Salahuddin Ayub
Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Salahuddin Ayub DGSM (Melaka); DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup | |
Bapa Rahmah Malaysia باڤ رحمه مليسيا | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 23 Julai 2023 (2 tahun, 3 bulan dan 28 hari) | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Puan Hajah Fuziah Salleh |
Didahului oleh | Dato Sri Alexander Nanta Linggi |
Digantikan oleh | Datuk Armizan Mohd Ali |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pulai, Johor | |
Dalam jawatan 19 Disember 2022 – 23 Julai 2023 | |
Digantikan oleh | Suhaizan Kayat |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nur Jazlan Mohamed |
Majoriti | 28,924 |
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Simpang Jeram | |
Dalam jawatan 21 April 2022 – 23 Julai 2023 | |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
Digantikan oleh | Nazri Abdul Rahman |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 22 Januari 2022 | |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi (2022-kini) Hasni Mohammad (2020-2022) Sahruddin Jamal (2019-2020) Osman Sapian (2018-2019) |
Didahului oleh | Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (Sungai Abong) |
Majoriti | 7,687 |
Naib Presiden Pakatan Harapan | |
Dalam jawatan 2017–2022 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara | |
Dalam jawatan 2015 – 23 Julai 2023 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 22 September 2022 – 23 Julai 2023 | |
Timbalan | |
Didahului oleh | Aminolhuda Hassan |
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Yang di-Pertuan Agong | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan Menteri | Sim Tze Tzin |
Didahului oleh | Ahmad Shabery Cheek |
Digantikan oleh | Ronald Kiandee |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pontian, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 1 Disember 1961
Mati | 23 Julai 2023 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Malaysia | (umur 61)
Cause of death | Pendarahan otak |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Johor |
Parti politik | (1983–2015) (2015–2023) |
Pasangan | Datin Seri Fatimah Taha |
Anak | 6 |
Kediaman | Johor Bahru, Johor |
Tempat belajar | Universiti Pertanian Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Anugerah awam | Senarai |
Laman web | Blog |
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (1 Disember 1961 – 23 Julai 2023) DGSM, DSPN, [1] ialah ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara [2] berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018. Beliau meletak jawatan sebagai menteri portfolio tersebut pada 24 Februari 2020. [3] Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023 akibat pendarahan otak setelah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. [4]
Biodata
[sunting | sunting sumber]Salahuddin bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor dan berketurunan peranakan Melayu-Cina serta sekampung dengan Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik. Isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada tahun 1985 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.[5]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973). Kemudian, beliau menyambung ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976) dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) sehingga tamat pengajian tingkatan 5, meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat, Pontian (1979-1980). Beliau juga mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Darjah Khas pada tahun 1977. Selepas tamat pengajian di alam persekolahan, beliau seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.[6][7]
Kerjaya dan politik
[sunting | sunting sumber]- Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.[8]
ABIM
[sunting | sunting sumber]- Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).
PAS
[sunting | sunting sumber]- Pada 1983, Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015)[9].
- Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
- Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).
- Bertanding di kerusi Parlimen Pulai, Johor dan Dewan Negeri Nusajaya (kini dikenali sebagai Kota Iskandar) pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 namun tewas kedua-dua kerusi kepada calon Barisan Nasional.
AMANAH
[sunting | sunting sumber]- Dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pada tahun 2015.
- Memenangi kerusi Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar, Johor dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.
- Memenangi kerusi Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Pulai, Johor dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.
HARAPAN
[sunting | sunting sumber]- Dilantik sebagai Naib Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 22 September 2015.
Pengalaman
[sunting | sunting sumber]- Menyertai Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006
- Debat Perdana dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 2003
- Ditahan di Penjara Kajang pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan haram Ops Kriket Israel di Universiti Malaya pada 1997.[10]
- Ketua misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).
- Wakil Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN.
