Siti Zailah Mohd Yusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Ustazah Dato' Hajah

Siti Zailah Mohd Yusoff

DJMK, JMK, SMK (Kelantan)
سيتي زايله بنت محمد يوسف
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga
Memegang jawatan
10 Mac 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Didahului olehPakatan-harapan-logo.jpg Democratic Action Party Flag.svg Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Rantau Panjang, Kelantan
Memegang jawatan
2008
Didahului olehAbdul Fatah Harun
Majoriti4,486
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Dalam jawatan
2017–2019
Didahului olehNuridah Mohd Salleh
Digantikan olehNuridah Mohd Salleh
Butiran peribadi
Lahir (1963-10-12) 12 Oktober 1963 (umur 56)
Rantau Panjang, Kelantan, Persekutuan Malaysia
Parti politikPAS logo.svg PAS (Kini)
Sekutu gabungan
politik lain
PAS logo.svg GAGASAN (Kini)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-Kini)
PasanganHaji Mat Razali Muhamed
Anak-anak11
PekerjaanAhli Politik, Pendakwah

Yang Berhormat Ustazah Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff atau Kak Lah (lahir 12 Oktober 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia, berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau merupakan ahli politik wanita dari PAS yang pertama dilantik sebagai Timbalan Menteri dan diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Malaysia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Mohd. Afandi Yusoff serta calon bebas, Isma Airfath Hassanuddin dengan majoriti sebanyak 4,486 undi. Beliau memperolehi 19,344 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 14,858 undi.

Beliau seorang wanita yang sangat menitikberatkan syariah dalam setiap individu beragama islam dinegara ini. Beliau pernah menyentuh mengenai isu menutup aurat yang wajib dilaksanakan.

Beliau juga mengingatkan kerajaan tentang kewajipan menentang amalan LGBT kerana ianya jelas"melanggar Perlembagaan Persekutuan" (yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi).

Beliau juga pernah menerangkan bahawa tiada istilah NGO Sisters in Islam. Jelas jika difahami SIS in Islam ini melanggar Perlembagaan Persekutuan" (yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi).

Segala yang dilakukan jelas mendapat penentangan daripada pelbagai pihak.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi Persatuan Pelajar (SMIP).
  • Ahli Dewan Negara (selama 6 tahun)
  • Pegawai Dakwah Halaqat, JAHEAIK (selama 5 tahun)
  • Ahli Lembaga Hakim Pelawat Depot Tahanan PATI, Jabatan Penjara Malaysia
  • Ahli Lembaga Pengarah KELKON SDN. BHD.
  • Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pusat
  • Ketua Dewan Muslimat Negeri Kelantan
  • Ahli Mesyuarat Majlis Daerah Tanah Merah
  • Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan Kuala Krai
  • Ketua Dewan Muslimat Kawasana Tanah Merah
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN Muslimat Pusat
  • Penceramah, Panel Forum dan Pentazkirah Radio Manis FM

Jawatan di Dalam Parti[sunting | sunting sumber]

  • Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Ketua Muslimat Negeri Kelantan
  • Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
  • Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanah Merah
  • Timbalan Pengarah IV Jabatan Pilihanraya Negeri Kelantan
  • Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat Negeri Kelantan
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Negeri Kelantan

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 21 November 2011, anaknya Ahmad Saleh Rahimi, 7, meninggal dunia di Hospital Selayang setelah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) sejak 13 November 2011 akibat menghidap penyakit buah pinggang. Jenazah dibawa pulang ke Tanah Merah.[1]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P23 Rantau Panjang, Kelantan[2][3][4]
Tahun Individu (PAS) Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) 19,344 54.57% Mohd Afandi Yusoff (UMNO) 14,858 41.91% 35,451 4,486 78.11%
Isma Airfath Hassanuddin (BEBAS) 330 0.93%
2013 Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) 23,724 56.57% Ghazali Ismail (UMNO) 17,448 41.61% 41,934 6,362 79.27%
2018 Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) 24,581 Abdullah Mat Yasim (UMNO) 18,431 6,150
Wan Shah Jihan Wan Din (AMANAH) 5,361

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Kelantan
    • My-KEL Order of the Life of the Crown of Kelantan 2006.svg Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) (DJMK) - Dato' (2019)[5]
    • My-KEL Order of the Life of the Crown of Kelantan 2006.svg Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili III) (JMK) - 2011
    • Medal of the Crown of Kelantan ribbon.gif Seri Mahkota Kelantan (SMK) - 2010

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anak bongsu MP Rantau Panjang meninggal dunia
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 24 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
  3. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017.
  5. ^ Ketua Audit Negara dahului senarai penerima pingat Kelantan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]