Evolusi KL Drift: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Kemaskini.
Baris 58: Baris 58:
''Evolusi KL Drift'' merupakan filem sulung arahan [[Syamsul Yusof]] dengan kos pembikinan yang paling tinggi sebanyak RM2 juta termasuk promosi.<ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan/20070611065815/Article/|title=Evolusi KL Drift: Ujian Shamsul|author=Zainuri Misfar|publisher=[[Berita Harian]]|date=11 Jun 2007|accessdate=5 Julai 2018|archive-url=http://web.archive.org/web/20070613112557/http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan/20070611065815/Article/|archive-date=13 Jun 2007}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/4258342/syamsul-bawa-legasi-box-office-yusof|title=Syamsul bawa legasi box-office Yusof|author=Akmal Abdullah|publisher=[[Berita Harian]]|date=10 April 2008|accessdate=5 Julai 2018}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.cinema.com.my/articles/news_details.aspx?search=2008.kl_drift_premiere_2635|title="KL Drift" offers bigger and better actions|author=Wahiduzzaman|publisher=Cinema Online|date=22 Mac 2008|accessdate=19 Julai 2010|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.cinema.com.my/articles/news_details.aspx?search=2008.KL_drift_2611&title=Syamsul-Yusof-talks-about-his-directorial-debut-in-Evolusi-KL-Drift-#UGI5WWDt4Ys3T2Kx.97|title=Syamsul Yusof talks about his directorial debut in "Evolusi KL Drift"|author=Wahiduzzaman|publisher=Cinema Online|date=27 Februari 2008|accessdate=14 Mac 2015}}</ref> Ia menjadi filem pertama terbitan [[Skop Productions]] dalam tempoh 3 tahun sejak ''[[Sembilu 2005]]'' (2005). Penggambaran dijalankan selama 35 hari, kemudian dilanjutkan kepada 38 hari, pada Jun dan Julai 2007 dan menyebabkan kos pembikinan meningkat sebanyak berpuluh-puluh ribu untuk sehari penggambaran.<ref name="Evolusi KL Drift"/> Skrip filem ini juga telah dirombak sebanyak 8 kali bagi mendapatkan hasil terbaik.<ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Hiburan/20070421112826/Article/|title=Skrip Evolusi: KL Drift lapan kali kena tolak|author=Zainuri Misfar|publisher=[[Berita Harian]]|date=21 April 2007|accessdate=5 Julai 2018|url-status=dead}}</ref>

Menurut Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem, hanya 10% idea diberikan kepada Syamsul. Selebihnya, kebebasan berkarya diberikan sepenuhnya kepadanya. Dari segi suntingan juga, Syamsul banyak memberi ideanya sendiri. Filem ini menggunakan 3-4 buah kamera dan menggunakan teknik On Cam Life Action. Sebanyak 10% idea dari bapanya, dan selainnya ialah hasil Syamsul termasuklah dalam kerja-kerja suntingan.<ref name="Evolusi KL Drift"/> ''Evolusi KL Drift'' ialah terbitan bersama Skop dan [[Grand Brilliance]], sejak ''[[Pasrah]]'' (2000). Filem ini turut mendapat tajaan dari syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jepun, Toyo Tires.<ref name="Evolusi KL Drift"/>
Menurut Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem, hanya 10% idea diberikan kepada Syamsul. Selebihnya, kebebasan berkarya diberikan sepenuhnya kepadanya. Dari segi suntingan juga, Syamsul banyak memberi ideanya sendiri. Filem ini menggunakan 3 hingga 4 buah kamera dan menggunakan teknik On Cam Life Action. Sebanyak 10% idea dari bapanya, dan selainnya ialah hasil Syamsul termasuklah dalam kerja-kerja suntingan.<ref name="Evolusi KL Drift"/> ''Evolusi KL Drift'' ialah terbitan bersama Skop dan [[Grand Brilliance]], sejak ''[[Pasrah]]'' (2000). Filem ini turut mendapat tajaan dari syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jepun, Toyo Tires.<ref name="Evolusi KL Drift"/>

