ini dengan memegang watak sebagai pembaca berita. Selepas filem ini, beliau mengarahkan empat lagi filem Senario, Senario Lagi (2000), Lagi-Lagi Senario (2001),[3] Senario XX (2005) dan Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006).

Kejayaan arus perdana: 2000an

Beliau menulis dan mengarahkan filem drama peperangan, Leftenan Adnan (2000) yang ditayangkan pada 31 Ogos 2000 berdasarkan dari kisah benar perjuangan askar Melayu, Adnan Saidi atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.[4][5]

Pada 24 Mei 2001, beliau mengarahkan filem drama misteri, Seri Dewi Malam yang dibintangi oleh Jeslina Hashim dan Maya Karin.[6] Kemudian, beliau menulis dan mengarahkan filem Idola (2002) yang melancarkan kerjaya lakonan Diana Danielle.[7][8][9]

Aziz juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Bront Palarae, Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[10]

Beliau mengarah dan menulis bersama filem drama komedi muzikal Bintang Hati (2004) lakonan Amy Mastura yang turut menulis ceritanya.[11] Ia kemudiannya diikuti oleh filem suspens thriler Trauma yang sebahagian besarnya difilemkan di Genting Highlands, Pahang. Filem ini juga dibintangi oleh Amy, bersama-sama Nasha Aziz, Sharifah Aleya dan Azhar Sulaiman.[12]

Pada 2005, syarikat beliau, Ace Motion Pictures menerbitkan sitkom Puteri lakonan Nora Danish untuk siaran di TV3 yang mendapat jumlah tontonan tertinggi dan diterbitkan sebanyak 3 musim dan 78 episod.[13] Ace Motion kemudian menerbitkan beberapa drama TV lain termasuk Misi XX-Ray yang merupakan lanjutan kepada dua siri filem XX Ray.[14] Pada tahun berikutnya, Aziz mengarahkan filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita yang merupakan filem terakhir beliau bersama Senario.[15] Dalam satu temuramah, Aziz menyatakan beliau "sudah hilang selera untuk mengarahkan filem Senario"[15] dan menganggap bekerja dengan kumpulan itu sebagai "bulatan penuh".[15][16]

Aziz mengambil keputusan untuk berehat dari mengarah filem, dan menumpukan perhatian kepada penerbitan drama TV dan mencungkil bakat baru dalam bidang lakonan. Menerusi syarikatnya, Ace Motion, Aziz menerbitkan sitkom Kisah Kaisara yang melancarkan kerjaya lakonan Sari Yanti, diterbitkan sebanyak 2 musim dan 26 episod disiarkan di TV3 dari 30 Oktober 2007 hingga 4 November 2008.[17] Pada 2008, beliau membuat penampilan khas dalam filem cereka sains adiwira Cicakman 2 - Planet Hitam arahan Yusry KRU lakonan Saiful Apek.

Kebangkitan semula: 2010an

Pada 2012, Aziz kembali menduduki kerusi pengarah menerusi filem Azura lakonan Neelofa dan Shahz Jaszle. Filem ini berdasarkan daripada filem asal 1984 dengan judul sama arahan Deddy M. Borhan lakonan Ogy Ahmad Daud dan Jamal Abdillah.[18][19][20] Pada 2016, Aziz menjadi pelakon undangan dalam drama kepolisan Gerak Khas menerusi episod "Lintah Darat" yang mana beliau merupakan pengarah bagi episod ini. Beliau seterusnya mengarahkan episod pertama drama patriotik 6 episod Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan yang disiarkan pada 26 Ogos 2017 di empat saluran ASTRO. Aziz bakal muncul dengan filem terbaru arahannya, XX-Ray 3 yang akan datang,[21] ini merupakan filem XX-Ray pertama dalam tempoh 22 tahun.[22][23]

Pada 8 Jun 2017, beliau berlakon bersama Sabri Yunus, Nasrizal Ngasri, Man Kadir dan Rab Khalid dalam telefilem komedi 16 Puasa arahan Mamat Khalid yang memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif, ia mengisahkan tentang beberapa penduduk kampung yang ponteng puasa bersama-sama dan menyembunyikan perbuatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.[24]

Aziz dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[25]

Kehidupan peribadi

Bapa Aziz, iaitu penyanyi terkenal 60an, M. Osman meninggal dunia pada 28 Julai 2001 akibat angin ahmar pada usia 62 tahun.[26][27][28] Beliau berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam anak, dengan perkahwinan pertama bersama pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 dan bercerai pada 2007. Perkahwinan keduanya ialah bersama Nor Radhiah Ramli dan ketiga bersama Puteri Lily Lokman dan dikurniakan Puteri Nur Azzahra.

