Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Januari
Templat:JanuariCalendar2012Source
1 Januari: Hari Tahun Baharu dalam kalendar Gregory
- 1739 – Pulau Bouvet di Lautan Atlantik Selatan, pulau paling terpencil di dunia, ditemui penjelajah Perancis Jean-Baptiste Charles Bouvet de Lozier.
- 1801 – Ahli astronomi Itali Giuseppe Piazzi menemui planet kerdil Ceres (gambar).
- 1818 – Novel cereka sains Frankenstein; or, The Modern Prometheus oleh Mary Shelley, diterbitkan buat pertama kali, di London.
- 1959 – Presiden Cuba Fulgencio Batista melarikan diri ke Republik Dominika apabila angkatan tentera di bawah Fidel Castro menguasai Havana, mengakhiri Revolusi Cuba.
- 1999 – Mata wang rasmi Kesatuan Eropah euro diperkenalkan di 11 negara.
Hari-hari sebelum: 31 Disember – 30 Disember – 29 Disember
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 Januari: Hari Perayaan Gregory dari Nazianzus (Gereja Katolik Rom)
- 366 – Perikatan Jermanik Alamanni menyeberangi Sungai Rhine yang beku untuk menyerang Empayar Rom.
- 533 – Mercurius menjadi Paus John II, paus pertama yang menerimaguna nama baharu apabila dilantik.
- 1492 – Reconquista berakhir apabila Ratu Isabel I dan Raja Fernando II menewaskan pemerintah Moor terakhir Muhammad XII di Granada.
- 1905 – Perang Jepun-Rusia: Pengepungan Port Arthur berakhir apabila armada Rusia menyerah kalah kepada tentera Jepun, di Lüshunkou, China kini.
- 1959 – Kapal angkasa lepas Soviet Luna 1 (gambar), kapal angkasa pertama yang menghampiri bulan, dilancarkan oleh roket Vostok dari Kosmodrom Baikonur di RSS Kazakh.
Hari-hari sebelum: 1 Januari – 31 Disember – 30 Disember
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1521 – Paus Leo X mengeluarkan titah-perintah Decet Romanum Pontificem, mengucilkan Martin Luther daripada Gereja Katolik Rom.
- 1749 – Gabenor Benning Wentworth mula memberikan Geran New Hampshire untuk tanah yang juga dituntut oleh New York, yang kini merupakan Vermont.
- 1888 – Teleskop bias 91 cm di Balai Cerap Lick (gambar), berhampiran San Jose, California, yang merupakan teleskop terbesar di dunia ketika itu, digunakan buat pertama kali.
- 1958 – Sepuluh bekas koloni British di Caribbean bersatu untuk membentuk negara merdeka baharu, Persekutuan Hindia Barat.
- 1990 – Serangan Amerika Syarikat ke atas Panama: Jeneral Manuel Noriega menyerah diri kepada tentera A.S.
Hari-hari sebelum: 2 Januari – 1 Januari – 31 Disember
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 Januari: Hari Kemerdekaan di Burma (1948)
- 1854 – Kapten William McDonald menjumpai Kepulauan McDonald, sebuah kepulauan tidak berpenghuni di Lautan Selatan kira-kira dua pertiga perjalanan dari Madagaskar ke Antartika.
- 1885 – Perang China-Perancis: Askar Perancis pimpinan Jeneral Oscar de Négrier menewaskan angkatan China yang lebih besar di Nui Bop, utara Vietnam.
- 1948 – Burma mencapai kemerdekaan daripada Empayar British, dengan U Nu daripada Liga Kebebasan Rakyat Anti Fasisme sebagai Perdana Menteri.
- 2004 – Perayau Marikh NASA Spirit (gambar) berjaya mendarat di Marikh pada 04:35 UTC Bumi.
- 2010 – Pencakar langit Burj Khalifa, struktur tertinggi di dunia, dibuka secara rasmi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Hari-hari sebelum: 3 Januari – 2 Januari – 1 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 Januari: Malam Kedua Belas (Kristian Barat); Perihelion (01:00 UTC, 2012).
