Aminuddin Harun
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun SUNS, SSNS (Negeri Sembilan) | |
---|---|
Menteri Besar Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 14 Ogos 2023 (1 tahun, 3 bulan dan 6 hari) | |
Raja | Tuanku Muhriz |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Kawasan pilihan raya | Sikamat |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 13 Ogos 2023 (5 tahun, 3 bulan dan 1 hari) | |
Raja | Tuanku Muhriz |
Didahului oleh | Mohamad Hasan |
Digantikan oleh | dirinya sendiri |
Kawasan pilihan raya | Sikamat |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Portfolio |
|
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Portfolio |
|
Kawasan pilihan raya | Sikamat |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P132 Port Dickson, Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 (1 tahun, 11 bulan dan 1 hari) | |
Didahului oleh | Anwar Ibrahim |
Kawasan pilihan raya | Sikamat |
Majoriti | 23,937 (2022) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Sikamat | |
Menyandang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Md Yusop Harmain Shah |
Majoriti |
|
Jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat | |
Naib Presiden | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 2014 | |
Didahului oleh | Kamarul Bahrin Abbas |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Halim Bachik |
Ketua Cabang Port Dickson | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Ravi Munusamy |
Ketua Cabang Tampin | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | Zulkapli Kassim |
Digantikan oleh | Abdul Shukor Ab Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan | 2 Januari 1967
Parti politik | (-1999) (1999-kini) |
Pasangan | Datin Seri Utama Wan Hasni Wan Yusof |
Anak | 3 lelaki, 2 perempuan |
Kediaman | Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Jalan Keliling, Seremban |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-8 dan ke-9 bermula 14 Ogos 2023, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk DUN Sikamat.[1] Pada 19 Disember 2022, beliau telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Port Dickson menggantikan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Aminuddin telah dilahirkan pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan.[2]
Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.
Beliau kemudiannya bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995. Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.[2]
Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).
Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak 2008. Kemudian, beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.
Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018 di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.[2]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Negeri Sembilan
- Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.U.N.S) - Dato' Seri Utama (2024) [3]
- Darjah Seri Setia Negeri Sembilan (S.S.N.S.) - Dato' Seri (2019) [4]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Aminuddin Harun (PKR) | 6,036 | 51.02% | Md Yusop Harmain Shah (UMNO) | 5,537 | 46.80% | 11,830 | 499 | 76.37% | ||
2013 | Aminuddin Harun (PKR) | 8,584 | 50.63% | Wan Salwati Abdullah (UMNO) | 8,074 | 47.62% | 16,954 | 510 | 86.30% | ||
2018 | Aminuddin Harun (PKR) | 9,832 | 47.30% | Syamsul Amri Ismail (UMNO) | 6,419 | 30.90% | 17,858 | 3,413 | 85.90% | ||
Rahim Yusof (PAS) | 1,331 | 6.40% | |||||||||
Bujang Abu (BEBAS) | 15 | 0.10% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pakatan Harapan announces state chiefs".
- ^ a b c Bernama (12 Mei 2018). "Aminuddin angkat sumpah MB NS kelapan". Malaysiakini. Dicapai pada 12 Mei 2018.
- ^ ISA, BADRUL HAFIZAN MAT (2024-01-13). "Aminuddin ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-14.
- ^ ZULKIFLI, SYAMILAH (2019-01-14). "MB NS dapat gelaran Datuk Seri". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-01-14.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 10 Januari 2010. Termasuk keputusan pilihan raya 2004. Keputusan dari pilihan raya awam tidak didapati.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 19 Jun 2010. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.Results only available for the 2013 election.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- Kelahiran 1967
- Orang hidup
- Menteri Besar Negeri Sembilan
- Anggota Parti Keadilan Rakyat
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-14
- Penerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan
- Menteri Besar daripada PKR
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-12
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-15
- Anggota Angkatan Belia Islam Malaysia