George Town, Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 93: | Baris 93: | ||
}} |
}} |
||
'''George Town''' (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandaraya metropolitan Pulau Pinang, Malaysia yang tertua selepas Melaka serta [[ibu negeri]] kepada [[Pulau Pinang]] di timur lautnya. George Town juga disambung dengan feri ke [[Butterworth]] dan |
'''George Town''' (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandaraya metropolitan Pulau Pinang, Malaysia yang tertua selepas Melaka serta [[ibu negeri]] kepada [[Pulau Pinang]] di timur lautnya. George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke [[Butterworth]] dan [[Ipoh]] berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan negara. Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama di Malaysia separti [[Bandaraya Melaka]]. |
||
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten [[Francis Light]] dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang{{fact}}, menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar [[satelit]] George Town termasuklah [[Air Itam]], [[Bayan Lepas]], [[Glugor]], [[Jelutong]], [[Sungai Dua]], [[Sungai Nibong]], [[Tanjung Tokong]] dan [[Tanjung Bungah]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah [[Butterworth]], [[Kepala Batas]], [[Bukit Mertajam]] dan [[Sungai Bakap]] di [[Seberang Perai]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km<sup>2 </sup>), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km<sup>2</sup>. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang. |
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten [[Francis Light]] dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang{{fact}}, menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar [[satelit]] George Town termasuklah [[Air Itam]], [[Bayan Lepas]], [[Glugor]], [[Jelutong]], [[Sungai Dua]], [[Sungai Nibong]], [[Tanjung Tokong]] dan [[Tanjung Bungah]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah [[Butterworth]], [[Kepala Batas]], [[Bukit Mertajam]] dan [[Sungai Bakap]] di [[Seberang Perai]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km<sup>2 </sup>), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km<sup>2</sup>. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang. |
Semakan pada 13:17, 6 Ogos 2017
George Town | |
---|---|
Transkripsi Bahasa lain | |
• Bahasa Melayu | Tanjung Penaga |
• Bahasa Cina | 乔治市 (dalam tulisan Ringkas) 喬治市 (dan tulisan Tradisonal) |
• Tamil | ஜோர்ஜ் டவுன் |
Nama panggilan: Mutiara Timur[1] | |
Koordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E / 5.414500°N 100.3292000°EKoordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E / 5.414500°N 100.3292000°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Kawasan Pentadbiran | Senarai |
Ditubuhkan pada | 11 Ogos 1786 |
Diperbadankan pada | 1857 |
Tanah jajahan mahkota British | 1 April 1867 - 31 Ogos 1957 |
Pendudukan Jepun | 19 Disember 1941 - 3 September 1945 |
Status bandar diberikan pada | 1 Januari 1957[2] |
Pentadbiran | |
• Kerajaan Tempatan | Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
• Datuk Bandar Pulau, Pulau Pinang | Patahiyah Ismail |
Keluasan | |
• Bandar dan Ibu kota | 122.79 km2 (47.41 batu persegi) |
• Metro | 2,563.15 km2 (989.64 batu persegi) |
Aras | 14 m (46 ft) |
Penduduk (2010)[5] | |
• Bandar dan Ibu kota | 708,127 (ke−2) |
• Metro | 2,412,616 (2nd) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak dipatuhi |
Poskod | 100xx hingga 108xx
111xx hingga 118xx |
Kod kawasan | +604 |
Pendaftaran kenderaan | P |
Laman sesawang | mbpp |
Jenis | Kebudayaan |
Kriteria | ii, iii, iv |
Ditetapkan | 2008 (sesi ke-32) |
No. rujukan | 1223 |
Rantau | Asia Pasifik |
George Town (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandaraya metropolitan Pulau Pinang, Malaysia yang tertua selepas Melaka serta ibu negeri kepada Pulau Pinang di timur lautnya. George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth dan Ipoh berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan negara. Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama di Malaysia separti Bandaraya Melaka.
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang[perlu rujukan], menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Glugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Zon Metropolitan Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km2 ), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km2. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang.
George Town juga diumumkan sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia di Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan cuti negeri diamalkan serupa Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu setiap tahun. Terminal bas 'Rapid' turut terletak di sini. Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah kaum Cina. George Town juga merupakan tempat pelancongan orang barat sampai ke Batu Feringgi. Bilangan Sekolah Menengah Cina paling banyak di Malaysia juga terletak di George Town.
George Town dianggarkan menjadi bandar raya pesara di dunia kerana mengumpulkan warga daripada kalangan pesara yang duduk berehat menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini.