Filem ini menandakan penampilan layar lebar sulung pelakon Singapura, [[Aaron Aziz]] selepas 3 tahun membina kerjaya lakonan di Malaysia. Selain Aaron, dua lagi pelakon dari negara Kota Singa, Shahril Wahid dan Nurhuda Ali turut diberikan peranan masing-masing.<ref>{{cite news|url=http://cyberita.asia1.com.sg/santai/story/0,3617,95472,00.html?|title=Huda, Shahril 'drift' di KL|publisher=CyBerita|date=5 Mei 2007|accessdate=7 Julai 2018}}</ref><ref>{{cite news|url=http://cyberita.asia1.com.sg/santai/story/0,3617,95914,00.html?|title=Promosi bakat|publisher=CyBerita|date=11 Mei 2007|accessdate=7 Julai 2018}}</ref>

Semakan pada 03:27, 27 Julai 2021

Evolusi KL Drift
Poster keluaran tayangan
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDato' Yusof Haslam
DibintangiSyamsul Yusof
Farid Kamil
Aaron Aziz
Fasha Sandha
Diana Danielle
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting oleh
  • Musa Idris
  • Syamsul Yusof
Muzik olehJames Baum
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
3 April 2008
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.63 juta
Pecah panggungRM 4.5 juta

Evolusi KL Drift (digayakan dalam filem sebagai Evolusi: KL Drift; atau disebut sebagai KL Drift sahaja)[1] merupakan sebuah filem aksi permotoran Malaysia 2008 arahan sulung Syamsul Yusof yang ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 3 April 2008.[2][3] Dibintangi oleh Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Diana Danielle.[4] Kesinambungan filem ini, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan pada 25 Mac 2010. Filem ini merupakan arahan sulung Syamsul dan dikatakan telah dipengaruhi oleh filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift.[5]

Sinopsis

Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta 'drift'.

Kelazimannya bidang perlumbaan kereta 'drift' didominasi oleh golongan maskulin tetapi ia tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira berani dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta 'drift' ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Pelakon

Penerbitan

Evolusi KL Drift merupakan filem sulung arahan Syamsul Yusof dengan kos pembikinan yang paling tinggi sebanyak RM2 juta termasuk promosi.[6][7][8][9] Ia menjadi filem pertama terbitan Skop Productions dalam tempoh 3 tahun sejak Sembilu 2005 (2005). Penggambaran dijalankan selama 35 hari, kemudian dilanjutkan kepada 38 hari, pada Jun dan Julai 2007 dan menyebabkan kos pembikinan meningkat sebanyak berpuluh-puluh ribu untuk sehari penggambaran.[2] Skrip filem ini juga telah dirombak sebanyak 8 kali bagi mendapatkan hasil terbaik.[10]

Menurut Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem, hanya 10% idea diberikan kepada Syamsul. Selebihnya, kebebasan berkarya diberikan sepenuhnya kepadanya. Dari segi suntingan juga, Syamsul banyak memberi ideanya sendiri. Filem ini menggunakan 3 hingga 4 buah kamera dan menggunakan teknik On Cam Life Action. Sebanyak 10% idea dari bapanya, dan selainnya ialah hasil Syamsul termasuklah dalam kerja-kerja suntingan.[2] Evolusi KL Drift ialah terbitan bersama Skop dan Grand Brilliance, sejak Pasrah (2000). Filem ini turut mendapat tajaan dari syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jepun, Toyo Tires.[2]

Filem ini menandakan penampilan layar lebar sulung pelakon Singapura, Aaron Aziz selepas 3 tahun membina kerjaya lakonan di Malaysia. Selain Aaron, dua lagi pelakon dari negara Kota Singa, Shahril Wahid dan Nurhuda Ali turut diberikan peranan masing-masing.[11][12]

Keluaran dan sambutan

Evolusi KL Drift dikeluarkan di pawagam pada 3 April 2008.[13] Ia menjadi kejayaan komersial ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM500,000 pada hari pertama. Jumlah yang sama juga diperolehi pada tayangan hari kedua, manakala tayangan pada hari ketiga mencatatkan pungutan kasar berjumlah RM700,000.[14] Menjelang hari terakhir tayangan, ia berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.5 juta.[15][16]

Evolusi KL Drift ialah salah satu daripada 9 filem Malaysia yang dipertontonkan di Minggu Filem Malaysia yang berlangsung pada 9 hingga 11 Mei 2008 di Singapura.[17] Dari 31 Julai hingga 3 Ogos, ia menjadi salah satu daripada 6 filem Malaysia yang dipertontonkan di Program Minggu Malaysia 2008 yang berlangsung di London, England.[18]

