Sara Sajeeda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sara Sajeeda
GenreDrama
cinta
Konflik
Pengarah
  • Eoon Shuhaini
  • Feroz Kader
  • Rizwan Zaman
Dibintangi oleh
Tiz Zaqyah
Arslan Asad Butt
Anmol Baloch
Fahrin Ahmad
Uyaina Arshad
Shaharuddin Thamby
Mas Anizan
Fouziah Gous
Haliza Misbun
Lagu pembukaan"Bicara Rasa" oleh Ariff Bahran dan Sarah Suhairi
Lagu penutup"Menongkah Cinta" oleh Erra Fazira
Negara asal
Bahasa
Bilangan episod30
Penerbitan
Lokasi
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal3 Oktober 2019 – 25 November 2019
Kronologi
MengikutiRumah Siti Khadijah
Diikuti olehDia Yang Ku Cinta

Sara Sajeeda ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia-Pakistan 2019 arahan bersama Eoon Shuhaini, Feroz Kader dan Rizwan Zaman lakonan Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch. Drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 3 Oktober hingga 25 November 2019 menggantikan Rumah Siti Khadijah.[1][2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Sara (Tiz Zaqyah), seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Tan Sri Ismadi (Shaharuddin Thamby) untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat (Fahrin Ahmad). Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.

Fawaad (Asad Arslan Butt), seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.

Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Tan Sri Ismadi dan Tok Nani, nenek kepada Sara. Namun reaksi sebaliknya daripada Puan Sri Norizan (Mas Anizan) yang merestuinya kerana inginkan kebahagiaan buat anaknya itu. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Fawaad dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.

Kembalinya Fawaad ke rumah, ternyata keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan ibunya, Saima dan kasihan dengan nasib Sajeeda (Anmol Baloch) yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.

Setalah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Tan Sri Ismadi.

Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Megat pula bersekongkol dengan Tan Sri Ismadi untuk meruntuhkan rumah tangga Fawaad dan Sara. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Saima yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Tiz Zaqyah sebagai Sara
  • Arslan Asad Butt sebagai Fawaad Khan
  • Anmol Baloch sebagai Sajeeda

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Oktober 2019). Sara Sajeeda dapat perhatian warga Pakistan Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2019.
  2. ^ Zaidi Che (9 Oktober 2019). Sara Sajeeda: Cinta Tiz Zaqyah milik pemuda Pakistan? Stail.my. Dicapai pada 2 November 2019.
  3. ^ Salma Syahbuddin (8 Oktober 2019). Konflik Cinta Dua Dunia, Tampil Pelakon Dari Dua Negara Dalam Sara Sajeeda XTRA. Dicapai pada 2 November 2019.