4 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari September 4)
| << | September 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXIII | ||||||
4 September merupakan hari ke-247 (hari ke-248 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 118 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Pendatang di Australia.
Peristiwa[sunting]
- 476 - Pemimpin Jermanik Odoacer menawan Ravenna dan menggulingkan Romulus Augustus, Maharaja Empayar Rom Barat terakhir.
- 1260 - Puak Ghibelline Siena menewaskan puak Guelph Florence dalam Pertempuran Montaperti.
- 1886 - Selepas lebih 25 tahun menentang Tentera Amerika Syarikat dan Mexico, Geronimo (gambar) daripada Apache Chiricahua menyerah diri di Arizona.
- 1888 - Pencipta Amerika Syarikat George Eastman mendaftarkan tanda dagangan "Kodak" selepas mendapat paten untuk kamera filemnya.
- 1956 - Komputer komersil pertama yang menggunakan penyimpanan maklumat magnet, IBM RAMAC 305, diperkenalkan.
- 1972 - Mark Spitz memenangi pingat emas renangnya yang ketujuh di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat, sekaligus menjadi atlet Olimpik pertama memenangi 7 pingat emas.
- 1998 - Larry Page dan Sergey Brin mengasaskan syarikat Google di Menlo Park, California, A.S., untuk mempromosikan enjin gelintar web yang dibangunkan mereka di Universiti Stanford.
- 2010 - Gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda Pulau Selatan New Zealand, menyebabkan kerosakan meluas di Christchurch (gambar).
- 2011 - Taufan Talas melanda Jepun, mengorbankan sekurang-kurangnya 53 orang.
Kematian[sunting]
- 2006 - Steve Irwin, hos siri dokumentar alam sekitar Australia The Crocodile Hunter
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||