Srivijaya: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Asraf14 (bincang | sumb.)
k Menambah fail Bendera Srivijaya beresolusi besar
Baris 12: Baris 12:
|event_start = Ekspedisi dan perkembangan Dapunta Hyang, ([[Batu Bersurat Kedukan Bukit]])
|event_start = Ekspedisi dan perkembangan Dapunta Hyang, ([[Batu Bersurat Kedukan Bukit]])
|event_end = Penaklukan [[Singhasari]] pada 1288, [[Majapahit]] meletakkan suatu penamatan pada pemberontakan Srivijaya pada 1377
|event_end = Penaklukan [[Singhasari]] pada 1288, [[Majapahit]] meletakkan suatu penamatan pada pemberontakan Srivijaya pada 1377
|image_coat =Bendera Srivijaya.jpg
|image_coat = Bendera Srivijaya Besar.png
|symbol_type = Bendera
|symbol_type = Bendera
|image_map = Srivijaya Empire id.svg
|image_map = Srivijaya Empire id.svg
Baris 50: Baris 50:




[[Fail:Bendera Srivijaya.jpg|left|thumb|Bendera srivijaya]]
[[Fail:Bendera Srivijaya Besar.png|left|thumb|Bendera srivijaya]]
Pada tahun [[1920]], seorang sarjana [[Perancis]] [[Georges Coedès]] menerbitkan penemuannya dan interpretasinya mengenai Sriwijaya dalam akhbar berbahasa [[Belanda]] dan [[Indonesia]]. Sebelum Sriwijaya, terdapat sebuah kerajaan yang diberi nama '''[[Kantoli]]'''.<ref name="TAYLOR_26">{{cite book |last=Taylor|first=Jean Gelman|title=Indonesia: Peoples and Histories|publisher=Yale University Press|year=2003 |location= New Haven and London|url= |doi= |pages=8–9|isbn= 0-300-10518-5}}</ref><ref>{{cite book |last=Krom|first=N.J.|chapter= Het Hindoe-tijdperk |title= Geschiedenis van Nederlandsch Indië|editor= F.W. Stapel|publisher=N.V. U.M. Joost van den Vondel|year=1938 |location= Amsterdam|url= |doi= |pages= vol. I p. 149|id= |nopp=true }}</ref><ref name="TAYLOR_26"/><ref name="MUNOZ 114">{{cite book |last=Munoz|title=Early Kingdoms |pages=114}}</ref><ref>{{cite book |last=Munoz|title=Early Kingdoms |pages=102}}</ref><ref name="MUNOZ 114" /><ref>{{cite book |last= Krom |first= N.J. |title= Het oude Java en zijn kunst |edition =2nd ed.| year= 1943|publisher= Erven F. Bohn N.V. |location= Haarlem |pages= 12}}</ref>
Pada tahun [[1920]], seorang sarjana [[Perancis]] [[Georges Coedès]] menerbitkan penemuannya dan interpretasinya mengenai Sriwijaya dalam akhbar berbahasa [[Belanda]] dan [[Indonesia]]. Sebelum Sriwijaya, terdapat sebuah kerajaan yang diberi nama '''[[Kantoli]]'''.<ref name="TAYLOR_26">{{cite book |last=Taylor|first=Jean Gelman|title=Indonesia: Peoples and Histories|publisher=Yale University Press|year=2003 |location= New Haven and London|url= |doi= |pages=8–9|isbn= 0-300-10518-5}}</ref><ref>{{cite book |last=Krom|first=N.J.|chapter= Het Hindoe-tijdperk |title= Geschiedenis van Nederlandsch Indië|editor= F.W. Stapel|publisher=N.V. U.M. Joost van den Vondel|year=1938 |location= Amsterdam|url= |doi= |pages= vol. I p. 149|id= |nopp=true }}</ref><ref name="TAYLOR_26"/><ref name="MUNOZ 114">{{cite book |last=Munoz|title=Early Kingdoms |pages=114}}</ref><ref>{{cite book |last=Munoz|title=Early Kingdoms |pages=102}}</ref><ref name="MUNOZ 114" /><ref>{{cite book |last= Krom |first= N.J. |title= Het oude Java en zijn kunst |edition =2nd ed.| year= 1943|publisher= Erven F. Bohn N.V. |location= Haarlem |pages= 12}}</ref>



Semakan pada 03:20, 3 Disember 2018

Kerajaan Sriwijaya كراجاءن سريويجاي
Abad ke-7–Abad ke-11
Bendera Sriwijaya
Bendera
Pengembangan terluas Empayar Srivijaya sekitar abad ke-8.
Pengembangan terluas Empayar Srivijaya sekitar abad ke-8.
Ibu negaraKedah, Langkasuka, Champa, Angkor, Palembang, Chaiya, Jawa, Kadaram, Dharmasraya
Bahasa yang umum digunakanMelayu Kuno, Sanskrit
Agama
Buddha dan Hindu
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 671–702
Sri Jayanasa
• 775–792
Sri Dharmasetu
• 792–840
Samaratungga
• 988–1008
Sri Chulamanivarman
• 1008–1017
Sri Mara Vijayatunggavarman
• 1017–1025
Sri Sangrama Vijayatunggavarman
• 1028–(?)
Sri Deva
Sejarah 
• Ekspedisi dan perkembangan Dapunta Hyang, (Batu Bersurat Kedukan Bukit)
667 Abad ke-7
• Penaklukan Singhasari pada 1288, Majapahit meletakkan suatu penamatan pada pemberontakan Srivijaya pada 1377
1025 Abad ke-11
Mata wangDuit syiling emas dan perak asli

Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu[1] yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara.[2] Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671.[3][4][5] Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.[6][7] Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit.[2] Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya ialah pusat pengembangan agama Buddha yang utama di kepulauan Melayu. Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan".[8]

Selepas kejatuhan Srivijaya, ia dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang besar pernah wujud di kepulauan Asia Tenggara. Kewujudannya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient.[8]

Kebesarkan raja Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang menyifatkannya sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat.


Fail:Bendera Srivijaya Besar.png
Bendera srivijaya

Pada tahun 1920, seorang sarjana Perancis Georges Coedès menerbitkan penemuannya dan interpretasinya mengenai Sriwijaya dalam akhbar berbahasa Belanda dan Indonesia. Sebelum Sriwijaya, terdapat sebuah kerajaan yang diberi nama Kantoli.[9][10][9][11][12][11][13]

Penubuhan

Candi Gumpung di Jambi, yang merupakan salah sebuah wilayah Srivijaya.
Pembinaan Candi Borobudur.