- 1527 – Pengasas bersama jemaah Anabaptisme Schweizer Brüder di Zurich, Felix Manz dihukum mati dengan dilemaskan.
- 1933 – Pembinaan Jambatan Golden Gate (gambar) yang menyeberangi Selat Golden Gate dimulakan.
- 1968 – Alexander Dubček mendapat kuasa di Czechoslovakia, memulakan pembaharuan politik yang dikenali sebagai "Musim Bunga Prague".
- 1996 – Pemimpin Briged Izzudin al-Qassam Hamas Yahya Ayash dibunuh oleh Shin Beit Israel dengan bom telefon bimbit.
- 2005 – Planet kerdil terbesar dalam Sistem Suria, Eris ditemui oleh Michael E. Brown dan pasukannya menggunakan imej dari Balai Cerap Palomar.
Hari-hari sebelum: 4 Januari – 3 Januari – 2 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 Januari: Epifani (Kristian); Hari Angkatan Tentera di Iraq.
- 1449 – Constantine XI Palaiologos dimahkotakan sebagai Maharaja Byzantine, yang terakhir sebelum Kejatuhan Constantinople.
- 1661 – Pendukung Sistem Pemerintahan Beraja Kelima gagal dalam percubaan mereka merampas London daripada kerajaan baharu Charles II.
- 1838 – Samuel Morse dan pembantunya Alfred Vail berjaya menguji telegraf elektrik buat pertama kali.
- 1907 – Maria Montessori (gambar) membuka sekolah dan pusat jagaan harian yang pertama untuk kanak-kanak kaum buruh di Rom.
- 1995 – Kebakaran mencurigakan di sebuah rumah pangsa di Manila menyebabkan terhalangnya Komplot Bojinka, pelopor untuk serangan 11 September 2001.
Hari-hari sebelum: 5 Januari – 4 Januari – 3 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 Januari: Krismas (Kristian-takwim Julius); Hari Bendera di Itali; Hari Kemenangan di Kemboja.
- 1558 – Francis, Duke Guise menawan semula Calais, kawasan benua milik England yang terakhir.
- 1610 – Galileo Galilei mencerap tiga satelit Musytari melalui teleskopnya: Io (gambar), Ganymede dan Callisto.
- 1785 – Jean-Pierre Blanchard dan John Jeffries menjadi orang pertama menyeberangi Selat Inggeris menggunakan belon.
- 1924 – Persekutuan Hoki Antarabangsa diasaskan di Paris sebagai gerak balas terkeluarnya sukan hoki daripada Sukan Olimpik Paris 1924.
- 1979 – Perang Kemboja–Vietnam: Phnom Penh ditawan oleh Angkatan Tentera Rakyat Vietnam, secara berkesan menamatkan rejim Khmer Rouge di bawah Pol Pot.
Hari-hari sebelum: 6 Januari – 5 Januari – 4 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 Januari: Hari Lahir Kim Jong-un di Korea Utara
- 1198 – Lotario de Conti menjadi Paus Innocent III. Tindakannya yang pertama ialah memulihkan kuasa paus di Rom.
- 1815 – Perang 1812: Angkatan Amerika Syarikat pimpinan Jeneral Andrew Jackson menewaskan Tentera Darat British dalam Pertempuran New Orleans, dua minggu selepas pemeteraian Perjanjian Ghent.
- 1889 – Herman Hollerith menerima paten untuk mesin jadual elektriknya.
- 1989 – Penerbangan 92 British Midland jatuh terhempas di tambak lebuh raya M1 berhampiran Kegworth, Leicestershire, UK, mengorbankan 47 orang.
- 2004 – Kapal penumpang terbesar ketika itu, RMS Queen Mary 2 (gambar) dinamakan oleh Ratu Elizabeth II, cucu Ratu Mary.
Hari-hari sebelum: 7 Januari – 6 Januari – 5 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
9 Januari: Hari Syahid di Panama; Hari Kedewasaan di Jepun (2012).
- 1768 – Philip Astley mempersembahkan sarkas moden yang pertama di London.
