Bloodhound

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bloodhound
Bloodhound
Nama lainAnjing Santo Hubert
Anjing pemburu Santo Hubert
Anjing pemburu perlahan
Negara asalBelgium, Perancis, England atau Scotland
Trait
Berat Jantan 46–54 kg (101–119 lb)
Betina 40–48 kg (88–106 lb)
Tinggi Jantan 64–72 cm (25–28 in)
Betina 58–66 cm (23–26 in)
Bulu Pendek dan padat
Warna Hitam dan sawo matang; hati dan sawo matang; merah
Jangka hayat 10–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bloodhound (Belanda: bloedhond), atau anjing Santo Hubert atau anjing pemburu Santo Hubert (Perancis: chien de Saint-Hubert; bahasa Inggeris: Saint Hubert hound), ialah satu baka anjing pemburu bau yang besar pada asalnya dibiakbakakan untuk pemburuan rusa dan babi hutan, tetapi juga digunakan sejak Zaman Pertengahan untuk penjejakan manusia, dan kini paling kerap dibiakbakakan secara tertentu untuk tujuan itu. Diketahui dibiakbakakan daripada hound yang pernah dipelihara di Gereja Santo Hubert di Belgium, ia dikenali di Perancis sebagai anjing Santo Hubert.

Anjing ini masyhur kerana kebolehannya untuk mencerap bau manusia sungguhpun selepas beberapa hari kemudian, menempuhi jarak besar, serta menyeberangi air. Deria bau tajam luar biasanya digabungkan dengan naluri penjejakan kuat, menghasilkan anjing pemburu bau yang unggul, dan ia digunakan oleh polis dan penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia untuk menjejak banduan penjara terlepas, orang hilang, kanak-kanak hilang dan haiwan peliharaan yang hilang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Barwick, M. Aspects of Bloodhound History
  • Boitard, Jean-Pierre, Le Chien de Saint-Hubert, éditions Artémis 2002. ISBN 2-84416-155-3
  • Dalziel, Hugh. British Dogs Ch IX
  • Fogle, Bruce (2000). The New Encyclopedia of the Dog. Dorling Kindersley (DK). ISBN 0-7894-6130-7.
  • Reed, Lena and Brey, Catherine F. (1991). The New Complete Bloodhound. Howell Book House. ISBN 0-87605-077-1.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Tweedie, Jan (1998). On the Trail!: A Practical Guide to the Working Bloodhound and Other Search and Rescue Dogs. Alpine Publications. ISBN 1-57779-005-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Chien de Saint-Hubert di Wikimedia Commons