[14] Nama Sriwijaya berasal daripada nama seorang pemerintah Kalathana iaitu "Sriwijaya" yang ditulis sebagai "Shih-li-pi-cho-yeh". Raja ini ditulis menghantar utusan kepada China pada tahun 434 M oleh ahli sejarah China, Shenyao (414-512) dalam bukunya Sung Shu (Sejarah Awal Sung) [15] Pendapat ini disokong oleh sarjana Belanda, Ir. J.L Moens, sarjana Jepun, K. Takakuwa[16] dan sarjana Jerman, Hermann Schlegel yang mengaitkannya dengan negeri Kelantan tua.[17] Dalam tulisannya pada tahun 1937, Moens berpendapat Kelantan menggunakan nama "Sri Vijaya" tidak lama selepas tahun 667 M.[18] Menurut Coedes, telah menjadi amalan biasa di rantau ini pada zaman dahulu di mana Raja yang memerintah menamakan kerajaannya bersempena namanya, berkemungkinan besar nama Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ini merupakan asal-usul nama kerajaan yang muncul ratusan tahun kemudian (abad ke-7) di Sumatera.[15] Pada tahun 671 M, I-Tsing melawat bandar Boghan (Palembang) dan menetap di sana selama 6 bulan untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu. Dari Palembang, beliau melawat pula negeri Mo-Lo-Yu yang menurutnya terletak 15 hari pelayaran dari Boghadishu. Dari catatan I-Tsing, nama negeri Mo-Lo-Yu baru bertukar menjadi Sriboghan ketika beliau melawatnya.[19] Keterangan I-Tsing dilihat konsisten dengan beberapa catatan batu bersurat yang menunjukkan empayar Sriwijaya dibentuk pada abad ke-7.

Berdasarkan Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683 masihi), kerajaan Sriwijaya didirikan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang memimpin satu armada dengan 20,000 bala tentera dari Minanga Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat lain yang ditemui di Kota Kapur di Pulau Bangka (686 masihi), Karang Birahi di Jambi Hulu (686 masihi) dan Palas Pasemah di selatan Lampung, menceritakan peristiwa yang sama. Dari keterangan batu-batu bersurat ini, dapat disimpulkan yang Jayanasa mendirikan Kerajaan Srivijaya setelah mengalahkan musuh-musuhnya di Jambi, Palembang, Selatan Lampung dan Pulau Bangka.[20] Asal usul Raja Jayanasa dan kedudukan sebenar Minanga Tamwan masih diperdebatkan ahli sejarah, ada yang berpendapat armada yang dipimpin Jayanasa ini berasal dari luar Sumatera, berkemungkinan besar dari Semenanjung Tanah Melayu.[21]

Sriwijaya meluaskan lagi empayarnya dengan menakluk bahagian barat Pulau Jawa pada penghujung abad ke-7. Batu Bersurat Kota Kapur yang bertarikh 549 M - 686 M menceritakan tentang sumpahan Maharaja Srivijaya ke atas sebuah kerajaan di Pulau Jawa sebelum Srivijaya menawan kerajaan tersebut. Masa peristiwa ini berlaku adalah bertepatan dengan masa kejatuhan kerajaan Tarumanagara dan kerajaan Kalingga (Ho-Ling dalam catatan China) di Jawa Barat. Ada juga rekod menyatakan sebuah keluarga diraja beragama Buddha yang mempunyai hubungan dengan Sriwijaya, mendominasi bahagian tengah Pulau Jawa ketika itu[22], berkemungkinan besar dari kerabat Sailendra.[23] Kejayaan Srivijaya menguasai Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Sunda dan Selat Karimata.

Pada tahun 732 M, tentera pimpinan Sanjaya yang dihantar oleh Sri Putera, pemimpin Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga telah menawan Sriwijaya yang diperintah oleh Rudra Wikraman. Oleh sebab itu, kuasa Sriwijaya menjadi lemah dan pemerintahnya hanyalah dilantik untuk meneruskan legasi keluarga Sriwijaya tanpa kuasa atau lebih kepada menjadi raja boneka. [23] [24]

Struktur dan pusat pemerintahan

Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah. Menurut Inskripsi Tanjore, ibu kota Srivijaya pada abad ke-11 adalah di Kadaram (Kedah Tua).

Pembentukan satu negara kesatuan dalam dimensi struktur kuasa politik Srivijaya, dapat diperolehi daripada beberapa batu bersurat yang mengandungi maklumat penting tentang istilah-istilah kadātuan, vanua, samaryyāda, mandala dan bhūmi.[25]

Kadātuan boleh membawa erti kawasan dātu, (tnah rumah) tempat tinggal bini hāji, tempat disimpan mas dan hasil cukai (drawy) sebagai kawasan yang mesti dijaga. Kadātuan ini dikelilingi oleh vanua, yang boleh dianggap sebagai kawasan kota Srivijaya yang di dalamnya terdapat vihara yang menjadi tempat beribadah masyarakat. Kadātuan dan vanua ini merupakan kawasan teras bagi Srivijaya itu sendiri. Menurut Casparis, samaryyāda merupakan kawasan yang bersempadan dengan vanua, yang dihubungkan dengan jalan khusus (samaryyāda-patha) yang bermaksud kawasan pedalaman. Manakala mandala merupakan satu kawasan autonomi dari bhūmi yang berada dalam pengaruh kekuasaan kadātuan Srivijaya.

Pemerintah Srivijaya memakai gelaran Dapunta Hyang atau Maharaja, dan dalam lingkaran raja terdapat secara berurutan yuvarāja (putera mahkota), pratiyuvarāja (putera mahkota kedua) dan rājakumāra (pewaris berikutnya).[26] Batu Bersurat Telaga Batu banyak menerangkan pelbagai jawatan dalam struktur pemerintahan kerajaan pada zaman Srivijaya.

Sekitar tahun 1993, Pierre-Yves Manguin melakukan penyelidikan dan berpendapat bahwa pusat Srivijaya terletak di Sungai Musi di antara Bukit Siguntang dan Sabokingking (di provinsi Sumatera Selatan sekarang).[2] Namun sebelumnya Soekmono berpendapat bahwa pusat Srivijaya terletak di kawasan hiliran Batang Hari, antara Muara Sabak hingga ke Muara Tembesi (di provinsi Jambi sekarang),[1] dengan catatan Mo-lo-yu (I-Tsing) tidak di kawasan tersebut, jika Mo-lo-yu berada di kawasan tersebut, beliau cenderung kepada pendapat Moens,[27] yang sebelumnya juga telah berpendapat bahawa pusat pemerintahan Srivijaya berada di kawasan Candi Muara Takus (provinsi Riau sekarang), berdasarkan anggaran petunjuk arah perjalanan dalam catatan I-Tsing,[28]. Ahli sejarah Thai berpendapat, daerah Chaiya di wilayah Surat Thani juga pernah menjadi pusat pemerintahan Srivijaya, berdasarkan penemuan banyak rumah-rumah ibadat dengan gaya seni bina unik yang berasal dari zaman Srivijaya.[29][30][31] Namun yang pasti pada masa penaklukan Rajendra Chola I, berdasarkan Inskripsi Tanjore, ibu kota Srivijaya adalah di Kadaram (Kedah sekarang).[1]