- 1839 – Akademi Sains Perancis mengumumkan Daguerreotaip, satu proses fotografi yang dinamakan bersempena perekanya Louis Daguerre.
- 1878 – Umberto I menjadi Raja Itali selepas kemangkatan ayahandanya Vittorio Emanuele II.
- 1916 – Perang Dunia Pertama: Empayar Uthmaniyyah menewaskan gabungan tentera British dan Perancis dalam Pertempuran Canakkale di Gallipoli.
- 1923 – Autogiro (gambar), sejenis kenderaan berotor ciptaan jurutera awam dan juruterbang Juan de la Cierva, berjaya terbang di Madrid, Sepanyol.
Hari-hari sebelum: 8 Januari – 7 Januari – 6 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
10 Januari: Hari Tradisional di Benin
- 1475 – Ştefan III dan angkatan Moldavia berjaya menangkis serangan Empayar Uthmaniyyah pimpinan Beylerbey Hadân Suleiman Pasha dari Rumelia.
- 1776 – Revolusioner Thomas Paine menerbitkan Common Sense, mengecam cara pemerintahan British yang menyumbang kepada Revolusi Amerika.
- 1810 – Napoleon yang tidak mempunyai anak selepas perkahwinan selama 14 tahun, menceraikan isteri pertamanya Joséphine (gambar).
- 1929 – Pelukis Belgium Hergé mencipta watak cereka Tintin yang kemudian diterbitkan dalam lebih 200 juta buku komik dalam 50 bahasa.
- 1946 – Perhimpunan Agung pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersidang di London.
Hari-hari sebelum: 9 Januari – 8 Januari – 7 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
11 Januari: Hari Eugenio María de Hostos di Puerto Rico (1839); Perisytiharan Kemerdekaan di Maghribi (1944).
- 1055 – Puteri Constantine VIII dan Helena, puteri Alypius Theodora menjadi Maharani Byzantine.
- 1787 – Ahli astronomi dan penggubah British William Herschel menemui dua bulan Uranus, kemudian dinamakan anaknya John sebagai Oberon dan Titania.
- 1879 – Perang Inggeris-Zulu tercetus.
- 1922 – Insulin diberikan buat pertama kali kepada pesakit manusia yang menghidap penyakit kencing manis, di Toronto, Kanada.
- 1964 – Dalam satu laporan penting, Pakar Bedah Negara A.S. Dr. Luther Terry (gambar) mengeluarkan amaran bahawa "merokok membahayakan kesihatan seseorang".
Hari-hari sebelum: 10 Januari – 9 Januari – 8 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 Januari: Hari Peringatan di Turkmenistan (1881); Hari Revolusi Zanzibar di Tanzania (1964).
- 1838 – Bagi mengelakkan penyeksaan anti-Mormon, Joseph Smith, Jr. (gambar) dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dari Ohio ke Missouri.
- 1872 – Yohannes IV dimahkotakan sebagai Maharaja Habsyah di Axum.
- 1967 – Profesor psikologi James Bedford menjadi orang pertama dibeku krionik dengan tujuan disedarkan semula di masa hadapan.
- 1992 – Satu perlembagaan baharu dipersetujui dalam satu pungutan suara di Mali, memberikan kebebasan untuk membentuk parti politik.
- 2010 – Satu gempa bumi berukuran 7.0 Mw melanda Haiti, menjejaskan sehingga 3 juta orang.
Hari-hari sebelum: 11 Januari – 10 Januari – 9 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
13 Januari: Hari St. Knut (Kristian–Scandinavia)
- 532 – Rusuhan Nika bermula di Constantinople, menyebabkan hampir separuh bandar itu musnah.
- 1842 – Perang Afghan-Inggeris Pertama: Pembantu pakar bedah tentera British William Brydon tiba di Jalalabad, menjadi satu-satunya pelarian dari Kabul yang terselamat.
- 1898 – Akhbar Paris L'Aurore menerbitkan surat terbuka Émile Zola (gambar) bertajuk J'accuse, mendedahkan peristiwa Dreyfus.
- 1986 – Pertempuran hebat selama sebulan bermula di Aden, Yaman Selatan, antara para penyokong Presiden Ali Nasir Muhammad dengan bekas Presiden Abdul Fattah Ismail.
