Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Julai
Templat:JulaiCalendar2012Source
1 Julai: Hari Kanada; Hari Kemerdekaan di Burundi dan Rwanda (1962).
- 1867 – Akta Amerika Utara British mula berkuatkuasa, menyatukan Provinsi Kanada, New Brunswick dan Nova Scotia ke dalam Gabungan Kanada (gambar bendera).
- 1916 – Perang Dunia Pertama: Hari pertama Pertempuran Albert menjadi hari yang paling banyak menumpahkan darah dalam sejarah Tentera Darat British, dengan 19,240 orang maut.
- 1991 – Pakatan Warsaw dibubarkan secara rasmi di Prague.
- 1997 – United Kingdom memindahkan kedaulatan Hong Kong kepada Republik Rakyat China untuk diperintah sebagai kawasan pentadbiran khas di bawah dasar "satu negara, dua sistem".
- 2002 – Penerbangan 2937 Bashkirian Airlines dan Penerbangan 611 DHL berlanggar di atas bandar Owingen dan Überlingen di Jerman, membunuh semua 71 orang di dalam pesawat.
Hari-hari sebelum: 30 Jun – 29 Jun – 28 Jun
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1644 – Gabungan Covenanter Scotland dan Roundhead England menewaskan golongan setiaraja Cavalier dalam Pertempuran Mur Marston, salah satu pertembungan muktamad dalam Perang Saudara Inggeris.
- 1839 – Lebih 50 orang abdi Afrika memberontak di atas kapal abdi La Amistad berhampiran pantai Cuba.
- 1900 – Penerbangan pertama Zeppelin (gambar) dilakukan di Tasik Constance berdekatan Friedrichshafen, Jerman.
- 1976 – Vietnam Utara dan Selatan bersatu di bawah pemerintahan komunis untuk membentuk Republik Sosialis Vietnam.
- 1997 – Nilai Baht Thai berkurang sehingga separuh, menandakan permulaan Krisis Kewangan Asia 1997.
Hari-hari sebelum: 1 Julai – 30 Jun – 29 Jun
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 Julai: Hari Kemerdekaan di Belarus (1944)
- 987 – Hugh Capet dimahkotakan sebagai Raja Perancis, raja pertama dinasti Capet yang memerintah Perancis.
- 1608 – Bandar Quebec diasaskan oleh penjelajah Perancis Samuel de Champlain.
- 1863 – Serangan Pickett terjadi pada hari terakhir dan yang paling menumpahkan darah dalam Pertempuran Gettysburg, menandakan titik peralihan dalam Perang Saudara Amerika.
- 1938 – Lokomotif Mallard LNER (gambar) memecahkan rekod kelajuan lokomotif kereta api stim, mencapai 203 kilometer sejam (126 bsj).
- 1988 – Kapal perang Tentera Laut A.S. USS Vincennes menembak jatuh Penerbangan 655 Iran Air di atas Teluk Parsi, membunuh semua 290 di dalam pesawat.
Hari-hari sebelum: 2 Julai – 1 Julai – 30 Jun
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 Julai: Hari Kemerdekaan di Amerika Syarikat (1776); Hari Persahabatan Filipina-Amerika di Filipina.
- 1187 – Salahuddin al-Ayyubi menewaskan Guy dari Lusignan dalam Pertempuran Hattin dan merampas Salib Benar.
- 1776 – Kongres Kontinental Kedua Tiga Belas Jajahan di Amerika Utara British meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan (gambar), membentuk Amerika Syarikat.
- 1862 – Lewis Carroll bercerita kepada Alice Liddell kisah Alice's Adventures in Wonderland.
- 1894 – Republik Hawaii diisytiharkan di Ali'iolani Hale, Honolulu, dengan Sanford B. Dole sebagai presiden pertama.
- 1976 – Komando Israel menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe di Uganda, bagi membebaskan tebusan yang ditangkap oleh perampas PFLP dan RZ.
Hari-hari sebelum: 3 Julai – 2 Julai – 1 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 Julai: Hari Kemerdekaan di Venezuela (1811), Algeria (1962) dan Tanjung Verde (1975); Hari Santo Cyril dan Methodius di Republik Czech dan Slovakia; Hari Tynwald di Isle of Man.