Hubungan luar

Pada tahun 100 Hijrah (718 masihi) Maharaja Srivijaya yang bernama Sri Indravarman mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar seorang Ulama bagi menerangkan agama Islam. Surat tersebut berbunyi:

Daripada Raja kepada sekalian Raja yang merupakan keturunan dari seribu Raja-Raja, yang permaisurinya juga merupakan cucu kepada seribu Raja-Raja, yang taman haiwannya mengandungi seribu gajah, yang di dalam wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon jadam, rempah wangi, buah pala dan limau nipis yang aromanya tersebar sejauh 12 batu. Ke hadapan Raja Arab yang tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Allah. Aku telah mengirim padamu satu hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan. Aku mohon agar kamu menghantar padaku seseorang yang boleh mengajarku tentang Islam dan menerangkan padaku undang-undangnya.[32]
Empayar Srivijaya dan kerajaan-kerajaan lain di Asia pada tahun 900 masihi.

Peristiwa ini menjadi bukti yang istana Srivijaya telah menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan dunia Islam-Arab. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud yang Maharaja Srivijaya telah memeluk Islam, tetapi mungkin untuk menunjukkan hasrat Sri Indravarman yang ingin mendalami undang-undang dan budaya rakan dagang Srivijaya dan tamadun-tamadun di sekitarnya seperti China, India dan Timur Tengah.

Srivijaya menjalin hubungan yang erat dengan Kerajaan Pala di Benggala. Inskripsi Nalanda yang bertarikh 860 masihi ada mencatatkan yang Maharaja Balaputradewa menghadiahkan sebuah kuil Buddha kepada Universiti Nalanda. Hubungan dengan kerajaan Chola di selatan India juga pada mulanya sangat baik. Sekitar tahun 1005 masihi, Maharaja Sri Chulamanivarman yang dirujuk dalam inskripsi-inskripsi India sebagai "Raja Kataha dan Srivijaya" telah mengarahkan pembinaan sebuah kuil Buddha di Nagapattinam, selatan India yang dinamakan bersempena namanya iaitu Chulamanivarmavihara. Rajaraja Chola I menghadiahkan harta yang banyak dari sebuah kampung kepada kuil ini.[33][34]

Sri Chulamanivarman juga meneruskan tradisi menjalin hubungan yang erat dengan negeri China seperti yang diamalkan pendahulu-pendahulunya, dengan menghantar beberapa utusan ke sana.[35] Pada tahun 1003 masihi, Raja Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa (Sri Chulamanivarman) menghantar dua utusan menghadap Maharaja China bagi menyampaikan ufti; mereka menceritakan yang negara mereka ada membina sebuah kuil Buddha bagi mendoakan kesejahteraan Maharaja dan mereka memohon perkenan Maharaja China untuk memberikan nama dan loceng untuk kuil tersebut. Satu titah perintah telah dikeluarkan dengan kuil itu mendapat nama Cheng tien wan shou yang bermaksud "kurniaan 10,000 tahun dari Syurga" (dipercayai Candi Bungsu, salah satu bahagian dari candi yang terletak di Muara Takus[36]) dan sebuah loceng ditempa untuk dihadiahkan kepada utusan tersebut. Beberapa utusan kemudiannya dihantar lagi ke negeri China pada tahun 1004, 1008, 1016, 1017 dan 1018.[33]

Hubungan yang erat Srivijaya dengan dua kuasa besar di Asia pada masa itu, Chola di India dan Dinasti Song di China telah membolehkan putera Sri Chulamanivarman yang menggantikannya, Maharaja Sri Mara Vijayatunggavarman membalas dendam perbuatan Raja Dharmawangsa dari Kerajaan Medang di Jawa Tengah yang menyerang Srivijaya pada tahun 990 masihi. Pada tahun 1006 masihi, bala tentera Srivijaya menyerang Kerajaan Medang dan menghancurkan Istana Watugaluh di Pulau Jawa. Dharmawangsa dan para pembesarnya kemudiannya dibunuh, membawa kepada berakhirnya Kerajaan Medang.[33]

Hubungan baik Srivijaya dengan Kerajaan Chola bagaimanapun tidak kekal lama apabila Rajendra Chola I menaiki takhta pada tahun 1012 dan melancarkan perang ke atas Srivijaya pada tahun 1025 masihi.[37] Rajendra Chola I menakluk hampir kesemua kota-kota di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Serangan besar-besaran kerajaan Chola ini bagaimanapun tidak membawa kepada kelangsungan politik Chola ke atas wilayah-wilayah yang diserang kerana pada tahun 1028 masihi, Maharaja Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang ditawan di Kadaram telah digantikan oleh seorang Maharaja baru yang kemudiannya menghantar satu utusan ke negeri China. Dalam Sejarah Sung, Maharaja ini dikenali dengan nama Shih-Li-Tieh-Hua atau "Sri Deva" (berkemungkinan satu nama yang tidak lengkap).[33]

Agama

Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi oleh agama-agama besar dari India, pada mulanya oleh agama Hindu kemudian diikuti pula oleh agama Buddha. Dari catatan Keterangan tentang Orang Gasar yang dikumpulkan pada zaman Dinasti Sung, masyarakat "San Bo Tsai" dikatakan ada mengamalkan satu adat yang dikenali sebagai Tung-Sheng-Ssu (hidup dan mati bersama), yang mirip dengan amalan Suttee dari agama Hindu.[38] Namun, berdasarkan catatan China dan India yang lain serta penemuan arkeologi, Srivijaya merupakan pusat agama Buddha yang utama di Kepulauan Melayu.

Sebagai pusat perkembangan agama Buddha Vajrayana yang utama, Srivijaya menarik ramai penziarah dan sarjana dari negara-negara lain di Asia, antara yang terkenal ialah sami Buddha dari China, I-Tsing. Pada tahun 671 masihi, dalam perjalanan ke Universiti Nalanda, India, beliau singgah di Srivijaya untuk mempelajari Sabdavidya (tatabahasa Sanskrit). Pada tahun 695, beliau melawat Srivijaya sekali lagi untuk mendalami agama Buddha. Menurut I-Tsing, penduduk Srivijaya melakar imej-imej Buddha dengan emas dan memberi sembahan kepada Buddha dalam bentuk bunga teratai emas. Ibu kotanya didiami oleh ramai sarjana Buddha dan menjadi pusat pembelajaran agama Buddha yang utama di seluruh Nanyang (laut selatan).

