Pergi ke kandungan

Doris Sophia Brodi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Doris Sophia Anak Brodi
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-12
Dalam jawatan
26 Januari 2012 – 11 Mac 2016
RajaAbdul Halim
Perdana MenteriNajib Razak
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sri Aman, Sarawak
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehMasir Kujat
Majoriti4,039 (PRU-15)
Ahli Dewan Negara (Lantikan Yang Dipertuan Agong)
Dalam jawatan
12 Mac 2010 – 11 Mac 2016
RajaMizan Zainal Abidin & Abdul Halim
Perdana MenteriNajib Razak
Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak
Menyandang jawatan
18 Oktober 2006
PresidenJames Jemut Masing (2006-2021)
Joseph Salang Gandum (2021-2025)
John Sikie Tayai (2025-kini)
TimbalanRosaline Neging
Didahului olehDirinya Sendiri
Maklumat peribadi
LahirDoris Sophia Anak Brodie (1960-11-13) 13 November 1960 (umur 65)
Sri Aman, Sarawak
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Rakyat Sarawak (2004-Kini)
Gabungan politik
lain
Gabungan Parti Sarawak (2018-Kini)
PendidikanKolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC)
PekerjaanAhli Politik
Bidang pengkhususanPentadbiran Perniagaan

YB Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie (Lahir 13 november 1960) ialah seorang ahli politik Wanita Malaysia Berketerunan Dayak yang aktif di Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sri Aman sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-12 bermula Januari 2012 serta sebagai Senator dari Mac 2010 hingga Mac 2016. Di peringkat akar umbi, Beliau merupakan Ketua Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan dahulunya dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

Keputusan PRU-15

[sunting | sunting sumber]

Dato’ Sri Doris Sophia Brodi dilihat membawa satu lonjakan penting untuk kerusi Parlimen P202 Sri Aman pada pilihan raya umum kali ke-15 apabila beliau berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,039 undi.

Beliau menerapkan pendekatan berfokuskan pembangunan dan tadbir urus yang baik bagi meningkatkan kehidupan rakyat Sarawak, sesuatu yang dilihat sebagai resonan dengan pengundi di kawasan luar bandar.

Walaupun mempunyai pengalaman luas sebagai bekas Senator dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, cabaran dalam menghadapi pengundi baru dan keperluan untuk mendekati akar umbi tetap menjadi aspek utama dalam kempen beliau.

Secara keseluruhan, kemenangan beliau mencerminkan keyakinan pengundi terhadap kepimpinannya dan keupayaannya untuk mewakili aspirasi negeri Sarawak dalam kerangka gabungan politik yang lebih besar (GPS).


Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada 26 Januari 2012.

Doris Sophia, 52, yang juga Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai senator mewakili kerajaan negeri Sarawak pada 12 Mac 2010. Beliau adalah Naib Presiden PRS.

Dua senator lain yang turut mengangkat sumpah ialah Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Rahmani @ Rohani Abdullah.Firdaus adalah Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rahmani pula ialah Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Tempoh khidmat mereka selama tiga tahun dan tidak boleh disambung.Pelantikan Firdaus, 68, adalah untuk penggal kedua, manakala Rahmani, 65, adalah kali pertama. [1]