- 1687 – Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Isaac Newton (gambar) diterbitkan.
- 1937 – Hormel Foods Corporation memperkenalkan SPAM, daging dalam tin yang akhirnya melahirkan istilah spam.
- 1946 – Dinamakan bersempena Atol Bikini di Kepulauan Marshall, bikini moden diperkenalkan di sebuah pertunjukan fesyen di Paris.
- 1977 – Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq menggulingkan Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto dalam satu rampasan kuasa tentera.
- 2004 – Indonesia mengadakan pilihan raya presiden secara langsung yang pertama.
Hari-hari sebelum: 4 Julai – 3 Julai – 2 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 Julai: Hari Kemerdekaan di Malawi (1964) dan Comoros (1975); Hari Taraf Negara di Lithuania (1253); Hari Jan Hus di Republik Czech.
- 1785 – Dolar Amerika Syarikat (gambar), sejenis sistem mata wang perpuluhan, dipilih sebulat suara sebagai unit wang Amerika Syarikat.
- 1809 – Angkatan Perancis Napoleon menewaskan tentera Austria Archduke Charles di Pertempuran Wagram, konfrontasi muktamad dalam Perang Gabungan Kelima.
- 1885 – Louis Pasteur berjaya menguji vaksinnya untuk penyakit anjing gila pada Joseph Meister.
- 1887 – Raja Kalākaua dari Kerajaan Hawaii dipaksa untuk menandatangani Perlembagaan Bayonet.
- 1966 – Hastings Banda menjadi presiden pertama Malawi, tepat dua tahun selepas merdeka dari United Kingdom.
Hari-hari sebelum: 5 Julai – 4 Julai – 3 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 Julai: Hari Kemerdekaan di Kepulauan Solomon (1978); Tanabata di Jepun; Hari Ivan Kupala di Rusia dan Ukraine.
- 1456 – Jeanne d'Arc dibebaskan daripada tuduhan bidaah yang menyeleweng selepas kematiannya.
- 1846 – Perang Amerika Syarikat-Mexico: Angkatan A.S. pimpinan Laksamana Pertama John D. Sloat menduduki Monterey, memulakan pengilhakan California.
- 1898 – Akta Kongres Amerika Syarikat untuk mengilhak Republik Hawaii (gambar peta), Ketetapan Newlands dimeterai.
- 1937 – Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan Perang China-Jepun Kedua.
- 2005 – Empat pengebom berani mati membunuh 52 orang dalam satu siri empat letupan yang melanda sistem pengangkutan awam London.
Hari-hari sebelum: 6 Julai – 5 Julai – 4 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 Julai: Hari perayaan Santo Kilian dan Santo Procopius (Gereja Katolik Rom)
- 1497 – Vasco da Gama memulakan pelayaran orang Eropah yang pertama terus ke India.
- 1709 – Perang Utara Besar: Peter I dari Rusia menewaskan Charles XII dari Sweden dalam Pertempuran Poltava (gambar), secara berkesan menamatkan peranan Sweden sebagai kuasa besar di Eropah.
- 1859 – Charles XV menjadi Raja Sweden dan Norway selepas kemangkatan bapanya Oscar I.
- 1889 – Terbitan pertama akhbar harian antarabangsa The Wall Street Journal dikeluarkan.
- 1947 – Akhbar di Roswell, New Mexico melaporkan penawanan sebuah "piring terbang" yang terhempas oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.
Hari-hari sebelum: 7 Julai – 6 Julai – 5 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
9 Julai: Hari Kemerdekaan di Argentina (1816)
- 1789 – Revolusi Perancis: Perhimpunan Pengundi Kebangsaan (gambar) dibentuk daripada Perhimpunan Kebangsaan.
- 1900 – Ratu Victoria dari United Kingdom memberikan perkenan diraja untuk akta penubuhan Komanwel Australia.
- 1922 – Johnny Weissmuller berenang gaya bebas 100-meter dalam masa 58.6 saat, memecahkan rekod renang dunia serta "rintangan minit".