Pada Februari 2016, Aziz muncul sebagai panelis dalam acara berkaitan PAS, bagaimanapun, beliau menafikan menyertai parti Islam itu.[29] Beliau berkata walaupun beliau mengagumi ikon PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau menegaskan tidak berminat menceburi politik.[29] Dalam temuramah dengan Harakah, beliau berkata: "Saya bukan ahli PAS. Saya tidak terlibat dalam politik. Saya tidak tahu apa-apa tentang politik dan saya tidak membaca akhbar [untuk mengetahui tentang politik]. Saya hanya menjadi orang yang positif sejak saya kembali dari misi kemanusiaan di Syria."[29]

Pada September 2017, anak sulung beliau, Puteri Nur Asyiqin Aziz, berkahwin dengan penyanyi nasyid yang juga anggota Devotees dan penyampai berita TV AlHijrah, Adi Akmal Sehrom.[30][31][32] Beliau turut menyatakan rasa sebak kerana menikahkan anaknya sendiri.[33][34] Pada 31 Ogos 2018, Aziz dan isteri dikurniakan anak kedua yang juga anaknya yang ketujuh.[35]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Juga dikreaditkan sebagai Peranan Catatan
Pengarah Penerbit Pelakon
1963 Ibu Ayam Tidak Tidak Ya Filem pertama
1976 Sayang Anakku Sayang Tidak Tidak Ya Aziz
1990 Fenomena Ya Tidak Tidak Filem pertama arahan
1992 XX-Ray Ya Tidak Ya Amir Hamzah bin Othman
1993 Fantasi Ya Tidak Tidak
1994 Femina Ya Tidak Tidak
1995 XX Ray II Ya Tidak Ya Amir
1996 Scoop Ya Ya Tidak
1997 Baginda Ya Tidak Tidak
Puteri Impian Ya Tidak Tidak
1998 Puteri Impian 2 Ya Tidak Ya Kemunculan khas
1999 Senario The Movie Ya Bersekutu Ya Pembaca Berita Kemunculan khas
2000 Senario Lagi Ya Tidak Ya Pekerja Hotel Kemunculan khas
Leftenan Adnan Ya Bersama Tidak
2001 Seri Dewi Malam Ya Tidak Ya Lelaki di Balai Polis
Lagi-Lagi Senario Ya Tidak Ya Pemancing Ikan Pelakon undangan
2002 Idola Ya Tidak Tidak
Gerak Khas The Movie II Tidak Tidak Ya Pemandu Teksi Pelakon undangan
Mr. Cinderella Tidak Tidak Ya Bob
2003 Gila-Gila Pengantin Ya Ya Tidak
2004 Bintang Hati Ya Tidak Tidak
Trauma Ya Tidak Tidak
Gila-Gila Pengantin Remaja Ya Ya Tidak
Biar Betul Ya Bersama Tidak
2005 Senario XX Ya Tidak Ya Kemunculan khas
Gila-Gila Pengantin Popular Ya Ya Tidak
2006 Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita Ya Tidak Tidak
2008 Cicakman 2 - Planet Hitam Tidak Tidak Ya Berita Boss Fulus Kemunculan khas
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang Tidak Tidak Ya Dekar Agas dan Raja Muda Bugis
Setem Tidak Tidak Ya Posmen Pelakon undangan
Jin Notti Tidak Tidak Ya Hisyam dan Razlan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Tidak Tidak Ya Mat Rempit Tua
2012 Azura Ya Tidak Ya Kemunculan khas
2013 Untuk Tiga Hari Tidak Tidak Ya
Papadom 2 Tidak Tidak Ya Kemunculan khas
2015 Jengka Tidak Ya Tidak Filem pertama terbitan
2017 Bukan Cinta Malaikat Ya Tidak Tidak
Kerja Kahwin Tidak Tidak Ya
2018 Busker Tidak Tidak Ya Professor Kemunculan khas
2019 XX Ray 3 Ya Ya Ya Amir