- 1991 – Peristiwa Januari: Askar Soviet menyerang penyokong kemerdekaan Lithuania di Vilnius, membunuh 14 orang.
Hari-hari sebelum: 12 Januari – 11 Januari – 10 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 Januari: Tahun Baru dalam takwim Julius; Makar Sankranti di India; Arba'een (Islam Syiah, 2012).
- 1301 – Dinasti Árpád yang telah memerintah Hungary sejak akhir abad ke-9 berakhir dengan kematian Raja Andrew III.
- 1724 – Pemerintah Bourbon pertama di Sepanyol Felipe V melepaskan takhta kepada putera sulungnya Luis.
- 1900 – Opera Giacomo Puccini Tosca mengadakan tayangan perdananya di Teatro Costanzi, Rom.
- 1972 – Ratu Margrethe II (gambar) menaiki takhta Denmark di bawah akta pewarisan yang baru.
- 2004 – Bendera kebangsaan Georgia, Bendera Lima Salib digunakan semula secara rasmi selepas lebih kurang 500 tahun tidak digunakan.
Hari-hari sebelum: 13 Januari – 12 Januari – 11 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 Januari: Hari John Chilembwe di Malawi; Hari Hangul di Korea Utara; Hari Angkatan Tentera di India dan Nigeria; Pongal (Tamil, 2012).
- 1759 – Muzium British (gambar) di Bloomsbury, London, dibuka kepada awam.
- 1885 – Jurugambar Wilson Bentley menjadi orang pertama yang diketahui mengambil gambar foto emping salji.
- 1919 – Dua tokoh sosialis terkenal di Jerman, Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht diseksa dan dibunuh oleh Freikorps.
- 1919 – Bencana Molases Boston: Satu tangki besar molases pecah, membunuh 21 orang dan mencederakan 150 yang lain.
- 1943 – Bangunan pejabat dengan kapasiti terbesar di dunia, ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat siap dibina.
Hari-hari sebelum: 14 Januari – 13 Januari – 12 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 Januari: Hari Guru di Thailand; Hari Martin Luther King, Jr. di Amerika Syarikat (2012).
- 27 SM – Gaius Octavius dianugerahkan gelaran Augustus oleh Senat Rom.
- 929 – Amir Abd ar-Rahman III dari Cordoba mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah, dengan itu mengasaskan Khilafah Córdoba.
- 1547 – Ivan si Dahsyat (gambar) dimahkotakan sebagai Tsar Rusia.
- 1917 – Perang Dunia Pertama: Telegram Zimmermann dihantar Empayar Jerman.
- 1986 – Pertubuhan piawaian Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet yang memaju dan menggalakkan piawaian Internet mengadakan mesyuarat pertamanya, terdiri daripada 21 penyelidik berdana kerajaan Amerika Syarikat.
Hari-hari sebelum: 15 Januari – 14 Januari – 13 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1893 – Jawatankuasa Warganegara untuk Keselamatan Awam yang diketuai Lorrin A. Thurston menggulingkan kerajaan Ratu Liliuokalani (gambar) di Hawaii.
- 1929 – Watak kartun Popeye si Kelasi yang dicipta oleh E. C. Segar muncul buat pertama kali di dalam jalur komik Thimble Theater.
- 1946 – Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuaratnya yang pertama, di Church House, London.
- 1995 – Gempa Bumi Agung Hanshin melanda berhampiran Kobe, Jepun, mengorbankan lebih 6,000 nyawa dan mengakibatkan kerosakan harta lebih ¥10 trilion.
- 2010 – Rusuhan bermula antara kumpulan Muslim dan Kristian di Jos, Nigeria, menyebabkan lebih 200 kematian.
Hari-hari sebelum: 16 Januari – 15 Januari – 14 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 Januari: Minggu Doa untuk Perpaduan Kristian bermula; Hari Angkatan Tentera Diraja Thai (Thailand).
- 1535 – Konkuistador Sepanyol Francisco Pizarro mengasaskan Lima, ibu negara Peru.
