Nuridah Mohd Salleh
Yang Berhormat Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh Ahli Dewan Negara | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Engku Naimah Engku Taib |
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia | |
Memegang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Siti Zailah Mohd Yusoff |
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2007 – 2011 | |
Didahului oleh | Azizah Khatib Mat |
Digantikan oleh | Siti Zailah Mohd Yusoff |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pekan, Pahang | 20 Mei 1961
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Haji Mohd Azemi Azman Johari |
Anak-anak | 10 |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Ustazah Senator Hajah Nuridah Mohd Salleh adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Negara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi tempoh khidmat 2018-2021
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Beliau dilahirkan pada 20 Mei 1961 di Kampung Padang Buluh, Pekan Pahang. Beliau mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Haji Mohd Azemi Azman Johari dan dikurniakan 10 orang anak (5L, 5P); 8 orang daripadanya merupakah Hafiz dan Hafizah Al-Quran dan seorang daripada anaknya telah meninggal dunia di usia 12 tahun dan seorang lagi merupakan OKU. Beliau berkhidmat sebagai Pentadbir dan Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Al-Abqori dan beliau juga seorang pendakwah bebas.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Agama Kuala Rompin
- Kolej Islam Klang (KIK)
- Universiti Malaya (BA Usuluddin)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Diploma Pendidikan)
- Ijazah Perubatan Islam Darul Syifa'
Penglibatan dalam Politik dan NGO[sunting | sunting sumber]
- Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
- Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat)
- Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
- Bekas Calon PAS DUN Tahan PRU-12
- Bekas Calon PAS Parlimen Rompin PRU-13
- Bekas Calon PAS Parlimen Sungai Buloh PRU-14
- Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Bintang
- Penasihat NGO Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH)
- Penasihat NGO Khadimah Care
Pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Peratusan Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | DUN Tahan, Pahang | Nuridah Mohd Salleh (PAS) | 3,755 | Wan Amizan Wan Abd Razak (BN-UMNO) | 5,112 | 80.11% | 1,357 |
2013 | Parlimen Rompin | Nuridah Mohd Salleh (PAS) | 14,926 | Jamaluddin Jarjis (BN-UMNO) | 30,040 | 85.90% | 15,114 |
2018 | Parlimen Sungai Buloh | Nuridah Mohd Salleh (PAS) | 16,997 | Prakash Rao a/l Applanaidoo (BN-MIC) | 16,681 | 26,634 | |
Sivarasa a/l Rasiah (PH-PKR) | 43,631 | ||||||
Zainurizzaman Moharam (PSM) | 642 |
Pengalaman Tambahan[sunting | sunting sumber]
- Peserta Misi Kemanusiaan ke Syria, Myanmar, Bangladesh, Jerman dan Republik Czech
- Peserta Misi Dakwah di Pulau Krismas
- Peserta Misi Food Flotilla for Rohingnya
- Peserta Misi Kemanusiaan Bencana Tsunami di Acheh
- Peserta Misi Kemanusiaan dan Dakwah ke seluruh Malaysia
- Mutawif Umrah Tarbawi Dewan Muslimat PAS Malaysia