29 Oktober
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Oktober 29)
| << | Oktober 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
| MMXII | ||||||
29 Oktober merupakan hari ke-302 (hari ke-303 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 63 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Republik di Turki (1923).
[sunting] Peristiwa
- 1268 - Duke Swabia terakhir, Conradin dipancung di Naples selepas gagal menuntut kembali Sicily daripada Charles dari Anjou bagi pihak Kerabat Diraja Hohenstaufen.
- 1787 - Opera Mozart (gambar) Don Giovanni dipersembahkan buat pertama kali, di Prague.
- 1923 - Mustafa Kemal Atatürk (gambar) menjadi Presiden pertama Republik Turki, sebuah negara baru yang ditubuhkan daripada saki-baki Empayar Uthmaniyyah.
- 1956 - Krisis Suez bermula apabila Israel menyerang Semenanjung Sinai dan mengundurkan angkatan tentera Mesir ke Terusan Suez.
- 1998 - Selepas lebih tiga dekad, John Glenn yang berusia 77 tahun kembali ke angkasa lepas dengan bolak-balik angkasa lepas Discovery bagi mengkaji kesan penerbangan angkasa lepas terhadap orang tua.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||