- 1778 – Kapten James Cook menemui Kepulauan Sandwich, kini dikenali sebagai Kepulauan Hawaii.
- 1871 – Beberapa negeri Jerman bebas bersatu menjadi Empayar Jerman, dengan Raja Wilhelm I dari Prusia diisytiharkan sebagai Kaiser pertama.
- 1977 – Penyakit misteri askar legion didapati berpunca dari sejenis bakteria baru yang kini dikenali sebagai Legionella.
- 2003 – Ribut api Canberra: Kebakaran belukar yang tidak dapat dikawal mula merebak ke kawasan kediaman di Canberra, Australia (gambar).
Hari-hari sebelum: 17 Januari – 16 Januari – 15 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 Januari: Teofani (takwim Julius)
- 1795 – Sehari selepas William V, Putera Orange melarikan diri dari Republik Belanda akibat revolusi, Republik Batavia diisytiharkan.
- 1839 – Tentera Laut Diraja British mendarat di Aden untuk menghentikan serangan lanun terhadap laluan perkapalan SHTI ke India, dan kekal di sana sehingga 1967.
- 1935 – Coopers Inc. menjual seluar dalam yang pertama di dunia, satu fesyen pakaian dalam lelaki yang baru.
- 1983 – Apple Inc. memperkenalkan Apple Lisa (gambar), komputer peribadi komersil yang pertama dengan antara muka grafik pengguna dan tetikus komputer.
- 1992 – Waktu Dekri dikuatkuasakan kembali di Rusia selepas dimansuhkan pada Mac 1991.
Hari-hari sebelum: 18 Januari – 17 Januari – 16 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 Januari: Hari Syahid di Azerbaijan (1990); Hari Angkatan Tentera di Mali.
- 1320 – Selepas menyatukan semula Poland, Wladyslaw si Pendek (gambar) dimahkotakan sebagai Raja di Kraków.
- 1839 – Askar Chile menewaskan dengan muktamad angkatan Konfederasi Peru–Bolivia dalam Pertempuran Yungay, secara berkesan menamatkan Perang Konfederasi.
- 1885 – LaMarcus Adna Thompson mempatenkan roller coaster.
- 1892 – Permainan rasmi bola keranjang yang pertama diadakan di YMCA, Springfield, Massachusetts, A.S.
- 2009 – Di Washington, D.C., Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat berketurunan Amerika Afrika yang pertama.
Hari-hari sebelum: 19 Januari – 18 Januari – 17 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1525 – Gerakan Anabaptis bermula apabila para pengasasnya saling membaptiskan semula satu sama lain di Zürich, Switzerland.
- 1793 – Revolusi Perancis: Selepas didapati bersalah menderhaka oleh Konvensyen Nasional, Raja Louis XVI dipancung dengan gilotin di khalayak ramai di Paris.
- 1919 – Dáil Éireann Pertama bersidang di Dublin, mengisytiharkan perlembagaan negara baharu Ireland.
- 1976 – Kenderaan supersonik Concorde (gambar) memulakan penerbangan komersilnya.
- 2008 – Bahasa Eyak di Alaska pupus selepas penutur terakhirnya Marie Smith Jones meninggal dunia, menjadikannya sebagai simbol dalam usaha menentang kepupusan bahasa.
Hari-hari sebelum: 20 Januari – 19 Januari – 18 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1879 – Perang Inggeris-Zulu: Angkatan Zulu Raja Cetshwayo menghancurkan tentera British dalam Pertempuran Isandlwana (gambar).
- 1905 – Revolusi Rusia: Penunjuk perasaan aman yang diketuai Bapa Gapon dibunuh beramai-ramai di luar Istana Musim Sejuk di St. Petersburg.
- 1973 – Roe lwn Wade: Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan undang-undang penting mengenai pengguguran anak.
- 1980 – Andrei Sakharov, arkitek utama bom hidrogen Soviet serta pemenang Hadiah Keamanan Nobel 1975, ditahan di Moscow dan dibuang negeri ke Gorki.
- 2006 – Evo Morales mengangkat sumpah selaku presiden peribumi pertama Bolivia.
