Parti Mahasiswa Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Mahasiswa Negara
PemimpinAzlan Zainal
(Presiden Penaja)
Ditubuhkan7 Januari 2008


Parti Mahasiswa Negara (PMN) adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 7 Januari 2008 oleh sekumpulan mahasiswa Malaysia,[1][2][3][4] Ia diterajui aktivis politik mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tetapi tidak berjaya didaftarkan.[5]

Penubuhan dan pendaftaran[sunting | sunting sumber]

Penubuhan parti baru itu telah diumumkan pada 7 Januari 2008 di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya[6]. Keanggotaannya adalah sekumpulan mahasiswa yang berminda bebas yang tidak berpuas-hati dengan suasana politik semasa dan mereka tidak meletakkan parti mereka terikat dengan blok kerajaan Barisan Nasional atau blok pembangkang Barisan Alternatif.

PMN telah mengemukakan permohonannya kepada Pendaftar Pertubuhan pada 11 Januari 2008.[7]

Bertanding pilihan raya[sunting | sunting sumber]

PMN yang bercadang bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 tetapi tidak menjadi kenyataan.[8][9][10] PMN berkata akan mengendahkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang menghalang mahasiswa menyertai politik dan juga halangan pendaftarannya kerana mendakwa ianya adalah melanggari Perlembagaan Malaysia.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]