- 1955 – Manifesto Russell–Einstein diterbitkan, menyeru diadakan persidangan untuk menilai bahaya senjata pemusnah besar terhadap kemandirian manusia.
- 2002 – Kesatuan Afrika diasaskan menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC) dan Pertubuhan Perpaduan Afrika (OAU).
Hari-hari sebelum: 8 Julai – 7 Julai – 6 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
10 Julai: Hari Senyap; Hari Kemerdekaan di Bahamas (1973); Hari Peringatan Kebangsaan di Ireland (2011).
- 1584 – Putera Orange William si Senyap dibunuh (gambar) di rumahnya di Delft, Holland oleh Balthasar Gérard.
- 1796 – Ahli matematik Carl Friedrich Gauss menemui bahawa semua integer positif boleh diwakili oleh hasil tambah paling banyak tiga nombor segitiga.
- 1925 – Guru Meher Baba memulakan pembisuan 44 tahunnya sehingga kematiannya pada 1969.
- 1962 – Satelit komunikasi siaran langsung aktif pertama di dunia, Telstar dilancarkan oleh NASA.
- 1985 – Selepas keributan yang ditimbulkan oleh penukaran formula kola, Coca-Cola memperkenalkan semula formula lama sebagai Coca-Cola Classic.
Hari-hari sebelum: 9 Julai – 8 Julai – 7 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
11 Julai: Naadam di Mongolia bermula
- 1533 – Raja Henry VIII dari England dikucilkan oleh Paus Clement VII.
- 1789 – Revolusi Perancis: Jacques Necker (gambar) disingkirkan sebagai Menteri Kewangan, mencetus bantahan umum di Paris yang membawa kepada Serbuan Bastille tiga hari kemudian.
- 1921 – Perang Kemerdekaan Ireland tamat dengan damai sementara antara Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland dengan Tentera Republikan Ireland.
- 1957 – Putera Karīm al-Hussaynī mewarisi Sultan Muhammed Shah sebagai Aga Khan.
- 1995 – Penghapusan bangsa Bosnia: Tentera Serb Bosnia pimpinan Ratko Mladić memulakan pembunuhan Srebrenica di Srebrenica, Bosnia dan Herzegovina.
Hari-hari sebelum: 10 Julai – 9 Julai – 8 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1806 – 16 negeri Jerman keluar dari Empayar Suci Rom dan membentuk Gabungan Rhein.
- 1862 – Pingat ketenteraan tertinggi kerajaan Amerika Syarikat Medal of Honor (gambar) pertama kali diluluskan oleh Kongres A.S.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Angkatan Jerman dan Soviet bertembung dalam Pertempuran Prokhorovka, salah satu pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah.
- 1975 – São Tomé dan Príncipe mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal.
- 2006 – Hizbullah menyerang kedudukan tentera Israel di sempadan Lubnan di samping melancarkan roket dan mortar ke Israel, mencetuskan Perang Julai.
Hari-hari sebelum: 11 Julai – 10 Julai – 9 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1772 – Kapal HMS Resolution mula belayar dari Plymouth, England, dengan James Cook sebagai kapten.
- 1793 – Pemimpin Revolusi Perancis Jean-Paul Marat dibunuh dalam takung mandinya oleh Charlotte Corday (gambar).
- 1878 – Kuasa-kuasa utama Eropah menandatangani Perjanjian Berlin, melukis semula peta Balkan.
- 1863 – Penentang undang-undang baharu yang mengerah orang menyertai Perang Saudara Amerika memulakan rusuhan di Bandar Raya New York.
- 1985 – Konsert amal Live Aid yang dikelolakan oleh Bob Geldof dan Midge Ure untuk memungut derma bantuan kebuluran di Habsyah, diadakan di London dan Philadelphia.
Hari-hari sebelum: 12 Julai – 11 Julai – 10 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 Julai: Hari Bastille di Perancis (1789)
- 1798 – Akta Hasutan menjadi undang-undang Amerika Syarikat, menjadikan menulis, menerbit, atau mengatakan pernyataan palsu atau berniat jahat terhadap kerajaan A.S. sebagai satu jenayah persekutuan.