Banyak raja dan pemimpin yang berada di pulau-pulau di Laut Selatan percaya dan mengagumi Buddha, di hati mereka telah tertanam perbuatan baik. Di sebalik tembok kota Srivijaya, terdapat lebih dari 1000 sami Buddha, yang belajar dengan tekun dan mengamalkannya dengan baik. Mereka mengkaji dan mempelajari semua subjek yang wujud sama seperti di "Kerajaan Tengah" (Madhya-desa, India); tidak banyak perbezaan dalam aturan-aturan dan upacara-upacaranya. Jika seorang biarawan Cina ingin pergi ke Barat (India) untuk mendengar (syarahan) dan membaca (teks asli), lebih baik ia tinggal dulu di sini selama satu atau dua tahun untuk mendalami aturan-aturan yang betul sebelum melanjutkan pelajaran ke tengah India. - I-Tsing[39]

Selain aliran Vajrayana, ajaran Buddha dari aliran Hinayana dan Mahayana juga turut berkembang di Srivijaya. Dharmarakshita atau Suvarnadvipi Dharmakīrti, salah seorang sarjana Buddha yang terkenal dengan teks Mahayana beliau, "Roda Senjata Tajam" (Bahasa Tibet: blo-sbyong mtshon-cha 'khor-lo) hidup pada zaman pemerintahan Sri Chulamanivarman, dan merupakan ketua sarjana Buddha di Suvarnadvipa (Sumatera). Sarjana Buddha dari Benggala yang terkenal dengan peranannya mengembangkan Buddha Vajrayana di Tibet iaitu Atisha, dikatakan pernah berguru dengan Dharmarakshita di Sumatera, dari tahun 1011 hingga 1023 masihi.[40]

Kemahsyuran Srivijaya sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara berkemungkinan besar menarik minat para pedagang dan ulama Muslim dari Timur Tengah menyebarkan agama Islam. Beberapa kerajaan yang pada mulanya merupakan sebahagian dari Srivijaya, bakal muncul menjadi kerajaan-kerajaan Islam di Semenanjung dan Sumatera, ketika pengaruh Srivijaya semakin lemah. Ada sumber yang menyebut, kerana pengaruh orang muslim Arab yang banyak berkunjung dan berdagang di Srivijaya, maka seorang raja Srivijaya yang bernama Sri Indrawarman pada tahun 718 berminat untuk mengetahui tentang agama Islam[41], sehingga mungkin kehidupan sosial Srivijaya adalah masyarakat sosial yang di dalamnya terdapat masyarakat Buddha dan Muslim sekaligus. Tercatat beberapa kali raja Srivijaya mengutus surat kepada khalifah Islam di Damsyik. Salah satu naskhah surat yang ditujukan kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720) berisi permintaan agar khalifah sudi mengirimkan da'i ke istana Srivijaya.[42]

Seni dan Budaya

Arca Maitreya dari Komering, Sumatera Selatan, seni Sriwijaya sekitar abad ke-9 M.

Berdasarkan beberapa sumber sejarah, satu masyarakat kosmopolitan yang kompleks dengan nilai peradaban yang tinggi, dipengaruhi secara mendalam oleh aliran Buddha Vajrayana, telah mendiami ibu kota Srivijaya. Batu Bersurat Talang Tuwo dari abad ke-7 ada menerangkan tentang satu ritual agama Buddha untuk memberkati upacara perasmian satu taman Sriksetra (taman awam), anugerah Maharaja Srivijaya untuk rakyatnya. Batu Bersurat Telaga Batu menggambarkan kerumitan susunan pangkat para pembesar dalam kerajaan Srivijaya, sementara Batu Bersurat Kota Kapur menyebut tentang kekuatan bala tentera Srivijaya ke atas Pulau Jawa. Kesemua batu-batu bersurat ini adalah dalam Bahasa Melayu Kuno, bahasa yang digunakan oleh orang Srivijaya yang merupakan leluhur bagi Bahasa Melayu Klasik yang kemudiannya menjadi asas kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia moden. Sejak abad ke-7, Bahasa Melayu Kuno telah digunakan di Nusantara, dibuktikan oleh batu-batu bersurat Srivijaya dan beberapa batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu Kuno yang ditemui di pesisir pantai Kepulauan Melayu, contohnya batu bersurat Bukateja, Gandasuli, Kayumwungan, Sojomerto dan Manjusrigrha yang ditemui di Jawa, serta Plat Tembaga Laguna yang ditemui di Manila, Filipina. Perkembangan perdagangan merupakan antara faktor utama penyebaran Bahasa Melayu Kuno kerana ia adalah medium komunikasi yang utama bagi para pedagang. Sejak itu, Bahasa Melayu Kuno menjadi Lingua franca dan digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu.[43]

Sejarah Sung (960-1279) ada menceritakan sedikit sebanyak tentang masyarakat "San Bo Tsai" (Srivijaya). Menurut Sejarah Sung, Orang Srivijaya menyapu badan mereka dengan sejenis minyak wangi dan mereka menghasilkan arak dari bunga, kelapa, pin-lang atau madu. Mereka menulis menggunakan tulisan Sanskrit dan Rajanya menggunakan cincinnya sebagai Cop Mohor, mereka juga tahu menulis dalam karakter Cina yang selalunya digunakan ketika menghantar ufti. Selain itu, ramai orang Srivijaya mempunyai pangkal nama "Pu". Keterangan tentang Orang Gasar yang juga dikumpulkan pada zaman Dinasti Sung menyebut yang orang Srivijaya melilit badan mereka dengan pakaian dari kapas (Sarung) dan menggunakan payung dari sutera. Mereka berperang di darat dan juga di laut dan organisasi ketenteraannya sangat baik. Apabila seseorang Raja mangkat, rakyat akan mencukur kepala mereka sebagai tanda berkabung. Di ibu kotanya, terdapat satu arca Buddha yang dipanggil "Gunung Emas dan Perak". Rajanya pula sering mendapat gelaran "Sari Ular", dan baginda memakai satu mahkota dari emas yang sangat berat. Negara Srivijaya mempunyai beberapa pusat perdagangan utama yang mengawal semua kapal yang keluar masuk, sempadan-sempadan pelabuhan ditandakan dengan rantai-rantai besi.[38]

Meskipun mampu membina kekuatan ekonomi, budaya dan ketenteraan yang hebat, Srivijaya hanya meninggalkan sejumlah kecil monumen arkeologi di pusat kerajaannya di Sumatera, berbeza dengan kawasan yang pernah mendapat pengaruhnya di bawah pimpinan dinasti Sailendra di Jawa Tengah yang memiliki tinggalan monumen seperti mandala Kalasan, Sewu dan Borobudur. Kuil-kuil Buddha yang dibina pada zaman Srivijaya di Sumatera antaranya ialah Candi Muaro Jambi, Muara Takus dan Biaro Bahal, bagaimanapun tidak seperti kuil-kuil di Jawa Tengah yang dibina dari batu andesit, kuil-kuil di Sumatera dibina dari batu bata merah.