Bangunan KOMTAR merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau Pinang.
Sejarah bandar raya
Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur.
Sebelum 1 Januari 1957, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat (Capt.133) dan Enakmen Lembaga Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Capt.137). Status Bandar Raya telah diberikan kepada George Town (Royal Charter By Queen Elizabeth II Sovereign of United Kingdom) pada 1 Januari 1957.
Pada 1 Januari 1974, Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan-peruntukan Sementara 1973) telah mengisytiharkan percantuman Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang lalu dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan. Seterusnya pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan nama Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dengan itu, pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebus guna.
Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014 mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773km persegi menjadikan keluasan Majlis kini 305.773 km persegi (asal 297 km persegi). Pembentangan tersebut juga merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576). Pengiktirafan Majlis Bandaraya Pulau Pinang memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam.
Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan MPPP dan seterusnya menaik taraf MPPP kepada MBPP. Selaras dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1 Januari 2015 pada 10 Mac 2015 .[7]
Sejarah asal
Pada asalnya, penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "Tanjung Penaga". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal daripada tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.[8][9]
Geografi
Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Georgetown merupakan bandar raya ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan ia terletak di dalam Zon Metropolitan Georgetown yang juga merupakan zon metropolitan kedua terbesar di Malaysia yang terletak di utara tanah air. Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.
Sejarah
Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya ialah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang menyatakan Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) ialah jalan-jalan yang pertama dibina di Georgetown. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalan raya yang hendak dibangunkan. Selepas itu, Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina. Jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.
Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda.
Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan, Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah).
Demografi
Pembukaan Terusan Suez juga menyumbang kepada pembangunan Georgetown. Pembangunan Georgetown telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. Selain Melayu, Cina, India dan British; terdapat komuniti Acheh, Arab, Armenia, Burma, Eurasia, Filipina, Jerman, Jepun, Switzerland dan Yahudi. Sungguhpun komuniti-komuniti ini kecil tetapi kehadiran mereka dapat dirasai. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) di mana terdapatnya perkuburan Yahudi. Terdapat juga sinagog orang Yahudi di Jalan Nagore, Georgetown (tetapi ditutup pada tahun 1976).
Yahudi
Orang Yahudi yang pertama datang ke Georgetown ialah Ezekiel Menassah yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Selama 30 tahun, Menassah merupakan satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi yang berhijrah ke Georgetown. Semasa Perang Dunia II, kebanyakan orang Yahudi melarikan diri ke Singapura. Mereka yang terus menetap di Georgetown dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan untuk tujuan pengenalan semasa penaklukan Jepun, tentera Jepun mengesyaki komuniti Yahudi di Georgetown bertindak sebagai pengintip. Pada tahun 1963, terdapat 20 keluarga Yahudi di Georgetown. Hari ini, jumlah komuniti Yahudi di Georgetown dianggarkan seramai 100 orang (sumber: The Jewish Virtual Library), kebanyakannya berketurunan Parsi dan Rusia.
Jepun
Komuniti Jepun dipercayai bertapak di Pulau Pinang sejak 1880. Kebanyakannya ialah kaum wanita. Banyak daripada wanita-wanita ini terlibat di dalam kegiatan pelacuran. Pada tahun 1910, 86% daripada 149 orang wanita Jepun terlibat dalam kegiatan pelacuran. Mereka dikenali sebagai Karayuki-san, majoritinya berasal dari Kyushu, Jepun. Orang Cina Pulau Pinang memanggil Lebuh Cintra sebagai Jipun Kay (Jalan Jepun) dan Kampung Malabar sebagai Jipun Sin Lo (Jalan Jepun Baru). (sumber: The Star 22 April 2002)
Filipina
Komuniti Filipina di Georgetown tertumpu di kawasan-kawasan Roman Katolik seperti Penang Road (Jalan Penang), Argyll Road (Jalan Argyll), Farquhar Street (Lebuh Farquhar) dan di sekitar Gereja Assumption, Jalan Transfer. Orang-orang Filipina di Georgetown kebanyakannya mempunyai kemahiran bermain muzik.
Eurasia
Pada tahun 2000, terdapat hampir 1500 orang Eurasia atau dikenali sebagai Serani di Pulau Pinang, majoritinya di Georgetown. Georgetown dipercayai mempunyai komuniti Eurasia yang terbesar di Malaysia, bancian yang dijalankan pada tahun 2000 menunjukkan hampir 13% golongan Eurasia di Malaysia menetap di Pulau Pinang, majoritinya di sekitar Georgetown. Hampir 90% golongan Eurasia ini beragama Kristian, hampir 4% Islam, 3% lain-lain dan selebihnya beragama Buddha atau Hindu. Di Pulau Tikus, Georgetown terdapat Kampung Serani.
Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Senarai ahli parlimen bagi kawasan George Town (Dewan Rakyat)
Kerusi | Parlimen | Ahli | Parti |
---|---|---|---|
P.048 | Bukit Bendera | Zairil Khir Johari | PR DAP |
P.049 | Tanjong | Ng Wei Aik | PR DAP |
P.050 | Jelutong | Ooi Chuan Aun | PR DAP |
P.051 | Bukit Gelugor | Ram Karpal Singh A/L Karpal Singh | PR DAP |
Senarai ahli adun kawasan George Town
Parlimen | Kerusi | Dun | Ahli | Parti |
---|---|---|---|---|
P.048 | N.22 | Tanjong Bunga | Teh Yee Cheu | PR DAP |
P.048 | N.23 | Air Puteh | Lim Guan Eng | PR DAP |
P.048 | N24 | Kebun Bunga | Cheah Kah Peng | PR PKR |
P.048 | N.25 | Pulau Tikus | Yap Soo Huey | PR DAP |
P.049 | N.26 | Padang Kota | Chow Kon Yeow | PR DAP |
P.049 | N.27 | Pengkalan Kota | Lau Keng Ee | PR DAP |
P.049 | N.28 | Komtar | Teh Lai Heng | PR DAP |
P.050 | N.29 | Dato Keramat | Jagdeep Singh Deo | PR DAP |
P.050 | N.30 | Sungai Pinang | Lim Siew Khim | PR DAP |
P.050 | N.31 | Batu Lanchang | Law Heng Kiang | PR DAP |
P.051 | N.32 | Seri Delima | Nethaji Rayer | PR DAP |
P.051 | N.33 | Air Itam | Wong Hon Wai | PR DAP |
P.051 | N.34 | Paya Terubong | Yeoh Soon Hin | PR DAP |
Pengangkutan
Udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 16 km dari selatan bandar raya Georgetown memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah:
- Kaunter Daftar Masuk (32)
- 14 Pintu Berlepas
- 8 Titi Udara
- 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
- 808 lot letak kereta
- Travel Agensi
- Kaunter Penerangan
- Ruang Istirehat VIP
- Mesin ATM
- Pertukaran Wang Asing
- Penempahan Hotel
- Khidmat teksi
- Kuarantin haiwan
Syarikat penerbangan dan destinasi
Penerbangan | Destinasi |
---|---|
AirAsia | Hong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Macau, Singapura |
Cathay Pacific | Hong Kong1 |
China Airlines | Taipei-Taoyuan |
China Southern Airlines | Guangzhou, Xiamen |
Firefly | Banda Aceh, Langkawi, Medan, Phuket, Subang |
Indonesia AirAsia | Jakarta, Medan, Surabaya |
Jetstar Asia | Singapura |
Kartika Airlines | Medan, Banda Aceh |
Lion Air | Medan |
Malaysia Airlines | Kuala Lumpur, Langkawi, Singapura |
Silkair | Singapore |
Sriwijaya Air | Batam, Medan |
Thai AirAsia | Bangkok-Suvarnabhumi |
Thai Airways International | Bangkok-Suvarnabhumi |
Tiger Airways | Singapura |
Darat
- Bandar raya Georgetown dihubungkan dengan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu jambatan yang terpanjang di wilayah Asia.
- Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghubungkan bandar raya George Town dengan Batu Maung. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.
- Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Exit 161 Persimpangan Georgetown
- Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Lingkaran Luar Pulau Pinang dalam perancangan
Laut
Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:
- Georgetown dan Butterworth
- Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.
Pengangkutan awam
- Terminal Bas Ekspres Utama George Town, Pulau Pinang terletak di Sungai Nibong
- Kiosk Bas Ekspress di Menara Komtar, Georgetown
- Terminal Bas Weld Quay,Georgetown Rapid Penang CAT, 11,201,202,203,204,206,301,302,303,307,401,401E & 502
- Terminal Bas 2 Weld Quay,Georgetown 10,101,103 & 104
- Terminal Bas Komtar,Georgetown Rapid Penang CAT, 10,11,101,102,103,104,201,202,203,204,206,301,302,303,304,307,401,401E & 502
- Penang Monorail dalam perancangan
Pendidikan
- Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town.