- 1933 – Gleichschaltung: Semua parti politik di Jerman diharamkan kecuali Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional.
- 1958 – Raja Faisal II dari Iraq digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh Abdul Karim Qassim.
- 1965 – Mariner 4 terbang melintasi Marikh, dan menangkap gambar jarak dekat (gambar) bagi sebuah planet lain buat pertama kali.
- 1969 – Konflik politik antara El Salvador dan Honduras meletus menjadi Perang Bola Sepak.
Hari-hari sebelum: 13 Julai – 12 Julai – 11 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 Julai: Perayaan Bon/Chūgen di Jepun (2011)
- 1410 – Perang Poland–Lithuania–Teuton: Kerajaan Poland dan Grand Duchy Lithuania menewaskan Kesatria Teuton dalam Pertempuran Grunwald.
- 1685 – James Scott, Duke Monmouth, dihukum mati untuk peranannya dalam Pemberontakan Monmouth.
- 1806 – Ekspedisi Pike yang diketuai oleh Zebulon Pike untuk menjelajah Wilayah Louisiana, bermula berhampiran St. Louis, Missouri.
- 1888 – Gunung Bandai meletus (gambar), mengorbankan lebih 470 orang di Wilayah Fukushima, Jepun.
- 1974 – Presiden Cyprus Makarios III digulingkan dalam satu rampasan kuasa dan digantikan oleh Nikos Sampson.
Hari-hari sebelum: 14 Julai – 13 Julai – 12 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 Julai: Hari Perayaan Santo Helier (Gereja Katolik Rom)
- 622 – Permulaan Takwim Hijrah, menandakan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.
- 1945 – Projek Manhattan: "Trinity", letupan ujian nuklear pertama diledakkan (gambar) dekat Alamogordo, New Mexico, Amerika Syarikat.
- 1979 – Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq, mewarisi sepupunya Ahmed Hassan al-Bakr yang meletakkan jawatan.
- 1994 – Serpihan Komet Shoemaker-Levy 9 mula mengenai planet Musytari.
- 2007 – Gempa bumi Kashiwazaki 2007 terjadi di perairan wilayah Niigata, Jepun, membunuh 8 orang dan merosakkan sebuah loji kuasa nuklear.
Hari-hari sebelum: 15 Julai – 14 Julai – 13 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 Julai: Hari Perlembagaan di Korea Selatan (1948); Yama-boko Junkō di Kyoto, Jepun.
- 1203 – Angkatan Perang Salib Keempat menawan Constantinople, memaksa Maharaja Byzantine Alexios III Angelos melarikan diri ke dalam buangan.
- 1918 – Revolusi Rusia: Bolshevik menjalankan hukuman mati ke atas Tsar Nikolay II dan keluarganya di Ekaterinburg.
- 1936 – Pemberontak nasionalis cuba merampas kuasa di Republik Sepanyol Kedua, mencetuskan Perang Saudara Sepanyol.
- 1975 – Timor Timur diilhak dan menjadi provinsi Indonesia yang ke-27.
- 2007 – Penerbangan 3054 TAM Linhas Aereas terhempas (gambar) di Lapangan Terbang Antarabangsa Congonhas di São Paulo, Brazil, membunuh 199 orang.
Hari-hari sebelum: 16 Julai – 15 Julai – 14 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 Julai: Hari Perlembagaan di Uruguay (1830); Hari Laut di Jepun (2011).
- 64 – Kebakaran Agung Rom bermula berhampiran Circus Maximus.
- 1863 – Perang Saudara Amerika: Unit tentera Amerika Afrika pertama, Infantri Sukarelawan Massachusetts ke-54 mengetuai serangan ke atas Kubu Wagner, Carolina Selatan (gambar).
- 1925 – Adolf Hitler menerbitkan jilid pertama manifesto peribadinya Mein Kampf.
- 1944 – Jeneral Tōjō Hideki terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas satu siri kegagalan pada akhir Perang Dunia Kedua.
- 1982 – Angkatan tentera Guatemala dan sekutu separa tenteranya membunuh lebih 250 orang Maya di Baja Verapaz.