Beberapa arca seperti Buddha dan Boddhisattva Avalokiteshvara telah ditemui di Bukit Siguntang, Palembang,[44] Jambi,[45] Bidor, Perak[46] dan Chaiya, Surat Thani.[47] Kesemua arca ini menampilkan keanggunan dan gaya biasa yang dikenali sebagai "Seni Srivijaya" yang memperlihatkan kemiripan - mungkin diilhamkan - dari seni Amaravati India atau Sailendra (abad ke-8 - ke-9).[48]

Perdagangan

Dalam dunia perdagangan, Srivijiya adalah empayar yang mengawal dua laluan utama antara India dan China, iaitu Selat Sunda dari Palembang dan Selat Melaka dari Kedah. Catatan Arab menyatakan yang empayar Maharaja Srivijaya adalah sangat luas sehinggakan kapal yang paling laju pada zaman itu pun tidak mampu untuk belayar mengelilingi semua pulau-pulanya selama dua tahun. Menurut keterangan I-Tsing, Raja Srivijaya memiliki kapal-kapal yang banyak untuk tujuan perdagangan. Komoditi utama adalah rotan, gaharu, kino merah, kapur barus, jadam, cengkih, minyak cendana, buah pala, buah pelaga, buah pinang, buah kelapa, kemukus, gading dan timah, menjadikan kekayaan Maharajanya setanding dengan mana-mana raja di India.[28]. Srivijaya juga adalah negara yang sangat kaya dengan emas, bahkan I-Tsing pernah menggelarnya sebagai "Chin Chou" atau "Kepulauan Emas". Rakyatnya menyediakan sembahan kepada Buddha dalam bentuk bunga teratai emas, menggunakan bekas-bekas dari emas, dan membina arca-arca dari emas. Berbeza dengan mata wang China pada zaman tersebut yang biasanya diperbuat dari tembaga, loyang atau besi, orang Srivijaya hanya menggunakan emas dan perak dalam perdagangan.[38]

Selain menjalin hubungan dagang yang menguntungkan dengan India dan China, Srivijaya juga membentuk jaringan perdagangan dengan dunia Arab. Berkemungkinan besar, satu utusan yang dihantar Maharaja Sri Indravarman untuk menyampaikan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dari Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 718 masihi, telah kembali dengan Zanji (hamba wanita kulit hitam dari Zanj), hadiah Khalifah kepada Maharaja. Kemudiannya, catatan China ada menyebut tentang Shih-li-t-'o-pa-mo (Sri Indravarman), Maharaja Shih-li-fo-shih yang menghantar kepada Maharaja China ts'engchi (sebutan China untuk perkataan Arab Zanji) sebagai hadiah.[32]

Zaman keemasan

Arca emas Avalokiteçvara dengan ciri Srivijaya, ditemui di Rataukapastuo, Muarabulan, Jambi, Sumatera.

Pada separuh pertama kurun ke-10, ketika zaman kejatuhan Dinasti Tang dan kebangkitan Dinasti Song, perdagangan berkembang dengan pesat di antara dunia luar China dengan kerajaan Min di Fujian dan kerajaan Nan Han di Guangdong. Dengan kemakmuran yang dikecapi pada zaman permulaan Dinasti Song, keadaan ini sangat menguntungkan Srivijaya. Pada tahun 903 masihi, penulis Islam Ibn Rustah sangat kagum dengan kekayaan pemerintah Srivijaya sehingga beliau pernah menyatakan yang tiada Raja lain yang sekaya dan sekuat Raja Srivijaya. Pusat perbandaran utama Srivijaya pada zaman itu adalah di Palembang, Muara Jambi, Kedah dan Chaiya.

Ketika era keemasannya, Srivijaya adalah kerajaan yang terkuat dan terkaya di bahagian barat kepulauan Melayu, dan empayarnya meliputi 15 negeri seperti yang diceritakan oleh Chou-Ju-Kua[49]; Pong-fong (Pahang), Tong-ya-nong (Terengganu), Ling-ya-si-kia (Langkasuka), Kilan-tan (Kelantan), Fo-lo-an (Dungun), Ji-lo-t'ing (Cherating), Ts'ien-mai (Semawe, Semenanjung), Pa-t'a (Sungai Paka, utara Semenanjung), Tan-ma-ling (Tambralinga, Ligor atau Nakhon Si Thammarat), Kia-lo-hi (Krabi), Pa-lin-fong (Palembang), Sin-t'o (Sunda), Lan-wu-li (Lamuri di Aceh), Kien-pi (Jambi) dan Si-lan (Kemboja).[1][50][51] .

Pengaruh kuasa perdagangan Srivijaya di Lautan India telah membawa kepada penghijrahan penduduk kepulauan Melayu ke Madagascar.[52] Selain itu, pengaruhnya juga menjalar ke bahagian timur ke Borneo sehingga ke kepulauan Filipina, terutamanya kepulauan Sulu dan Visayas. Pada kurun ke-10, Kerajaan Tondo yang berada di bawah pengaruh Srivijaya telah ditubuhkan di Manila.[53][54]

Zaman kejatuhan

Fail:Battle of kedah.jpg
Lakaran Mural yang menggambarkan serangan tentera laut Chola ke atas Kota Kadaram (Kedah Tua).

Akibat dari kekacauan yang berlaku di pesisir pantai China ketika zaman kejatuhan Dinasti Tang, bukan hanya aktiviti perdagangan orang Arab dan Parsi dengan China terjejas teruk, malah Srivijaya juga menerima kesan besar darinya. Walaupun ia masih menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka dan pesisir utara Semenanjung Tanah Melayu, perdagangan dan kekayaannya mula merosot pada penghujung kurun ke-9 dan awal kurun ke-10. Menjelang tahun 925 masihi, tiada lagi komuniti pedagang asing di China, kekacauan dan pelanunan semakin menjadi-jadi selama beberapa dekad berikutnya di sepanjang pesisir selatan China. Pada penghujung kurun ke-10, perdagangan dengan Asia Selatan dan Asia Tenggara mula pulih dengan peranan Dinasti Song Selatan di China, bagaimanapun ia menimbulan persaingan yang serius di antara Srivijaya dengan Kerajaan Medang di Jawa Timur dan Wangsa Chola di India selatan. Ketiga-tiga kerajaan bersaing merebut laluan perdagangan dengan China yang baru pulih.[55]

Di antara tahun 1003 dan 1018, Srivijaya menghantar 7 utusan ke China, mengiklankan produk-produk Asia Selatan beserta dengan barangan wangi, rempah dan lada. Kerajaan Medang juga cuba menjalin hubungan perdagangan langsung dengan China manakala Chola pula menghantar satu utusan ke sana pada tahun 1015. Akibat dari persaingan tiga segi ini, Srivijaya menyerang dan menghancurkan kerajaan Medang pada tahun 1006, namun ia diserang pula oleh angkatan laut Chola di bawah Rajendra Chola I pada tahun 1025. Angkatan laut Chola menyeberang Teluk Bengal, menjarah ibu kota Srivijaya di Kadaram, dan menawan Maharajanya, Sri Sangrama Vijayatunggavarman. Selain Kadaram, Pannai di Sumatera dan Malaiyur di Semenanjung Tanah Melayu juga diserang.[56]. Inskripsi Tanjore yang bertarikh 1030 masihi ada menceritakan tentang kempen ketenteraan Chola ini:

