Black mouth cur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Blackmouth cur)
Black mouth cur
Nama lainVermont cur
Vermont black mouth cur
Yellow black mouth cur
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan Minimum 40 paun (18 kg)
Betina Minimum 35 paun (16 kg)
Tinggi 16–25 inci (41–64 cm)
Bulu Pendek
Warna Kuning, perang kekuning-kuningan, perang, brindle, atau hitam dengan muncung hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Black mouth cur,[a] yang juga dikenali sebagai southern cur, southern black mouth cur, dan yellow black mouth cur, ialah satu baka anjing jenis cur bersaiz sederhana hingga besar dari Amerika Syarikat. Dengan asal usul dari selatan negara itu, baka ini ialah rakan pemburu popular yang digunakan untuk memburu pelbagai buruan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul black mouth cur adalah di Amerika Syarikat Selatan. Di sana, ia dikenali dengan sebilangan nama termasuk southern cur, southern black mouth cur, dan yellow black mouth cur.[1][2] Terdapat sebilangan cerita tentang keleluhuran baka ini, cerita yang paling lazim diterima ialah bahawa baka ini diturunkan daripada anjing yang dibawa ke Mississippi selatan oleh peneroka Eropah. Anjing Eropah ini yang menjadi leluhur termasuk malinois Belgium.[1]] Dalam persekitaran ini, anjing ini dibiakbakakan menjadi bentuk semasanya sebagai anjing pemburu popular jenis cur, dan dari Mississippi ia tersebar ke pergunungan Kentucky, Missouri, Carolina Utara, dan Tennessee; dan akhirnya ke rantau Big Thicket di Texas Tenggara.[1] Watak judulan dalam novel Old Yeller karya Fred Gipson didakwa sebagai black mouth cur.[2] Pada tahun 1987, sebuah kelab baka dibentuk untuk menyokong baka ini, iaitu Southern Black Mouth Cur Breeders Association ("Persatuan Pembiak Baka Southern Black Mouth Cur"), dan pada tahun 1998 baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club.[1][3] Pertubuhan-pertubuhan penyelamatan anjing negeri utara telah giat memindahkan anjing penyelamatan baka ini dari tempat perlindungan di selatan.[perlu rujukan]

Florida[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan penyumbang genetik yang diketahui kepada "anjing perang Florida" yang merata dan terabai.[4] Anjing ini dikenali dengan bermacam-macam nama seperti Florida cur, Florida cow dog ("anjing lembu Florida"), Florida/Cracker cur, dan/atau Florida Cracker dog. "Nip" dan "Tuck" merupakan Florida Cracker cur yang dihadiahkan kepada salah seorang protagonis oleh Orang Indian dalam A Land Remembered, a history of Florida, novel terlaris karya Patrick D. Smith. Ini merupakan anjing serba guna, tegap, dan tidak gentar yang memerlukan pemimpin dominan.[5][6] Dengan asal usul dari Florida, gembala lembu yang tahan lasak dan berani ini telah berkhidmat sebagai pertahanan terhadap kucing liar, babi hutan, dan beruang sejak zaman awal penternakan lembu di rantau ini. Florida cracker cur tidak dibiakbakakan untuk penampilan, tetapi sebaliknya untuk kebolehan kerjanya. Ia biasanya mempunyai tubuh berotot dan muncung cukup terbentuk. Berbanding dengan cur lain, ia cenderung untuk bersaiz lebih besar dan bertulang lebih besar. Warna lapis bulunya termasuk perang, putih, atau hitam, kerap dengan tompok-tompok putih pada kaki dan dada. Ia kerap dikelirukan dengan black mouth cur.[A] Ia mewakili campuran pelbagai warisan dan ciri. Kebanyakan anjing perang Florida mempunyai campuran anjing pengutip Labrador, sedikit black mouth cur, dan sedikit hound dalam keleluhurannya.[9]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Seekor black mouth cur yang menunjukkan topeng melanisme tipikal di sekeliling muncung

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Black mouth cur ialah baka anjing bersaiz sederhana hingga besar, atletik, dan berotot.[1][10][11] Baka ini berbeza-beza dari segi ketinggian dan biasanya berdiri setinggi 16–25 inci (41–64 cm) dengan anjing individu yang diketahui mencapai 28 inci (71 cm).[1][10][11] Piawaian baka mewajibkan ketinggian minimum 18 inci (46 cm) untuk jantan dan 16 inci (41 cm) untuk betina.[3] Baka ini biasanya berukuran seberat 45–100 paun (20–45 kg),[10][11] dengan piawaian baka yang mengizinkan individu yang jelas lebih ringan daripada yang tipikal, dengan menyatakan minimum 40 paun (18 kg) untuk anjing jantan matang dan 35 paun (16 kg) untuk anjing betina matang.[3] Black mouth cur mempunyai lapis bulu pendek dan padat yang biasanya berwarna kuning, perang kekuning-kuningan, atau perang muda, walaupun individu perang gelap, brindle, dan hitam diketahui.[1] Kepala baka ini lebar dan rata. Ia mempunyai telinga terkelepek dan muncung hitam yang jelas melanistik.[1] Ia mempunyai dada lebar, tungkai panjang, dan ekor panjang yang biasanya dibiarkan tidak terpotong.[1][10]

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Black mouth cur ialah baka amat aktif yang memerlukan banyak senaman. Baka ini berhati-hati terhadap orang asing dan diketahui sangat tegas melindungi kanak-kanak, kadang-kadang hingga membantah ibu bapa yang mendisiplinkan anak mereka. Banyak anjing diketahui bergerak balas dengan lebih baik kepada wanita pengendali.[2][10][11]

Ini ialah anjing berkuasa yang berbilang bakat sebagai penjaga, gembala, pemburu, dan anjing pengawas rumah ladang. Menurut sifatnya, ia amat berdikari dan memerlukan pemilik yang memimpinnya.[12][13]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Black mouth cur digunakan secara meluas untuk perburuan di serata Amerika Syarikat Selatan. Baka ini juga digunakan sebagai anjing gembala.[1][2][10][12] Baka ini digunakan untuk memburu pelbagai buruan termasuk beruang hitam Amerika, babi jalang, rakun, rusa, dan tupai; baka ini mempunyai reputasi sebagai pemburu pelahap yang biasanya menangkap dan membunuh binatang buruan di atas tanah, walaupun ia juga melakukan treeing dan pengepungan buruan.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بلک ماءوث کر

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Menurut sejarah, penjelajah Sepanyol De Soto membawa ternakan pertama Florida cracker cur bersama dengan beliau. Beliau tiba di Florida pada tahun 1539 dengan lembu. Memandangkan Florida cracker cur ialah anjing serba kerja dengan hidung tajam, ia sangat tersesuai terhadap tanah paya."[7][8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 222–223. ISBN 1-57076-219-8.
  2. ^ a b c d e Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). Atlas of dog breeds of the world (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 203.
  3. ^ a b c "Official UKC breed standard: Black Mouth Cur" (PDF). United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2000. Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ kakitangan (25 June 2008). "What is Florida brown dog syndrome?". Sarasota Herald-Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2024.(langganan diperlukan)
  5. ^ "Florida Cracker Cur" (dalam bahasa Inggeris). Dog Breed Info. Dicapai pada 4 Mei 2024. The objective in training this dog is to achieve pack leader status.
  6. ^ Hudson, Stewart (29 Januari 2017). Florida Cracker Cur Training Guide (dalam bahasa Inggeris). CreateSpace Independent Publishing Platform. Book Features: Florida Cracker Cur Housetraining, Obedience Training, Agility Training, Behavioral Training, Tricks and More
  7. ^ "Florida Cracker Cur" (dalam bahasa Inggeris). Gun dog Central. Dicapai pada 4 Mei 2024.
  8. ^ "Florida Cracker Cur". 101dogbreeds (dalam bahasa Inggeris). dogbreeds.com. 10 November 2023. Dicapai pada 4 Mei 2024. These dogs get their name from the Florida cowboys, originally colonial British settlers. Due to the sound of their whips, they are also called “Crackers” and used to drive cattle across expansive plains.
  9. ^ Drew, Hubert (18 Ogos 2022). "What is a Florida cracker cur dog?" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2024.
  10. ^ a b c d e f De Brisco, Andrew (1990). The mini-atlas of dog breeds (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. Publications. m/s. 291.
  11. ^ a b c d Palika, Liz (2007). The Howell book of dogs: the definitive reference to 300 breeds and varieties (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley Publishing Inc. m/s. 158. ISBN 978-0-470-00921-5.
  12. ^ a b Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide to 93 Guardians, Herders, Terriers and Other Canine Working Partners (dalam bahasa Inggeris). Storey. m/s. 189. ISBN 9781612125923.
  13. ^ Hoppendale, George; Moore, Asia (2017). Black Mouth Cur: Complete Owners Manual. Black Mouth Cur: Book for Care, Costs, Feeding, Grooming, Health and Training (dalam bahasa Inggeris) (ed. Berilustrasi). IMB Publishing. ISBN 9781912057634.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]