Hari-hari sebelum: 17 Julai – 16 Julai – 15 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 Julai: Hari Nyawa Terkorban Myanmar
- 711 – Di Iberia, angkatan Umayyah Moor yang diketuai Tariq ibn Ziyad menewaskan Roderic dan Visigoth dalam Pertempuran Guadalete.
- 1553 – Lady Jane Grey digantikan oleh Mary I dari England (gambar) sebagai Ratu England selepas hanya sembilan hari.
- 1870 – Perancis mengisytiharkan perang terhadap Prusia, memulakan Perang Perancis-Prusia.
- 1947 – Pejuang kebangsaan Myanmar Aung San dan enam anggota kabinet baharunya dibunuh ketika bermesyuarat.
- 1979 – Pemberontak Sandinista menggulingkan kerajaan keluarga Somoza yang disokong oleh Amerika Syarikat di Nicaragua.
Hari-hari sebelum: 18 Julai – 17 Julai – 16 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 Julai: Hari Kemerdekaan di Colombia (1810); Hari Rakan di Argentina dan negara Amerika Latin lain.
- 1866 – Perang Kemerdekaan Itali Ketiga: Tentera laut Austria pimpinan Wilhelm von Tegetthoff menewaskan armada Itali yang lebih besar dalam Pertempuran Lissa.
- 1927 – Mihai I yang berumur lima tahun menjadi Raja Romania selepas kemangkatan datuknya, Ferdinand I.
- 1944 – Adolf Hitler terselamat dari percubaan membunuhnya oleh ahli Penentang Jerman Claus von Stauffenberg.
- 1969 – Modul qamari Apollo 11 mendarat di Laut Ketenangan, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin (gambar) kemudian menjadi manusia pertama berjalan di atas bulan.
- 1999 – Falun Gong diharamkan di Republik Rakyat China.
Hari-hari sebelum: 19 Julai – 18 Julai – 17 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 Julai: Hari Kebangsaan Belgium (1831); Hari Keharmonian Ras di Singapura.
- 356 SM – Kuil Artemis di Efesus musnah akibat pembakaran sengaja oleh Herostratus.
- 1831 – Di Brussels, Leopold I (gambar) dilantik dalam upacara khas sebagai Raja Belgium yang pertama.
- 1861 – Pertempuran besar yang pertama dalam Perang Saudara Amerika, Pertempuran Bull Run Pertama bermula.
- 1964 – Rusuhan kaum bermula di Padang, Singapura, ketika perarakan Maulidur Rasul, menyebabkan 23 orang terbunuh, dan perintah berkurung 11-hari.
- 1995 – Tentera Pembebasan Rakyat China menembak peluru berpandu ke perairan di utara Taiwan, mencetuskan Krisis Selat Taiwan Ketiga.
Hari-hari sebelum: 20 Julai – 19 Julai – 18 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 Julai: Hari Penghampiran Pi; Hari Pesta Mary Magdalene.
- 1802 – Gia Long menawan Hanoi, menyatukan Vietnam dan memulakan Dinasti Nguyễn.
- 1812 – Perang Semenanjung: Angkatan Inggeris-Portugal pimpinan Arthur Wellesley (gambar) menewaskan Marsyal Auguste Marmont dan angkatan Perancisnya.
- 1864 – Perang Saudara Amerika: Angkatan Gabungan gagal dalam serangan ke atas Kesatuan dalam Pertempuran Atlanta.
- 1946 – Sebutir bom Irgun memusnahkan ibu pejabat Mandat Palestin di Hotel King David, Baitulmuqaddis, mengorbankan 90 orang.
- 2003 – Angkatan tentera campuran menyerang sebuah rumah di Mosul, Iraq, membunuh dua anak lelaki Saddam Hussein, iaitu Uday dan Qusay.
Hari-hari sebelum: 21 Julai – 20 Julai – 19 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 Julai: Hari Revolusi di Mesir (1952)
- 1881 – Persekutuan sukan antarabangsa tertua, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa ditubuhkan di Liège, Belgium.