Seorang pengulas untuk Utusan Malaysia menulis bahawa "Evolusi KL Drift hanyalah sebuah pengulangan kisah remaja tempatan tanpa membawa sebarang pembaharuan dalam naratifnya" sambil berpendapat filem ini mempunyai "jalan cerita yang begitu nipis dan plotnya digerakkan dengan konsep suntingan pantas yang membantu mempercepatkan tempo filem ini".[19]

Kesinambungan

Kesinambungan filem ini, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan di pawagam seluruh negara, termasuk Singapura dan Brunei pada 25 Mac 2010 dengan belanjawan yang sama 2.5 juta dan meraih kutipan hampir RM4 juta ringgit daripada pendahulunya.[20] Difahamkan bahawa pelakon utamanya, Fasha Sandha dan Diana Danielle mengumumkan menarik diri dari berlakon dalam filem ini.[21]

Adaptasi televisyen

Pada pertengahan 2012, Skop Productions telah mengumumkan akan menerbitkan drama adaptasi filem ini, bertajuk Evolusi KL Drift: The Series. Pada 7 September 2012, treler siri ini telah dimuatnaik di YouTube yang juga menyatakan tarikh keluaran. Ia disiarkan secara rasmi pada 4 Oktober 2012 di RTM TV2 dan menampilkan pelakon asal filem ini dengan penambahan pelakon baru.[22]

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Anugerah Khas Juri: Keberkesanan aksi lasak di layar perak Syamsul Yusof Menang
Sinematografi Terbaik Raja Mukhriz Menang
Penataan Bunyi Terbaik Daud Sulaiman Tercalon
Poster Terbaik Tercalon
Pelakon Harapan Lelaki Syamsul Yusof Tercalon
Pengarah Harapan Terbaik Syamsul Yusof Tercalon

Rujukan

  1. ^ "KL Drift catat sejarah". Harian Metro. 5 April 2008. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  2. ^ a b c d Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 April 2008). "KL Drift sedia mengaum". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  4. ^ Filem Evolusi KL Drift bakal buat kejutan Berita Harian. 6 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2008. Dicapai pada 5 Mei 2010.
  5. ^ "Evolusi KL Drift: Syamsul Yusof's debut flick", New Straits Times, 1 April 2008.
  6. ^ Zainuri Misfar (11 Jun 2007). "Evolusi KL Drift: Ujian Shamsul". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2007. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  7. ^ Akmal Abdullah (10 April 2008). "Syamsul bawa legasi box-office Yusof". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  8. ^ Wahiduzzaman (22 Mac 2008). ""KL Drift" offers bigger and better actions" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 19 Julai 2010.
  9. ^ Wahiduzzaman (27 Februari 2008). "Syamsul Yusof talks about his directorial debut in "Evolusi KL Drift"". Cinema Online. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  10. ^ Zainuri Misfar (21 April 2007). "Skrip Evolusi: KL Drift lapan kali kena tolak". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  11. ^ "Huda, Shahril 'drift' di KL". CyBerita. 5 Mei 2007. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  12. ^ "Promosi bakat". CyBerita. 11 Mei 2007. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  13. ^ "Anak bapak tetap ada 'evolusi' tersendiri". CyBerita. 12 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2008. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  14. ^ Zainuri Misfar (7 April 2008). "KL Drift kutip RM2 juta selepas tiga hari tayangan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2008. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  15. ^ Malaysians getting fast and furious trailer for Evolusi KL Drift Twitchfilm.net (3 April 2008). Dicapai pada 1 April 2009.
  16. ^ "30 filem tempatan sepanjang tahun ini". Berita Harian. 1 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2008. Dicapai pada 7 Julai 2015.
  17. ^ Hanim Mohd Salleh (9 Mei 2008). "Sembilan filem ditayang selama tiga hari mulai esok". CyBerita. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2008. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  18. ^ Zainuri Misfar (25 Julai 2008). "6 filem kita ke London". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2008. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  19. ^ "Siapa pelakon dan bintangnya?". Utusan Malaysia. 15 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2008. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  20. ^ Abd Aziz Itar (9 Mac 2010). "Evolusi KL Drift 2 filem termahal Skop". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2010.
  21. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (7 Januari 2009). Diana letak syarat untuk ditemuduga, digugurkan dari Evolusi KL Drift 2 mStar Online. Dicapai pada 11 April 2018.
  22. ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.

Pautan luar