27 Mac
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mac 27)
| << | Mac 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| 31 | ||||||
| MMXIII | ||||||
27 Mac merupakan hari ke-86 (hari ke-87 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 279 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perayaan Rupert dari Salzburg dalam Gereja Katolik Rom;
- Hari Tatmadaw di Myanmar.
Peristiwa [sunting]
- 196 SM – Ptolemy V menaiki takhta Mesir.
- 1306 – Robert The Bruce dimahkotakan sebagai Raja Scotland di Scone.
- 1309 – Paus Clement V mengucilkan kota Venice dan seluruh warganya.
- 1513 - Konkuistador Sepanyol Juan Ponce de León (gambar) menemui Florida, kononnya semasa mencari Pancuran Kemudaan di Dunia Baru.
- 1794 - Bagi melindungi kapal dagang daripada lanun, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Tentera Laut, membentuk asas Tentera Laut Amerika Syarikat.
- 1851 – Lafayette Bunnell dan anggota lain Batalion Mariposa menjadi orang luar pertama menemui Lembah Yosemite, California (gambar).
- 1854 – Perang Krimea: United Kingdom mengisytiharkan perang terhadap Rusia.
- 1886 – Pahlawan Apache masyhur, Geronimo, menyerah diri kepada Tentera Darat Amerika Syarikat, maka berakhirnya pertempuran utama Perang Apache.
- 1918 – Moldova dan Bessarabia menyertai Romania.
- 1958 - Nikita Khrushchev menjadi Perdana Menteri Kesatuan Soviet selepas Joseph Stalin meninggal dunia.
- 1964 - Gempa Bumi Good Friday berukuran 9.2 Mw, yang terkuat dalam sejarah Amerika Utara, dan tsunami yang menyusul memusnahkan Anchorage, Alaska, mengorbankan lebih 130 orang.
- 1969 – Mariner 7 dilancarkan.
- 1970 – Kapal terbang Concorde melakukan penerbangan supersonik sulungnya.
- 1977 - Dua kapal terbang Boeing 747 berlanggar (gambar CGI) di lapangan terbang Tenerife, Kepulauan Canary, mengorbankan 583 orang dalam kemalangan kapal terbang paling teruk dalam sejarah penerbangan.
- 1980 – Khamis Perak: Kejatuhan mendadak dalam harga perak akibat cubaan adik-beradik Hunt memanipulasi harga pasaran perak yang menimbulkan rasa panik dalam tukaran komoditi dan niaga hadapan.
- 1993 – Jiang Zemin dilantik sebagai Presiden Republik Rakyat China.
- 1994 – Pesawat Eurofighter melakukan penerbangan sulungnya di Manching, Jerman.
- 2002 – Pembunuhan beramai-ramai Paskah: Seorang pejuang syahid Palestin membunuh 29 orang yang tengah berjamuan Paskah di Netanya, Israel.
- 2005 – Drama perubatan memenangi anugerah, Grey's Anatomy mula bersiaran di American Broadcasting Company, A.S.
- 2009 - Empangan Situ Gintung di Kota Tangerang Selatan, Jawa, Indonesia bocor, membanjiri ratusan rumah dan mengorbankan lebih 100 orang.
Kelahiran [sunting]
- 1935 - Julian Glover, pelakon Inggeris
Kematian [sunting]
- 1968 - Yuri Gagarin, seorang manusia pertama ke angkasa lepas
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||