Drama

Tahun Tajuk Juga dikreaditkan sebagai Peranan Saluran TV Catatan
Pengarah Penerbit Pelakon
1981 Drama Minggu Ini: Tok Awang Tidak Tidak Ya TV1
1993-1998 Cili Padi Ya Tidak Tidak TV3
2002 Insurgensi Ya Tidak Tidak TV1
2003-05 Cinta 3 Musim Ya Tidak Tidak Terus ke DVD
2005-2006 Misi XX-Ray Ya Tidak Tidak TV3
2005-2007 Dunia Anita Ya Eksekutif Tidak
2005-2008 Puteri Ya Eksekutif Tidak
2007-2009 Fara Ya Eksekutif Ya Dr. Salim Episod: "Duta Produk", Pelakon sampingan
2007-2009 Kisah Kaisara Ya Eksekutif Tidak
2008 Romeo Ya Eksekutif Tidak
Pendekar 5 Ya Eksekutif Tidak
Vice Versa Ya Eksekutif Ya Yusri
2008 - 2010 Bong Ya Eksekutif Tidak
2009 Pemanduku Jutawan Ya Eksekutif Tidak
Comel Ya Eksekutif Tidak
2013 Demi Dia Ya Tidak Tidak
2016 Gerak Khas (Musim 16) Tidak Tidak Ya TV2 Episod: "Lintah Darat", Pelakon undangan
2017 Dia Bidadariku Ya Tidak Tidak Astro Ria
My Darling, Inspektor Daniel Ya Tidak Tidak
Anak Merdeka Ya Tidak Tidak Astro Prima 1 episod
2018 Gerak Khas (Musim 18) Ya Tidak Tidak TV2 Episod: "Gadis Maya", juga sebagai penulis cerita dan skrip

Telefilem

Tahun Tajuk Juga dikreditkan sebagai Peranan Saluran TV Catatan
Pengarah Penerbit Pelakon
1991 Wawasan Ya Tidak Tidak
1992 Anak Angkat Ya Tidak Tidak TV3
Korban Tumin Ya Tidak Ya
1993 Tunggu Sekejap Ya Tidak Tidak TV3
1994 Cinta Selluloid Ya Tidak Tidak TV3
2003 Neon Tidak Tidak Ya Pelanggan Restoran I Astro Ria Kemunculan khas
2017 16 Puasa Tidak Tidak Ya Aziz Astro First Eksklusif, Astro Citra
Semerah Darah Tidak Tidak Ya Joe Astro Citra

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/karya tercalon Keputusan
1976 Festival Filem Asia ke-22 Pelakon Kanak-kanak Terbaik Sayang Anakku Sayang Menang
1993 Festival Filem Malaysia ke-9 Pengarah Baru Berbakat Fenomena Menang
1990 Festival Filem Malaysia ke-10 Pengarah Baru Harapan XX Ray Menang
1994 Festival Filem Malaysia ke-11 Pengarah Seni Terbaik Femina Menang
Penyunting Terbaik Menang
1998 Anugerah Skrin 1997/98 Pengarah Terbaik Baginda Menang

