Parti Pekerja-Pekerja Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Parti Pekerja Malaysia)
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
Malaysian Workers' Party
PPM
Ketua Puan Ganga Nayar (Pengasas)
Diasaskan 1978
Ibu pejabat Kuala Lumpur
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik


Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Workers' Party) merupakan parti politik berhaluan kiri di Malaysia.

Parti ini ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Puan Ganga Nayar, yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu kawasan Parlimen Sungai Besi dan DUN Sungai Way pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 ke-5.

Semasa berlaku kejadian di mana beberapa anggota PAS telah keluar dan cuba mendaftar sebuah parti baru dengan nama Parti Progresi Islam, tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana penggunaan perkataan Islam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan. [1]

Berikutan dengan itu, gerakan Harapan Baru mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 dan dilancarkan semula sebagai Parti Amanah Negara yang diadakan dalam satu majlis yang diadakan pada 16 September 2015.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]