"..pada tahun ke-22 pemerintahan Kopparakesarivanmar sri Rajendra Sola Deva, yang,-..menakluk dengan tenteranya yang hebat, Idaiturai-nadu, Varanasi..dll..dan yang menghantar kapal-kapal mengharungi lautan bergelora dan menawan Sangirama-vijaiyattungopanma, Raja Kidaram, bersama dengan gajah-gajahnya..,membawa pulang timbunan besar harta rampasan perang, Vichchadira-ttorana pada pintu gerbang di kota musuh yang sangat besar, set gerbang wiket dihiasi permata yang indah, set pintu dengan permata yang besar; sri-Vijaiyam yang luas; Pannai yang diairi sebuah sungai; Malaiyur purba yang kubunya terletak di atas bukit yang tinggi; Māyirudingam, dengan kubu parit dari air laut yang mengelilinginya; Ilangāsōbam, dengan semangat juangnya yang kental; Māppappālam, yang memiliki air yang banyak sebagai benteng pertahanan; Mēvilambangam, yang kubu pertahanannya sangat kukuh; Valaippandūru, yang terletak di tengah-tengah hutan belantara; Talaittakolam, yang disanjung para ilmuan; Madamalingam, dengan semangat keperwiraannya yang kental; Nilamuri-desam, yang kekuatan luar biasanya, meningkat dengan amarah; Mānakkavāram yang memiliki taman-taman, di mana bunga-bunga dipenuhi madu; Kidaram, yang sangat hebat kekuatannya, dikawal oleh pahlawan-pahlawan yang memakai gelang di kaki,.."

— Penerangan tentang serangan ke atas Srivijaya oleh Wangsa Chola dalam Inskripsi Tanjore.[57]

Dalam masa 100 tahun, beberapa lagi serangan telah dilancarkan oleh Wangsa Chola ke atas Semenanjung dan Sumatera. Meskipun dipaksa berperang secara defensif dalam tempoh yang sangat lama, kekuatan Srivijaya yang terletak di pulau-pulau yang mengawal selat-selat, tidak mampu dimusnahkan sepenuhnya oleh angkatan Chola yang kuat. Serangan-serangan Chola selama 100 tahun ini boleh dianggap sia-sia kerana ia tidak membawa kepada pendudukan efektif Wangsa Chola di Kepulauan Melayu, sebaliknya ia hanya mampu melemahkan kedudukan Srivijaya bahkan melemahkan kuasa Chola sendiri dan membuka peluang kepada penguasaan orang Islam di Lautan Hindi.[55]

Kelemahan Srivijaya telah menyebabkan banyak negeri lindungannya membebaskan diri dari kekuasaannya, beberapa kerajaan serantau lain yang kuat juga mula muncul menyainginya, seperti Kediri dan kemudiannya Singhasari. Kerajaan-kerajaan ini yang berasaskan pertanian, adalah berbeza dengan Srivijaya yang sangat bergantung pada perdagangan pesisir dan jarak jauh. Kekuatan tentera Srivijaya yang semakin lemah juga menyebabkan ia tidak mampu lagi mempertahankan dirinya dari serangan-serang dua kerajaan yang kuat: Sukhotai Siam di utara dan Singhasari di selatan. Sukhotai menawan Ligor, Takuapa dan lain-lain bandar pelabuhan di Segenting Kra. Singhasari pula menawan kebanyakan wilayah di bawah ketuanan Srivijaya di Jawa dan Sumatera. Pada tahun 1288, Singhasari melancarkan Ekspedisi Pamalayu untuk menawan negeri-negeri Melayu di Sumatera. Menjelang tahun 1292, empayar ini telah runtuh sepenuhnya, Marco Polo yang melawat kepulauan Melayu pada tahun tersebut tidak ada menyebut langsung tentang Srivijaya.[55] Begitu juga dengan Kakawin Nagarakretagama yang dikarang pada tahun 1365, tidak lagi menyebut tentang Srivijaya untuk wilayah-wilayah yang dulunya di bawah ketuanan Srivijaya.

Warisan

Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Sebuah kuil Buddha dengan gaya seni bina Srivijaya di Chaiya, Thailand

Berakhirnya Kerajaan Srivijaya tidak bermakna tamatnya tradisi pemerintahan istana Melayu. Beberapa percubaan untuk menghidupkan kembali Srivijaya telah dilakukan oleh waris-waris diraja Srivijaya yang menjadi pelarian di negeri-negeri yang masih setia. Pada tahun 1293, Majapahit yang merupakan pengganti Singhasari menguasai sebahagian besar Sumatera. Putera Adityawarman diberi tanggungjawab memerintah Sumatera pada tahun 1347 oleh pemerintah ketiga Majapahit, Tribhuwana Wijayatunggadewi. Satu pemberontakan yang berlaku pada tahun 1377 berjaya dipatahkan oleh Majapahit. Pada tahun 1324, Sang Nila Utama yang mendakwa dari keturunan diraja Srivijaya dari Bentan, bersama para pengikut dan tenteranya yang terdiri dari Orang Laut, telah menubuhkan Kerajaan Singapura Lama di Temasek. Menurut Sejarah Melayu dan ahli sejarah China, Wang Ta Yuan, orang Siam menyerang kerajaan Singapura di antara tahun 1330 hingga 1340, namun berjaya dikalahkan. Serangan Majapahit pada penghujung abad ke-14 bagaimanapun berjaya menundukkan kerajaan ini, dan Rajanya yang terakhir, Parameswara terpaksa melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.