- 1952 – Sekumpulan pegawai tentera Mesir yang dipimpin Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser merampas kuasa daripada Raja Farouk.
- 1983 – Penerbangan 143 Air Canada membuat pendaratan cemas di Gimli, Manitoba, Kanada, tanpa kehilangan nyawa selepas pesawat itu kehabisan minyak.
- 1995 – Hale-Bopp (gambar), antara komet yang paling diperhatikan di abad ke-20, ditemui secara berasingan oleh Alan Hale dan Thomas Bopp.
- 2001 – Megawati Soekarnoputri menjadi presiden wanita pertama Indonesia.
Hari-hari sebelum: 22 Julai – 21 Julai – 20 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
24 Julai: Hari Simon Bolivar di Ecuador dan Venezuela; Hari Ibu Bapa di Amerika Syarikat (2011).
- 1847 – Brigham Young mengetuai kumpulan perintis Mormon yang pertama ke Lembah Salt Lake, Utah, ketika itu sebahagian daripada Mexico.
- 1911 – Di Andes Peru, Hiram Bingham menemui semula Machu Picchu (gambar), ketika itu disangkakan "bandar lenyap Inca".
- 1927 – Tugu perang Pintu Pagar Menin di Ypres, Belgium dibuka tirainya.
- 1929 – Pakatan Kellogg-Briand yang menolak peperangan sebagai alat dasar luar negara berkuatkuasa.
- 2001 – Tsar Bulgaria terakhir ketika baginda masih kanak-kanak, Simeon Saxe-Coburg-Gotha mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Bulgaria, menjadi raja pertama dalam sejarah yang memperoleh semula kuasa politik melalui pilihan raya.
Hari-hari sebelum: 23 Julai – 22 Julai – 21 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 Julai: Hari Perlembagaan Komanwel di Puerto Rico (1952)
- 306 – Constantine I diisytiharkan sebagai Maharaja Rom oleh angkatan tenteranya selepas kematian Constantius Chlorus.
- 1261 – Empayar Latin berakhir apabila angkatan tentera Nicaea di bawah pimpinan Alexios Strategopoulos menawan Constantinople, mengasaskan semula Empayar Byzantine.
- 1536 – Konkuistador Sepanyol Sebastián de Belalcázar mengasaskan Santiago de Cali di barat Colombia kini semasa mencari bandar mitos El Dorado.
- 1909 – Juruterbang Perancis Louis Blériot (gambar) menjadi orang pertama menyeberangi Selat Inggeris dengan mesin penerbangan yang lebih berat daripada udara.
- 2000 – Penerbangan 4590 Concorde Air France terhempas di Gonesse, Paris, Perancis, mengorbankan 113 orang.
Hari-hari sebelum: 24 Julai – 23 Julai – 22 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 Julai: Hari Kemerdekaan di Liberia (1847) dan Maldives (1965); Hari Pengguna di Malaysia.
- 1139 – Selepas memenangi Pertempuran Ourique, Afonso si Penakluk diisytiharkan sebagai raja pertama Portugal yang merdeka.
- 1822 – José de San Martín bertemu dengan Simón Bolívar di Guayaquil untuk merancang masa hadapan Peru dan Amerika Selatan.
- 1882 – Opera Parsifal Richard Wagner mengadakan tayangan perdananya di Festspielhaus Bayreuth, Jerman kini.
- 1963 – NASA melancarkan Syncom 2 (gambar), satelit komunikasi geosegerak yang pertama di dunia.
- 1999 – Konflik Kashmir: Perang Kargil berakhir selepas India menawan kembali subsektor Dras daripada Pakistan.
Hari-hari sebelum: 25 Julai – 24 Julai – 23 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 Julai: Hari José Celso Barbosa di Puerto Rico
- 1865 – Sekumpulan 153 peneroka Wales tiba di Lembah Chubut di kawasan Patagonia, Argentina.
- 1880 – Perang Inggeris-Afghan Kedua: Angkatan Afghan pimpinan Ayub Khan menewaskan Tentera Darat British berhampiran Maiwand, Afghanistan.
