Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا سابه
Nama Bahasa InggerisMalaysian United Indigenous Party of Sabah
Nama Bahasa Cina土著团结党
Nama Bahasa Tamilமலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி
Singkatan
  • Bersatu Sabah
  • PPBM Sabah
PemimpinRonald Kiandee
PresidenMuhyiddin Yassin
PengasasMahathir Mohamad
Muhyiddin Yassin
Hajiji Noor
PecahanParti Pribumi Bersatu Malaysia
Penggabungan kebangsaanSebagai ahli:

Rakan gabungan:

Dewan Negara Malaysia
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia
1 / 222
Dewan Undangan Negeri
0 / 607
Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia
(Ketua Menteri Sabah)
0 / 13
Bendera parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bahasa Inggeris: Malaysian United Indigenous Party of Sabah), juga disingkatkan sebagai Bersatu Sabah dan kadangkala ditulis sebagai PPBM Sabah, ialah sebuah cawangan atau cabang parti politik di Sabah, Malaysia. Bersatu Sabah semasa dibawah pemerintahan Hajiji Noor ialah hasil pecahan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia pusat.[1] Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bersatu Sabah) ialah satu-satunya cawangan Bersatu yang bergerak tanpa arahan dari pemimpin pusat seolah-olah parti Bersatu Sabah ialah parti mandiri lokal dari Negeri Sabah.

Parti ini diarah oleh Hajiji Noor dan terbina mandiri selepas kelulusan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[2] Bukti lain ialah, Pengerusi Parti GRS, Hajiji Noor berkata GRS akan terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 akan datang, bertentangan dengan Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan BN dan GPS sebagai musuh utamanya.[3] Berbeza dengan bahagian Bersatu di Semenanjung dan Sarawak yang tidak menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan dibawah Anwar Ibrahim, Bersatu Sabah pula menyokong kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim dan mempunyai jawatan kabinet di dalam Kabinet Anwar Ibrahim.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan BERSATU Sabah secara mandiri[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee, posisi Bersatu Sabah tidak sama seperti Bersatu Semenanjung atau Nasional, ini berlaku selepas kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui gabungan beberapa parti tempatan dan BN yang selepas itu dikenali sebagai GRS-Barisan Nasional.

Bersatu adalah pengasas Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional, namun ada sebahagian parti dalam GRS tidak menjadi komponen Perikatan Nasional. Di Sabah sendiri, BN bukannya ahli GRS seperti PBS, STAR serta Bersatu, tetapi bertindak sebagai rakan sekutu GRS atau dikenali sebagai GRS-BN.[5]

Kejatuhan BERSATU Sabah[sunting | sunting sumber]

Bersatu Sabah kini lumpuh apabila semua wakil rakyatnya bertindak keluar parti berkuat-kuasa pada 10 Disember 2022. Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor juga menyatakan bahawa semua wakil rakyat ADUN Sabah mengambil keputusan keluar dan meninggalkan Bersatu. Pemimpin Bersatu Sabah termasuk semua wakil rakyatnya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu pada waktu tengahari 10 Disember 2022.[6]

Selepas pengumuman itu, laporan media mencadangkan Bersatu Sabah telah runtuh atau dibubarkan, tetapi hal ini disangkal Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang menafikan cadangan itu dengan menyatakan terdapat ramai ahli Bersatu Sabah yang tidak mengikut jejak dan laluan ahli GRS. Beliau juga menegaskan bahawa BERSATU Sabah akan kekal wujud dan kepimpinannya akan disusun semula oleh ahli yang masih ada.[7] Selepas kejatuhan Bersatu Sabah, hanya Datuk Ronald Kiandee sahaja yang tidak keluar dari Bersatu, dan satu cawangan Bersatu sahaja masih terbuka.[8]

Senarai ketua cawangan[sunting | sunting sumber]

Senarai pengerusi[sunting | sunting sumber]

No. Potret Pengerusi Tarikh mula menjawat Tarikh akhir menjawat Tempoh jawatan Timbalan pengerusi
1 Hajiji Noor
(lahir 1966)
Adun untuk Sulaman, sejak 1990
6 April 2019 10 Disember 2022 3 tahun, 248 hari Masidi Manjun
(2019–2022)
2 Ronald Kiandee
(lahir 1961)
MP untuk Beluran, sejak 1999
11 Disember 2022 penyandang 1 tahun, 130 hari Kekosongan jawatan

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Malaysia ke 15[sunting | sunting sumber]

BERSATU Sabah mempunyai 1 ahli di Dewan Rakyat untuk Sabah.

Negeri No. Kawasan Parlimen Nama Ahli Party
 Sabah P183 Beluran Ronald Kiandee BERSATU Sabah
Bilangan Sabah (1)

Keputusan pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kerusi dimenangi kerusi ditandingi bilangan undi peratusan undi hasil ketua pilihan raya
2022
4 / 222
6 (bawah GRS) (Sabah kecuali Beluran)
1 Kerusi Beluran
94,085 0.61% 2 kerusi; Kerajaan
(Gabungan Rakyat Sabah),
kemudian Pembangkang
(Perikatan Nasional)
Hajiji Noor (letak jawatan)

Keputusan pilihan raya negeri[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri ADUN
Sabah Bilangan menang / Bilangan ditandingi
2/3 majority
2 / 3
2 / 3
2020
11 / 73
11 / 21

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
  2. ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
  3. ^ "GRS mahu terus kerjasama dengan BN pada PRU15". 25 September 2022.
  4. ^ "'GRS sertai Kerajaan Perpaduan demi kebaikan negeri'". 25 November 2022.
  5. ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
  6. ^ Abdullah, Izwan (2022-12-10). "Pemimpin BERSATU Sabah keluar parti, kekal bawah GRS - Hajiji". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
  7. ^ "'Restructuring' in Sabah Bersatu following exodus of leaders, says Ahmad Faizal". The Star. 10 December 2022. Dicapai pada 10 December 2022.
  8. ^ "Kiandee staying put with Sabah Bersatu despite exodus led by Hajiji". The Star. 10 December 2022. Dicapai pada 10 December 2022.