Parameswara kemudiannya mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402.[58] Kesultanan Melayu Melaka akhirnya menggantikan kedudukan Srivijaya sebagai kuasa politik Melayu yang utama di kepulauan Melayu.[59][60] Walaupun Kesultanan Melaka jatuh pada tahun 1511, Melaka kekal menjadi suatu prototaip institusi: satu paradigma tata urus negara dan satu titik rujukan budaya Melayu untuk negeri-negeri pengganti seperti Kesultanan Johor (1528–kini), Kesultanan Perak (1528–kini) dan Kesultanan Pahang (1470–kini).[61]

Peninggalan terpenting kerajaan Srivijaya berkemungkinan besar adalah Bahasa Melayu itu sendiri. Selama beberapa abad, melalui penaklukan, kuasa ekonomi dan kekuatan ketenteraannnya, Srivijaya memainkan peranan besar dalam menyebarkan Bahasa Melayu Kuno ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Ia menjadi bahasa utama perdagangan dan lingua franca, digunakan di banyak pelabuhan dan pusat perniagaan di rantau ini.[62] Bahasa Melayu kemudiannya semakin berkembang maju semasa era pengganti Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka. Era Kesultanan Melaka menyaksikan pengaruh Islam yang kuat dalam Bahasa Melayu, dengan kemasukan banyak perkataan pinjaman dari Bahasa Arab dan Parsi. Perkembangan ini menghasilkan Bahasa Melayu Klasik yang kemudiannya menjadi asas kepada Bahasa Melayu Moden yang digunakan dengan meluas hari ini di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.[63]

Nasionalis moden di Indonesia melihat Srivijaya serta Majapahit, sebagai sumber kebanggaan masa lalu Indonesia.[64] Srivijaya menjadi fokus kepada kebanggaan nasional dan identiti serantau, terutamanya kepada penduduk Palembang khususnya, dan kepada semua Orang Melayu amnya. Bagi penduduk Palembang, Srivijaya telah menjadi sumber inspirasi kesenian untuk lagu Gending Sriwijaya dan tarian tradisional.

Hal yang sama berlaku di Thailand, di mana tarian "Sevichai" (Thai: Sriwijaya) telah dihidupkan semula berdasarkan keanggunan seni budaya Sriwijaya purba. Warisan Sriwijaya kini diraikan dan sering dikaitkan dengan minoriti Melayu di Selatan Thailand. Di antara contoh rumah-rumah ibadat yang dibina berasaskan kesenian Sriwijaya ialah Phra Borom Mathat di Chaiya (abad ke-9 - ke-10), Wat Kaew Pagoda, dan Wat Long Pagoda. Wat Mahathat yang asal di Nakhon Si Thammarat (salah sebuah bandar Sriwijaya) kini telah dilitupi oleh bangunan dengan gaya Sri Langka yang lebih besar.[65]

Di Indonesia, nama "Srivijaya" diabadikan pada jalan-jalan di banyak bandar dan telah menjadi sinonim dengan Palembang dan Sumatera Selatan. Universiti Sriwijaya yang ditubuhkan pada tahun []1960]] di Palembang, dinamakan bersempena nama Sriwijaya. Kodam Sriwijaya (unit komando), PT Pupuk Sriwijaya (syarikat pengeluar baja), Sriwijaya Post (akhbar harian di Palembang), Sriwijaya Air (syarikat penerbangan), Stadium Gelora Sriwijaya, dan Sriwijaya FC (kelab bola sepak Palembang), semuanya dinamakan demikian untuk menghormati dan memuliakan empayar maritim purba ini.

Senarai Maharaja-Maharaja Sriwijaya

Tahun Nama Raja Ibukota Batu bersurat dan catatan dari negara luar serta peristiwa yang berlaku
671692 Sri Jayanaga Sriwijaya Catatan perjalanan I-Tsing dari tahun 671 hingga 685, Penaklukan Malayu, Penaklukan Jawa

Batu Bersurat Kedukan Bukit (683), Batu Bersurat Talang Tuwo (684), Batu Bersurat Kota Kapur (686), Batu Bersurat Karang Brahi, Batu Bersurat Palas Pasemah.

692-702 Sri Dhiraja Sriwijaya
702728 Sri Indrawarman

Che-li-to-le-pa-mo

Sriwijaya

Shih-li-fo-shih

Utusan ke China 702-716, 724

Utusan ke Khalifah Muawiyah I, Umaiyah dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

728775 Rudra Vikraman

Lieou-t'eng-wei-kong

Sriwijaya

Shih-li-fo-shih

Utusan ke China 728-742 732 Empayar Sriwijaya diserang oleh Sanjaya dan menjadi jajahan Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga yang diperintah oleh Sri Putera
775792 Sri Dharmasetu Sriwijaya Isnskripsi Ligor A
Pindah ke Jawa Dinasti Sailendra mengantikan Dinasti Sanjaya
792-833 Samaratungga Jawa Batu Bersurat Karang Tengah, tahun 824.

Candi Borobudur disiapkan, 825

833-856 Kebangkitan Wangsa Sanjaya, Rakai Pikatan memerangi Balaputradewa dari Wangsa Sailendra
856-(?) Balaputradewa Sriwijaya Kehilangan kuasa di Jawa dan kembali ke Palembang

Prasasti Nalanda (860)

960 Sri Udayadityavarman

Se-li-hou-ta-hia-li-tan

Sriwijaya Utusan ke China 960 dan 962
988 Sri Chulamanivarman

Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa

Sriwijaya Utusan ke China 988-992-1003

990 Jawa menyerang Sriwijaya, membina tokong untuk Kaisar China, Prasasti Leiden (1044)

1008 Sri Mara Vijayatunggavarman

Se-li-ma-la-pi

Sriwijaya
Kataha
Utusan ke China 1008
1025 Sri Sangrama Vijayatunggavarman Sriwijaya
Kataha
Diserang oleh Rajendra Chola I dan ditawan.

