Pergi ke kandungan

Tengku Hassan Tengku Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Hassan Tengku Omar
DPMT, PJC, PJK, BLB (Terengganu)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2018–2023
TimbalanMuhammad Khalil Abdul Hadi
Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar
PortfolioPerdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran
Kawasan pilihan rayaLadang
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
bagi Ladang
Dalam jawatan
2008–2023
Didahului oleh Wan Hisham Wan Salleh
Digantikan oleh Zuraida Md Noor
Majoriti363 (PRU-14)
924 (PRU-13)
31 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Lahir (1951-01-01) 1 Januari 1951 (umur 75)
Kerteh, Kemaman, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganAlmarhumah Hajah To Puan Fatimah Binti Chik & Hajah Aida Tengah
AnakYM Tengku Mohd Hafiz YM Tengku Fatin Nadiah YM Tengku Mohd Hilmi YM Tengku Mohd Hazwan YM Tengku Fatin Najihah YM Tengku Mohd Hanif
KediamanPadang Negara, Kuala Terengganu
PekerjaanBekas Pegawai Kerajaan & Bekas Ahli Politik

2008-2022: Politician as State Assemblyman of Ladang Constituency;

2005-2008: Federal Government Contractor (Penang E-Land Project);

1980-2005: Government Servant.
Bidang pengkhususan2018 - Terengganu State Executive Council - EXCO

2008 - State Assemblyman of Ladang Constituency 2004 - Pegawai Kewangan Negeri 2002 - Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Terengganu 1999 - Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu 1998 - Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam & Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu 1995 - Pegawai Daerah Besut 1992 - Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perjawatan & Perkhidmatan) 1988 - Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu 1988 - Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu 1987 - Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu 1985 - Pegawai Projek Kanan, INTAN Wilayah Timur, Kemaman 1985 - Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu

1981 - Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu

Yang Mulia Dato' Haji Tengku Hassan bin Haji Tengku Omar (lahir 1 Januari 1951) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Terengganu (2018-2023) dan mantan ADUN Ladang selama tiga penggal (2008-2023).

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan tertinggi bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan lulusan University of Nottingham, United Kingdom bidang pentadbiran daerah.

Tengku Hassan juga pernah bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dan SM Sultan Ismail Kemaman.

Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1951 di Kerteh Kemaman ini pernah bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu dan Pegawai daerah Besut. Atas perkhidmatan yang cemerlang, beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu, Pesuruhanjaya Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.

Tengku Hasan yang juga berpengalaman luas dalam bidang pentabiran daerah pernah menyandang jawatan seperti Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu dan Ketua Penolong Pegawai daerah Hulu Terengganu.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah dilantik Pengerusi A&W Malaysia, Singapura dan Thailand dan Pengerusi Terengganu Safety Training Centre (TSTC).

Dalam bidang usahawan, Tengku Hassan pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU),

Pada peringkat negeri, beliau dilantik EXCO Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran sejak 2018 manakala peringkat politik, merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  • Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' - 1998