22 November
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari November 22)
22 November merupakan hari ke-326 (hari ke-327 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 39 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Lubnan (1943).
[sunting] Peristiwa
- 1963 - Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-36 di atas Air Force One (gambar) selepas pembunuhan Presiden John F. Kennedy.
- 1967 - Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB diterima sebulat suara selepas Perang Enam Hari antara Israel dan jiran Arabnya Mesir, Jordan dan Syria.
- 1922 - Howard Carter, dibantu oleh Earl Carnarvon, membuka makam Tutankhamun.
- 1986 - Mike Tyson menewaskan Trevor Berbick untuk memenangi kejohanan tinju heavyweight World Boxing Council, dan menjadi juara tinju termuda di dunia.
- 1988 - Pesawat pengebom senyap B-2 Tentera Udara Amerika Syarikat diperlihatkan kepada umum buat pertama kali.
[sunting] Kelahiran
- 1984 - Scarlett Johansson, pelakon dan penyanyi Denmark-Amerika Syarikat