- 1953 – Gencatan senjata dicapai dalam Perang Korea, dan Zon Bebas Tentera (gambar Kawasan Keselamatan Bersama) diwujudkan sebagai sempadan.
- 1955 – Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu.
- 1996 – Sebutir bom paip meletup semasa Sukan Olimpik di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, membunuh dua orang dan mencederakan 111 yang lain.
Hari-hari sebelum: 26 Julai – 25 Julai – 24 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 Julai: Hari Kemerdekaan di Peru (1821)
- 1794 – Revolusi Perancis: Pemimpin Pemerintahan Ganas, Maximilien Robespierre (gambar) dipancung dengan gilotin.
- 1914 – Austria-Hungary mengisytiharkan perang terhadap Serbia dan mencetuskan Perang Dunia Pertama.
- 1976 – Satu gempa bumi dengan magnitud 8.2 ML meranapkan Tangshan, China, membunuh lebih 242,000 orang dan mencederakan 164,000 lagi.
- 1990 – Alberto Fujimori menjadi Presiden Peru, dengan itu menjadi orang pertama berketurunan Jepun yang menjadi ketua kerajaan bagi sebuah negara Amerika Latin.
- 1996 – Jasad Manusia Kennewick prasejarah ditemui berhampiran Kennewick, Washington, Amerika Syarikat.
Hari-hari sebelum: 27 Julai – 26 Julai – 25 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 Julai: Ólavsøka di Kepulauan Faroe; Hari Lagu Kebangsaan di Romania.
- 1030 – Raja Olaf II terbunuh dalam Pertempuran Stiklestad ketika cuba mendapatkan semula takhta Norwaynya daripada orang Denmark.
- 1858 – Jepun dengan berat hati menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan, suatu perjanjian tak setaraf dengan Amerika Syarikat.
- 1947 – Komputer digit elektronik serbaguna pertama di dunia ENIAC (gambar) dihidupkan.
- 1957 – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa diasaskan.
- 1981 – Lebih 700 juta orang di seluruh dunia menonton siaran langsung perkahwinan Putera Charles dan Diana Spencer di Katedral St Paul di London.
Hari-hari sebelum: 28 Julai – 27 Julai – 26 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
30 Julai: Hari Kemerdekaan di Vanuatu (1980)
- 1825 – Pulau Malden (gambar), kini sebahagian Kepulauan Line Kiribati, ditemui di Lautan Pasifik.
- 1864 – Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan cuba namun gagal mematahkan barisan Gabungan dalam Pertempuran Kawah di Petersburg, Virginia.
- 1930 – Tuan rumah Uruguay menewaskan Argentina 4 - 2 di Montevideo untuk memenangi Piala Dunia pertama bola sepak.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Penjajap Tentera Laut A.S. USS Indianapolis ditenggelamkan oleh kapal selam Jepun I-58.
- 2006 – Perang Lubnan: Tentera Udara Israel menyerang sebuah bangunan tiga tingkat berhampiran Qana, Lubnan Selatan, membunuh sekurang-kurangnya 28 orang awam.
Hari-hari sebelum: 29 Julai – 28 Julai – 27 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
31 Julai: Hari Pahlawan di Malaysia; Ka Hae Hawai'i di Hawai'i; Hari Perayaan Ignatius dari Loyola.
- 1667 – Perang Belanda-Inggeris Kedua tamat dengan pemeteraian Perjanjian Breda.
- 1777 – Kongres Benua Kedua meluluskan ketetapan membenarkan bangsawan Perancis Marquis de Lafayette menyertai tentera revolusi Amerika sebagai Mejar Jeneral.
- 1917 – Perang Dunia Pertama: Pertempuran Passchendaele bermula berhampiran Ypres di Flanders Barat, Belgium.
- 1971 – Program Apollo: Perayau bulan pertama digunakan dalam misi qamari Apollo 15 (gambar).
- 2006 – Ekoran pembedahan usus, Fidel Castro memindahkan buat sementara waktu tugasnya sebagai Presiden Cuba kepada adiknya Raúl.
Hari-hari sebelum: 30 Julai – 29 Julai – 28 Julai
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah