Pergi ke kandungan

Pasrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasrah
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Ismail Mustapha
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 8 Januari 2000 (2000-01-08) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 2.74 juta[1]

Pasrah[2] merupakan filem drama romantik Malaysia 2000 arahan Yusof Haslam dan terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Erra Fazira, Norman Hakim, dan ramai lagi. Filem ini mula ditayangkan pada 8 Januari 2000. Nasha Aziz dan Rosyam Nor menolak tawaran berlakon filem ini. Tempat mereka diambil alih oleh Wilma Muhammad dan Khairil Anwar.[3][4][5]

Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang model terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang modl, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang model yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya. Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham. Namun sayangnya, segalanya pengorbanan yang dilakukan Farah tidak sedikitpun dihargai oleh Hafsham. Sikap cemburu buta Hafsham semakin membuatkan hubungannya bersama Farah Diba semakin dingin. Natasha kemudian mengambil kesempatan tersebut dengan menggoda Hafsham dan memfitnah Farah Diba. Hafsham akhirnya memutuskan hubungannya dengan Farah Diba lalu mengahwini Natasha. Meskipun berat hati dan rasa kecewa, Farah akur dengan keputusan Hafsham dan mula mengubati lara hatinya sendirian. Majlis perkahwinan Hafsham dan Natasha akhirnya berlangsung. Namun tidak lama kemudian, rumahtangga Hafsham dan Natasha mulai goyah apabila Hafsham melihat Natasha masih belum mengubah sikapnya yang masih menjejakkan kakinya ke kelab malam. Hafsham akhirnya rasa menyesal kerana mengambil keputusan terburu-buru mengahwini Natasha. Hafsham mencuba untuk memenangi semula hati Farah Diba. Bagaimanapun, hati Farah Diba kini tertutup untuk menerima Hafsham kembali. Farah juga mengingatkan Hafsham agar setia kepada Natasha dan membimbingnya ke jalan yang benar sebagai seorang isteri.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Pasrah diarahkan oleh Yusof Haslam dan filem kelima terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance selepas lima filem sebelumnya. Yusof mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan skrip.[4] Penggambaran dijalankan pada 13 Jun 1999 di Kuala Lumpur, Cameron Highlands dan Genting Highlands serta Port Dickson .[4] Nasha Aziz dan Rosyam Nor menolak tawaran membintangi filem ini dan digantikan oleh Wilma Muhammad dan Khairil Anwar.

Pasrah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 8 Januari 2000. Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM2,741,470.43.

Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) memberikan penarafan 6.1/10 daripada 16 undian dan Movieo memberikan penarafan 6.1/10 daripada 15 undian.

Masa depan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2016, ia telah dihebahkan bahawa Norman Hakim dan Erra Fazira bakal disatukan kembali menerusi versi terbaharu filem Pasrah yang akan diterbitkan.[6][7]

  1. ^ Tayangan Filem Cereka Tempatan 2000 FINAS. Diperoleh pada 24 Ferbuari 2010.
  2. ^ Pasrah (2000) Diarkibkan 2018-05-17 di Wayback Machine FilemKita.com. Dicapai pada 24 Februari 2010.
  3. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  4. ^ a b c "Pasrah filem terbaru Yusof Haslam". Utusan Malaysia. 1 Jun 1999. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  5. ^ A. Wahab Hamzah (14 Januari 2000). "Pasrah mentaliti pembikin atau penonton?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  6. ^ "Filem Pasrah versi baharu". Malaysia Gazette. 1 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-24. Dicapai pada 1 Februari 2016.
  7. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (30 Januari 2016). "Norman, Erra kembali bercinta?". Berita Harian. Dicapai pada 1 Februari 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]