Rujukan

  1. ^ "Bapa Aziz M. Osman meninggal dunia", Berita Harian, 29 Julai 2001.
  2. ^ "Director Aziz M. Osman’s father dies", New Straits Times, July 29, 2001.
  3. ^ Rosli Manah (12 November 2001). "Lagi Lagi Senario tayangan Hari Raya". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 November 2015.
  4. ^ "Leftenan Adnan...tidak mentafsir sejarah". Utusan Malaysia. 18 Ogos 2000. Dicapai pada 8 November 2008. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ "Leftenan Adnan angkat martabat filem Melayu". Utusan Malaysia. 18 September 2000. Dicapai pada 8 November 2008. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ "Seri Dewi Malam pertaruhkan pelakon pelapis". Utusan Malaysia. 13 Mei 2001. Dicapai pada 13 Mei 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ Saharudin Musthafa, Norzaila Rosli (3 Mac 2002). "Filem Idola hadiah Aziz buat arwah bapa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Mei 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ Khadijah Ibrahim (27 Februari 2002). "Idola - Filem berjiwa remaja". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Mei 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (13 Mac 2002). "Aziz - Kesal Idola terpaksa bersaing". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Mei 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  11. ^ Abdul Aziz Itar (6 Mac 2004). "Bintang Hati dedah realiti kehidupan artis". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 November 2008. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  12. ^ "Trauma yang mendebarkan". Utusan Malaysia. 18 Januari 2004. Dicapai pada 31 Julai 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  13. ^ Azhariah Kamin (1 Mac 2005). "Puteri is a hit comedy series". The Star. Dicapai pada 31 Julai 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  14. ^ Khadijah Ibrahim (19 April 2006). "Misi XX-Ray beri peluang kepada pelakon baru". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  15. ^ a b c Abdul Aziz Itar (8 Mei 2006). "Aziz M. Osman tidak berselera lagi buat filem Senario". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 November 2015.
  16. ^ Mumtaj Begum (17 April 2006). "No more Senario movies for Aziz". The Star. Dicapai pada 28 November 2015.
  17. ^ Abdul Aziz Itar (31 Oktober 2007). "Kisah Kaisara pertaruhkan pelakon baru". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 November 2015.
  18. ^ Wahiduzzaman (3 Februari 2012). "Azura 2012 tanpa magis Aziz M Osman". mSTAR Online. Dicapai pada 28 November 2015.
  19. ^ Shazryn Mohd Faizal (3 Februari 2012). "Azura ikon wanita Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 November 2015.
  20. ^ "Azura 2012 Dapat Respons Baik Daripada Golongan Profesional". Perak Today. 12 Februari 2012. Dicapai pada 28 November 2015.
  21. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (12 Ogos 2015). "Aziz M Osman Bakal Terbitkan Sekual 'XX Ray 3'". mStar. Dicapai pada 28 November 2015.
  22. ^ "Aziz M Osman Umum Pembikinan Sekuel XX Ray, Cari Hero Baru". My News Hub.com. 3 Jun 2015. Dicapai pada 28 November 2015.
  23. ^ Ahmad, Azzyati (3 Jun 2015). "Aziz M Osman cari hero baharu bintangi filem XX Ray III". Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2015.
  24. ^ Akmal Aziz (23 Jun 2017). Telefilem '16 Puasa' Ketengahkan Realiti Sebenar Yang Berlaku Dalam Masyarakat Berkait Dengan Pergolakan Jiwa Siakap Keli. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  25. ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  26. ^ Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar Utusan Malaysia (28 Julai 2001). Diperoleh pada 17 November 2011.
  27. ^ "Veteran singer and actor M. Osman dies of stroke", The Malay Mail, 29 July 2001.
  28. ^ "M. Osman sudah tiada", Harian Metro, 29 Julai 2001.
  29. ^ a b c "Director Aziz M Osman says not joining PAS". The Malay Mail. 13 February 2016. Dicapai pada 8 November 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  30. ^ Norhayati Nordin (20 September 2017). "Aziz M Osman terima menantu lagi". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  31. ^ Zaidi Mohamad (14 September 2017). "Aziz M Osman bakal sambut menantu". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  32. ^ Zaidi Mohamad (30 September 2017). "Aziz M Osman terima menantu". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  33. ^ Mohd Al Qayum Azizi (20 September 2017). "Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak". mSTAR Online. Dicapai pada 8 November 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  34. ^ Dennis Chua (10 October 2017). "Aziz M. Osman welcomes newscaster as son-in-law". New Straits Times. Dicapai pada 8 November 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  35. ^ Zulqarnain Abu Hassan (1 September 2018). "Aziz M Osman timang anak merdeka". Sinar Harian. Dicapai pada 6 September 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar