Mohd Amar bin Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Haji
Mohd Amar bin Abdullah

Tempoh jawatan
2013 – 2017
Didahului oleh Datuk Ahmad Yakob

ADUN Panchor
Tempoh jawatan
2004 – 2017

Lahir 29 Julai 1959
Kota Bharu, Kelantan
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Datin Hajjah Hasmani binti Haji Hussain
Kediaman Kelantan Kota Bharu, Kelantan
Pekerjaan Ahli politik, Saintis
Agama Islam

Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah atau Dato' Nik Amar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak[1] dan Naib Presiden PAS[2]. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli Negeri Kelantan.

Latar Belakang Keluarga[sunting | sunting sumber]

Dato' Nik Amar merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku Ibrahim. Bonda DNA merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Long Zainal Abidin Bin Sultan Muhammad III. Beliau diberi gelaran Nik Mat (Nik Mohd) oleh Tok Ku Puan yang mengasuhnya ketika kecil. Manakala masyarakat setempat di Kampung Panchor lebih mesra memanggilnya Nik Amar hingga sekarang. Begitu juga ayahandanya yang digelar Pak Nik Lah, diambil dari isteri kepada datuknya Haji Arshad Bin Tahir Bin Tok Tera seorang ulama yang lebih dikenali dengan Tok Ayah Kedah yang berkahwin dengan YM Raja Meriam yang berketurunan Raja Jembal.

Dato' Nik Amar kini mempunyai empat cahaya mata (2 lelaki 2 perempuan) hasil perkongsian hidup bersama Datin Hajjah Hasmani Binti Husain. Anakanda sulung beliau Taqiyuddin Mohd Amar seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang di MTAQ Pulai Chondong telah meninggal pada Jun 2004.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Semenjak kecil Dato' Nik Amar dididik dengan disiplin Islam yang ketat oleh ayahandanya serta bersama-sama tinggal dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor yang diasaskan oleh datuknya. Dalam masa yang sama Dato' Nik Amar bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 - 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.

  • 1965 - 1971 Sekolah Melayu Majlis - Sekolah Rendah
  • 1972 - 1977 SMU (A) Tarbiah Mardhiah - Sekolah Menengah (6 Bawah)
  • 1978 - 1979 Maahad Muhammadi Lelaki - Sekolah Menengah (6 Atas)
  • 1979 - 1983 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Sarjana Muda Pengajian Islam
  • 1985 - 1988 University of Birmingham, UK - MPhil in Theological Studies

Kerjaya & Politik[sunting | sunting sumber]

Sebelum bergiat aktif dalam politik, Dato' Nik Amar merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995). DNA juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Beliau seterusnya dipanggil pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai ADUN Panchor hingga sekarang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, Dato' Nik Amar juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan hingga sekarang.

Pautan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]