Prasasti Tanjore pada candi Rajaraja, Tanjore

Rujukan

  1. ^ a b c d Muljana, Slamet (2006). F.W. Stapel (penyunting). Sriwijaya. PT. LKiS Pelangi Aksara. ISBN 978-979-8451-62-1.
  2. ^ a b c Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. m/s. 171. ISBN 9814155675.
  3. ^ Munoz. Early Kingdoms. m/s. 122.
  4. ^ Zain, Sabri. "Sejarah Melayu, Buddhist Empires".
  5. ^ Junjiro Takakusu, (1896), A record of the Buddhist Religion as Practised in India and the Malay Archipelago AD 671-695, by I-tsing, Oxford, London.
  6. ^ Peter Bellwood, James J. Fox, Darrell Tryon (1995). "The Austronesians: Historical and Comparative Perspectives".CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ George Coedès, (1930), Les inscriptions malaises de Çrivijaya, BEFEO.
  8. ^ a b Munoz. Early Kingdoms. m/s. 117.
  9. ^ a b Taylor, Jean Gelman (2003). Indonesia: Peoples and Histories. New Haven and London: Yale University Press. m/s. 8–9. ISBN 0-300-10518-5.
  10. ^ Krom, N.J. (1938). "Het Hindoe-tijdperk". Dalam F.W. Stapel (penyunting). Geschiedenis van Nederlandsch Indië. Amsterdam: N.V. U.M. Joost van den Vondel. m/s. vol. I p. 149. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)
  11. ^ a b Munoz. Early Kingdoms. m/s. 114.
  12. ^ Munoz. Early Kingdoms. m/s. 102.
  13. ^ Krom, N.J. (1943). Het oude Java en zijn kunst (ed. 2nd ed.). Haarlem: Erven F. Bohn N.V. m/s. 12. |edition= has extra text (bantuan)
  14. ^ Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. m/s. pages 102–103. ISBN 9814155675. |pages= has extra text (bantuan)
  15. ^ a b Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. pages 54-55. ISBN 978-0824803681. |pages= has extra text (bantuan)
  16. ^ Memoirs of the Research Department of the Toyo Bunko (the Oriental Library). Tokyo: Tōyō Bunko. 1969. m/s. 54.
  17. ^ Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch, Singapo (1962). Monographs on Malay subjects, Volume 30, Part 1. Kuala Lumpur: Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. m/s. 131.
  18. ^ Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Ceylon Branch (1960). The Journal of the Ceylon Branch of the Royal Asiatic Society of Great Britain & Ireland. m/s. 36. Unknown parameter |http://books.google.com.my/books?ei= ignored (bantuan)
  19. ^ I-Tsing (2005). A Record of the Buddhist Religion As Practised in India and the Malay Archipelago (A.D. 671-695). Asian Educational Services. m/s. xl–xli. ISBN 978-8120616226.
  20. ^ Elfriede Hermann, Karin Klenke, Michael Dickhardt (2009). Form, Macht, Differenz : Motive und Felder ethnologischen Forschens. Universitätsverlag Göttingen. m/s. 254-255. ISBN 978-3-940344-80-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  21. ^ Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 82. ISBN 978-0824803681.
  22. ^ Munoz. Early Kingdoms. m/s. 125.
  23. ^ a b Munoz. Early Kingdoms. m/s. 132.
  24. ^ Munoz. Early Kingdoms. m/s. 143.
  25. ^ Kulke, H. (1993). "Kadātuan Śrīvijaya'—Empire or Kraton of Śrīvijaya? A Reassessment of the Epigraphic Data". Bulletin de l’École Française d’Extreme Orient. 80 (1): 159–180. line feed character in |title= at position 73 (bantuan)
  26. ^ Casparis, J.C., (1956), Prasasti Indonesia II: Selected Inscriptions from the 7th to the 9th century A.D., Vol. II. Bandung: Masa Baru.
  27. ^ Soekmono, R. (2002). Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia 2. Kanisius. ISBN 979-413-290-X.
  28. ^ a b Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto, (1992), Sejarah nasional Indonesia: Jaman kuna, PT Balai Pustaka, ISBN 979-407-408-X
  29. ^ Daigorō Chihara (1996). Hindu-Buddhist architecture in Southeast Asia. Leiden, New York: BRILL. m/s. 213. ISBN 90-04-10512-3.
  30. ^ Promsak Jermsawatdi (1989). Thai art with Indian influences. Abhinav Publications. m/s. 65. ISBN 81-7017-0907.
  31. ^ Steve Van Beek & Luca Invernizzi (1999). The arts of Thailand. Tuttle Publishing. m/s. 75. ISBN 96-2593-2623.
  32. ^ a b Azra, Azyumardi (2006). Islam in the Indonesian world: an account of institutional formation. Mizan Pustaka. ISBN 979-433-430-8.
  33. ^ a b c d Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. pages 141-143. ISBN 978-0824803681. |pages= has extra text (bantuan)
  34. ^ Sabrizain - Buddhist Empires]
  35. ^ Oliver W. Wolters, (1967), Early Indonesian Commerce: a study of the origins of Śrīvijaya, Cornell University Press, Ithaca.
  36. ^ Forgotten Kingdoms in Sumatra, Brill Archive
  37. ^ Slamet Muljana, (2006), Sriwijaya, Yogyakarta: LKIS
  38. ^ a b c J-Takakusu (2005). A Record of the Buddhist Religion As Practised in India and the Malay Archipelago (A.D. 671-695). Asian Educational Services. m/s. xli–xliii. ISBN 978-8120616226.
  39. ^ J-Takakusu (2005). A Record of the Buddhist Religion As Practised in India and the Malay Archipelago (A.D. 671-695). Asian Educational Services. m/s. xxxiv. ISBN 978-8120616226.
  40. ^ Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. pages 143-144. ISBN 978-0824803681. |pages= has extra text (bantuan)
  41. ^ Ahmad, H. Zainal Abidin (1979). Ilmu politik Islam V, Sejarah Islam dan Umatnya sampai sekarang. Bulan Bintang.
  42. ^ Prof. Dr. Azyumardi Azra, MA., (1994). Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII. Jakarta: Mizan.CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  43. ^ Melayu Online: Bambang Budi Utomo
  44. ^ Bukit Siguntang
  45. ^ Titik Temu, Jejak Peradaban di Tepi Batanghari, Photograph and artifact exhibition of Muara Jambi Archaeological site, Bentara Budaya Jakarta, 9–11 November 2006
  46. ^ KaalaChaKra, Early Indian Influences in Southeast Asia
  47. ^ Bridgeman: Avalokitesvara figure from the Srivijaya Period, found in Chaiya, Thailand, 9th-10th century (bronze)
  48. ^ Srivijaya Art In Thailand
  49. ^ Friedrich Hirth and W.W.Rockhill, (1911), Chao Ju-kua, His Work on the Chinese and Arab Trade in the Twelfth and Thirteen centuries, entitled Chu-fan-chi, St Petersburg.
  50. ^ Drs. R. Soekmono, (1973, 5th reprint edition in 1988). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2, 2nd ed. Yogyakarta: Penerbit Kanisius. m/s. 60. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)
  51. ^ Paul Michel Munoz, (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet, ISBN 981-4155-67-5.
  52. ^ "History of Madagascar". Lonely Planet.com. Dicapai pada 2010-07-07.
  53. ^ Laguna Copperplate Inscription - Article in English
  54. ^ The Laguna Copperplate Inscription. Accessed September 04, 2008.
  55. ^ a b c Anand, Ram Prakash (1982). Origin and Development of the Law of the Sea. Springer. m/s. 22–23. ISBN 978-9024726172.
  56. ^ Epigraphia Carnatica, Volume 10, Part 1, page 41
  57. ^ Epigraphia Carnatica, Volume 10, Part 1, page 39-40
  58. ^ Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor". Dicapai pada 2009-06-13.
  59. ^ Alexanderll, James (2006). Malaysia Brunei & Singapore. New Holland Publishers. m/s. 8. ISBN 1860113095, 9781860113093 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  60. ^ "South and Southeast Asia, 500 - 1500". The Encyclopedia of World History. 1. Houghton Mifflin Harcourt. 2001. m/s. 138.
  61. ^ T. N. Harper (2001). The End of Empire and the Making of Malaya. UK: Cambridge University Press. m/s. 15. ISBN 0-521-59040 Check |isbn= value: length (bantuan).
  62. ^ Southeast Asia Digital Library: About Malay
  63. ^ James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 59. ISBN 0-86840-598-1.
  64. ^ Centrality: Indonesia's changing role in ASEAN
  65. ^ Thailand's World: Kingdom of Srivijaya