- Universiti Terbuka Wawasan
- Kolej Segi
- Kolej KDU
- Kolej PTPL
- Island College of Technology
Pusat membeli-belah
- Gurney Plaza
- Queensbay Mall 7km dari Pusat bandar raya
- Island Plaza
- Menara KOMTAR
- Prangin Mall
- 1st Avenue Mall
- Parkson Grand
- Penang Times Square
- Midlands Park Centre
- Tesco Seaview
- Tesco Tanjung Bungah
- Kamdar
- Mydin
- Gama
- Gurney Paragaon Mall
- Penang Plaza
- Sunshine Farlim
- Sunshine Square Bayan Baru 7km dari Pusat bandar raya
- Kompleks Bukit Jambul, 8 km dari Pusat bandar raya
Kesihatan
- Hospital Besar Pulau Pinang
- Hospital Pakar Loh Guan Lye
- Island Hospital
- Hospital Pakar Gleneagles
- Hospital Pakar Lam wah Yee
- Hospital Pakar Adventist
- Hospital Pakar Pantai
- Hospital kanser Mt. Miriam
Kawasan perumahan
- Pusat Bandaraya
- Tanjung Bungah
- Tanjung Tokong
- Tanjong Pinang
- Seri Tanjong
- Pulau Tikus
- Desa Baiduri
- Kampung Batu Lanchang
- Kampung Belachan
- Kampung Dodol
- Kampung Hijau
- Kampung Makam
- Kampung Masjid
- Kampung Masjid Bagan
- Kampung Rawa
- Kampung Raya Baharu
- Kampung Syed
- Pengkalan Weld
- Jelutong
- Taman Abidin
- Taman Ara
- Air Itam
- Bandar Baru Air Itam Farlim
- Taman Barat
- Taman Cemerlang
- Taman Cheeseman
- Taman Continental
- Taman Dega Green
- Taman Dhoby Ghaut
- Taman Free School
- Taman Green Lane
- Taman Greenview
- Taman Guan Joo Seng
- Taman Islands Glades
- Taman Jeliemas
- Taman Jelutong
- Taman Jesselton Height
- Taman Kampar
- Taman Kennedy
- Taman Koperasi Jelutong
- Taman Lalulintas
- Taman Lembah Sungai
- Taman Lita
- Taman P. Ramlee
- Taman Penang
- Taman Perak
- Taman Pulau Pinang
- Taman Rampas
- Taman Scotland
- Taman Selamat
- Taman Sri Husin
- Taman Windmill
- Changkat Miden
- Gelugor
- Sungai Dua
- Sungai Nibong
- Batu Uban
Tempat-tempat menarik
-
Dewan Bandarraya MBPP
-
Lebuh Pantai
-
Fort Cornwallis
-
Kuil Budha Kek Lok Si
-
Menara Jam
-
Muzium Islam
-
Kuil Budha Khoo Kongsi
-
Hotel Eastern & Oriental
-
Gereja St. George
-
Jalan Penang
-
Bangunan Kolonial di Pusat Bandrraya
-
Dewan Sri Pinang
Bandar kembar
- Adelaide, Australia (1973)
- Medan, Indonesia
- Xiamen, China (1991)
- Wilayah Kanagawa, Jepun
Lokasi
Tanjung Tokong | ||||
Balik Pulau | Butterworth | |||
George Town | ||||
Bayan Lepas |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Mike Aquino (30 August 2012). "Exploring Georgetown, Penang". Asian Correspondent. Dicapai pada 1 January 2016.
- ^ Goh Ban Lee (19 May 2014). "The Penang Island City agenda". The Sun. Dicapai pada 25 January 2016.
- ^ Cavina Lim (25 March 2015). "Penang's first mayor a woman". The Star. Dicapai pada 24 January 2016.
- ^ "Malaysia Elevation Map (Elevation of George Town)". Flood Map : Water Level Elevation Map. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2015. Dicapai pada 25 September 2015. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "The Penang Island City agenda". The Sun Daily. 19 May 2014.
- ^ http://penangmonthly.com/an-analysis-of-penang/
- ^ https://www.facebook.com/pages/Majlis-Bandaraya-Pulau-Pinang-MBPP/824716250937723?sk=info&tab=page_info
- ^ Utusan Online-Pastikan Warisan Dunia serlahkan warisan Melayu
- ^ The Star Online-Penaga Laut trees are back in George Town
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Georgetown, Pulau Pinang |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Georgetown. |
- Portal Rasmi Majlis Perbandaran Pulau Pinang
- (Inggeris) Peta Georgetown
- Gambaran satelit Google kedudukan Georgetown
- (Inggeris) Rencana mengenai Georgetown
- (Inggeris) Georgetown, Penang