Hari-hari sebelum: 21 Januari – 20 Januari – 19 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 Januari: Tahun Baru Cina (kalendar Cina, 2012)
- 1556 – Gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah mengorbankan kira-kira 830,000 nyawa di Shaanxi, China.
- 1579 – Perjanjian Utrecht dimeterai, menyatukan tujuh belas provinsi di Negeri-Negeri Pamah yang kemudian membentuk Republik Belanda.
- 1719 – Maharaja Suci Rom Charles VI mengasaskan Liechtenstein, prinsipaliti tunggal dalam Empayar Suci Rom yang masih wujud hari ini.
- 1960 – Batiskaf Trieste (gambar) mencatat rekod apabila mencapai kedalaman 10,916 m di Laut Dalam Challenger di Jurang Mariana.
- 1968 – USS Pueblo dirampas oleh tentera Korea Utara kerana dikatakan mencabuli perairan wilayahnya semasa mengintip.
Hari-hari sebelum: 22 Januari – 21 Januari – 20 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 41 – Maharaja Rom Caligula dibunuh oleh Cassius Chaerea dan Pengawal Praetoria yang tidak puas hati.
- 1848 – James W. Marshall menemui emas di Kilang Papan Sutter di Coloma, California, A.S., menyebabkan Kerubut Emas California.
- 1857 – Universiti moden pertama di subbenua India, Universiti Calcutta diasaskan di Calcutta, India.
- 1924 – Petrograd yang diasaskan oleh Peter Agung pada tahun 1703 dinamakan semula sebagai Leningrad, tiga hari selepas kematian Vladimir Lenin.
- 1984 – Apple Macintosh pertama, kini dikenali sebagai Macintosh 128K (gambar), mula dijual, menjadi komputer peribadi komersil pertama berasaskan antara muka grafik pengguna yang laris.
Hari-hari sebelum: 23 Januari – 22 Januari – 21 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 Januari: Hari Tatiana (Rusia); Hari Perayaan Gregory dari Nazianzus (Gereja Ortodoks Timur).
- 1554 – Mubaligh Jesuit mengasaskan misi di São Paulo dos Campos de Piratininga yang berkembang menjadi São Paulo, Brazil.
- 1755 – Maharani Rusia Elizaveta mengarahkan penubuhan Universiti Negara Moscow Lomonosov, kini universiti terbesar di Rusia.
- 1924 – Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama bermula di kaki Mont Blanc di Chamonix, Perancis.
- 2004 – Perayau Marikh Opportunity (gambar) mendarat di planet Marikh dan bergolek ke dalam kawah Eagle di Meridiani Planum.
- 2011 – Revolusi Mesir 2011 bermula, bertujuan menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.
Hari-hari sebelum: 24 Januari – 23 Januari – 22 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 Januari: Hari Australia (1788); Hari Republik di India (1950); Hari Pembebasan di Uganda (1986).
- 1565 – Kesultanan Decca menewaskan Empayar Vijayanagara dalam Pertempuran Talikota, mengakhiri era kerajaan Hindu besar di India.
- 1700 – Gempa bumi Cascadia bermagnitud 9 terjadi berhampiran pantai Pasifik di Amerika Barat Laut, sebagaimana dibuktikan oleh rekod tsunami Jepun.
- 1788 – Armada Pertama British yang diketuai Kapten Arthur Phillip (gambar) mendarat di Suak Sydney, mengasaskan petempatan Eropah tetap yang pertama di Australia.
- 1950 – India menjadi republik, dengan Presiden Rajendra Prasad sebagai ketua negara pertama.
- 1983 – Program hamparan kerja Lotus 1-2-3 dikeluarkan, menjadi "aplikasi terhandal" pertama Komputer Peribadi IBM.
Hari-hari sebelum: 25 Januari – 24 Januari – 23 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 Januari: Hari Peringatan Holokus Antarabangsa
- 661 – Zaman Khulafa al-Rasyidin berakhir setelah Ali bin Abi Talib meninggal dunia.
- 1888 – Persatuan National Geographic, penerbit Majalah National Geographic, diasaskan di Washington, D.C.