- Anggota International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Pulai | Salahuddin Ayub | PH (AMANAH) | 64,900 | Nur Jazlan Mohamed | BN (UMNO) | 31,726 | 33,174 |
Loh Kah Yong | PN (GERAKAN) | 20,677 | ||||||
2018 | Salahuddin Ayub | PH (AMANAH) | 55,447 | Nur Jazlan Mohamed | BN (UMNO) | 26,523 | 28,924 | |
Mohd Mazri Yahya | PAS | 4,332 | ||||||
Yap Keng Tak | BEBAS (TELEFON) | 591 | ||||||
2013 | Salahuddin Ayub | PAS | 40,525 | Nur Jazlan Mohamed | BN (UMNO) | 43,751 | 3,226 | |
2008 | Kubang Kerian | Salahuddin Ayub | PAS | 27,179 | Ab Ghani Mamat | BN (UMNO) | 16,537 | 10,642 |
2004 | Salahuddin Ayub | PAS | 21,430 | Ahmad Rusli Iberahim | BN (UMNO) | 15,803 | 5,267 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Simpang Jeram | Salahuddin Ayub | PH (AMANAH) | 8,749 | Zarul Salleh | PN (PAS) | 6,350 | 2,399 |
Lokman Md Don | BN (UMNO) | 6,062 | ||||||
Mahaizal Mahmor | PEJUANG | 208 | ||||||
2018 | Salahuddin Ayub | PH (AMANAH) | 14,640 | Mohd Radzi Amin | BN (UMNO) | 6,953 | 7,687 | |
Mohd Mazri Yahya | PAS | 2,136 | ||||||
Ahmad Hashim | BEBAS | 28 | ||||||
2013 | Nusa Jaya | Salahuddin Ayub | PAS | 20,965 | Zaini Abu Bakar | BN (UMNO) | 23,166 | 2,201 |
1999 | Benut | Salahuddin Ayub | PAS | 4,701 | Salehon Sengot | BN (UMNO) | 11,970 | 7,269 |
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 21 Julai 2023, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas beliau mengalami gejala mual serta muntah-muntah sekitar pukul 10 malam. Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai, 2 hari kemudian ketika beliau masih dalam rawatan. [11] Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Johor pada jam 12 tengah hari, 24 Julai 2023.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran diraja
[sunting | sunting sumber]- Melaka
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2019)[12]
- Pulau Pinang
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) - Dato' (2018)[13]
Pengiktirafan lain
[sunting | sunting sumber]Pascakematian beliau, Salahuddin digelar Bapa Rahmah Malaysia oleh sebilangan rakyat Malaysia atas jasanya mencetuskan idea dan inisiatif membantu rakyat menangani isu kenaikan kos sara hidup menerusi pakej ‘Rahmah’ semasa menggalas jawatan Menteri. [14][15]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Panglima ATM dahului penerima anugerah
- ^ "Kepimpinan 2015". Parti Amanah Negara. 6 September 2015. Dicapai pada 6 September 2015.
- ^ "Salahuddin, Dzulkefly letak jawatan menteri". Free Malaysia Today. 24 Februari 2020.
- ^ "salahuddin Ayub Meninggal Dunia". bharian. Text "Date 23 Julai 2023" ignored (bantuan)
- ^ "PAS Government stands firm". New Straits Times. 30 April 1996. Dicapai pada 22 December 2009.
- ^ "Rising star assured of PAS Youth post". The Star. Star Publications. 10 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 27 Mei 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Jennifer Gomez (13 Julai 2015). "'Purged' PAS leaders launch splinter movement". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2015. Dicapai pada 13 Julai 2015. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "PAS Names Candidates Except For Gua Musang, Jeli". Berita Wilayah Eastern Region. Bernama. 22 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 27 May 2010.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2009-09-15.
- ^ Makanan berkhasiat, 3x sehari di lokap
- ^ "Salahuddin Ayub meninggal dunia". Freemalaysiatoday. 23/7/2023. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ 165 terima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka
- ^ Salahuddin kini bergelar Dato'
- ^ cue (2023-07-24). "Perginya 'bapa rahmah' Malaysia, Berita - BeritaHarian.sg". www.beritaharian.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-09.
- ^ "Perginya Bapa RAHMAH Malaysia, Ini Perjalanan Hidup Salahuddin Ayub | TRP". The Rakyat Post. 2023-07-24. Dicapai pada 2023-08-09.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
- CS1 errors: unrecognized parameter
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1961
- Kematian 2023
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
- Muslim Malaysia
- Orang dari Johor
- Bekas anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Anggota Parti Amanah Negara
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ketua Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-15
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Penerima Darjah Gemilang Seri Melaka
- Penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri
- Kematian akibat pendarahan intrakranium
- Anggota Angkatan Belia Islam Malaysia