Mumtaz Md. Nawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Dato' Hajah

Mumtaz Md. Nawi

DJMK, JMK (Kelantan)
YB Mumtaz Md Nawi.jpg
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tumpat, Kelantan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Che Abdullah Mat Nawi
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Memegang jawatan
16 Mei 2018
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Demit
Memegang jawatan
13 Jun 2013
Didahului olehPAS logo.svg Muhamad Mustafa
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
6 Julai 2009 – 5 Julai 2012
Digantikan olehPAS logo.svg Khairiah Mohamed
Dalam jawatan
19 Julai 2006 – 18 Julai 2009
Didahului olehPAS logo.svg Siti Zailah Mohd Yusoff
Butiran peribadi
Lahir (1972-03-30) 30 Mac 1972 (umur 50)
Kampung Ana, Tumpat, Kelantan
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHaji Mohd Sukiman bin Yasin
Anak-anakMohamad Ammar
Mohamad Aiman
Adnin Nuha
Raihan Nuha
IbuHajah Siti Talhah Ismail
BapaUstaz Haji Md Nawi Haji Said
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Yang Berhormat Dato' Hajah Mumtaz Haji Md Nawi adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dalam Penilaian Sekolah Rendah mendapat 5A, SRP (6 agregat), SMU (9 agregat), SPM (6 agregat). Penerima Anugerah Hadiah Buku bagi pencapaian akademik cemerlang dan berbagai anugerah lain termasuk Pelajar Cemerlang Yayasan Islam Kelantan 1990.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mumtaz merupakan seorang peguam bela dan peguam cara sehingga berjaya memiliki firma guaman sendiri atas nama Mumtaz Nawi & Co. Pada 2007, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menjadi menyampaikan selempang 'Tokoh Beliawanis 2007' dan wang tunai RM2,000, jam khas dan sijil.

Beliau menjadi pakar rujuk Undang-undang RTM dan juga NGO serta panel pelbagai forum perdana termasuk Debat Perdana yang pernah disiarkan di RTM.

Politik[sunting | sunting sumber]

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ahli Dewan Negara (Mewakili Kerajaan Negeri Kelantan sejak 2007-sekarang).

Mumtaz mewakili ahli Parlimen Malaysia di BBC untuk International Video Confrerencing, New South Wales, South Africa dan Malaysia.

Sering diberi kepercayaan mengetuai delegasi Ahli Dewan Negara ke persidangan luar negara.

[1]

Bai'ah taat setia PAS[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menyatakan sokongan kepada amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti PAS yang melompat parti. Beliau menyatakan bahawa amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.[2]

Anugerah & pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Kelantan
    • Darjah Setia Jiwa Mahkota Kelantan (JMK) - (2016)
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) - Dato' (2019)[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]