- 1945 – Tentera Merah Soviet membebaskan 7,500 tawanan perang yang ditinggalkan oleh kakitangan Nazi di kem tumpuan Auschwitz (gambar) di Oświęcim, Poland.
- 1967 – Kapal angkasa lepas Apollo 1 musnah dalam kebakaran di Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Florida, yang turut mengorbankan tiga angkasawan.
- 1973 – Perjanjian Damai Paris dimeterai untuk menghentikan Perang Vietnam buat sementara dengan suatu gencatan senjata.
Hari-hari sebelum: 26 Januari – 25 Januari – 24 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1521 – Maharaja Charles V dan estet Empayar Suci Rom bersidang di Diet Worms untuk membincangkan Martin Luther dan kesan Reformasi Protestan.
- 1820 – Ekspedisi Rusia yang diketuai oleh Fabian Gottlieb von Bellingshausen mendekati pantai Antartika.
- 1855 – Sebuah kereta api di Landasan Kereta Api Panama membuat penyeberangan rentas benua yang pertama di dunia.
- 1921 – Satu arca peringatan Kubur Askar Tidak Dikenali didirikan di bawah Arc de Triomphe di Paris.
- 1986 – Bolak-balik angkasa lepas Challenger milik NASA hancur berkecai (gambar) 73 saat selepas bertolak untuk misinya yang ke-10.
Hari-hari sebelum: 27 Januari – 26 Januari – 25 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1845 – Puisi naratif The Raven oleh Edgar Allan Poe diterbitkan buat pertama kali, dalam akhbar New York Evening Mirror.
- 1856 – Ratu Victoria dari United Kingdom mengeluarkan waran yang mewujudkan Salib Victoria, bagi menghargai tindakan berani anggota tentera British semasa Perang Krimea.
- 1886 – Karl Benz memfailkan paten untuk Motorwagen (gambar), kereta berkuasa petrol pertama yang berjaya.
- 1943 – Hari pertama Pertempuran Pulau Rennell, penjajap A.S. Chicago rosak teruk akibat serangan torpedo udara Jepun.
- 2002 – Dalam Ucapan Keadaan Kesatuannya, Presiden A.S. George W. Bush memerihalkan Iran, Iraq dan Korea Utara sebagai "paksi kuasa jahat".
Hari-hari sebelum: 28 Januari – 27 Januari – 26 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1649 – Perang Saudara Inggeris: Raja Charles I dipancung di London kerana derhaka besar.
- 1826 – Jambatan Gantung Menai (gambar) yang menyambungkan pulau Anglesey dan tanah besar Wales dibuka, antara jambatan gantung moden pertama di dunia.
- 1930 – Radiosond, sejenis alat pengukuran atmosfera yang dipasang pada belon cuaca, dilancarkan oleh ahli meteorologi Pavel Molchanov di Pavlovsk, USSR.
- 1948 – Nathuram Godse menembak mati pemimpin politik dan rohani India Mahatma Gandhi di Delhi.
- 1972 – Pada Ahad Berdarah, anggota Rejimen Payung Terjun British menembak 26 pembantah hak awam di Derry, Ireland Utara, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.
Hari-hari sebelum: 29 Januari – 28 Januari – 27 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
31 Januari: Hari Kemerdekaan di Nauru (1968)
- 1606 – Guy Fawkes digantung mati kerana terlibat dalam Komplot Serbuk Letupan terhadap Parlimen Inggeris dan Raja James I.
- 1747 – Klinik pertama yang mengkhususkan dalam rawatan penyakit kelamin, London Lock Hospital dibuka di London.
- 1900 – Penentangan Mat Salleh terhadap Inggeris di Borneo Utara berakhir apabila beliau ditembak mati di Tambunan.
- 1946 – Di Yugoslavia, satu perlembagaan baharu mengasaskan enam republik juzuk: Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia.
- 1961 – Di atas roket Mercury-Redstone 2, Ham si Orang Utan (gambar) menjadi hominid pertama pergi ke angkasa lepas.
Hari-hari sebelum: 30 Januari – 29 Januari – 28 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah