Kuil Kek Lok Si

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuil Kek Lok Si
极乐寺
KLS 2 0610.jpg
Pagoda kuil
Info asas
LokasiAyer Hitam, Pulau Pinang  Malaysia
AgamaBuddhisme
NegaraMalaysia
Laman web[1]
Penerangan seni bina
Jenis seni binaWihara
Gaya seni binaTionghoa, Thai, dan Burma
PengasasBeow Lean
Pecah tanah pada1890
Disiapkan pada1905

Kuil Kek Lok Si (Cina ringkas: 极乐寺Cina tradisional: 極樂寺pinyin: Jílè sì) adalah kuil agama Buddha terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia; ia merupakan kuil yang terbesar di Pulau Pinang serta antara yang terkenal di Asia Tenggara.[1] Ia dibina pada tahun 1890.

Kuil ini tidak sahaja merupakan pusat ziarah penting bagi umat Buddha dari Hong Kong, Filipina, Singapura, dan negara-negara lain di Asia Tenggara, malah juga salah satu tumpuan pelancong di Pulau Pinang.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama "Kek Lok" bermaksud Sukhavati, suatu alam murni yang wujud dalam kepercayaan aliran Mahayana untuk Amitābha.

Binaan[sunting | sunting sumber]

Ke Lok Si-Ten Thousand Buddha Pagoda at Dawn.jpg

Bangunan[sunting | sunting sumber]

Terdapat suatu pagoda utama setinggi tujuh tingkat diberi nama Ban Po Thar (万佛塔) kerana rupa ia yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Pagoda in dibina menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan puncak seni bina Burma mencerminkan anutan setempat menggabungkan aliran-aliran Mahayana dan Theravada.[2][3]

Ia ada menempatkan suatu biara yang menjadi tempat tinggal para sami dan biarawati yang berkhidmat di sana.

Pekarangan[sunting | sunting sumber]

Patung Kuan Yin terletak dalam pekarangan kuil

Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewi Kuan Yin yang besar serta tertinggi di dunia.[4] Patung bersebelahan suatu astaka bertingkat tiga dengan ketinggian mencecah 60.9 meter disokong 16 tiang gangsa,[2] astaka ini disiapkan tahun 2009.[5]

Selain daripada biara, terdapat dataran yang ada banyak patung dewa-dewi serta laman berkolam besar dipenuhi kura-kura dan ikan kap.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kuil ini mula didirikan pada 1890[2] oleh Beow Lean (Cina ringkas: 莲法), seorang sami berasal dari Fujian. Pembinaan kuil ini dibiayai lima peniaga terhebat Hakka sezaman itu iaitu Cheong Fatt Tze dan sepupunya Chang Yu Nan, Cheah Choon Seng, Tye Kee Yoon, dan Chung Keng Kooi.

Duta kerajaan Qing ke jajahan Pulau Pinang sangat terpegun dengan binaan yang siap ini sehingga melaporkan khabar ini kepada Maharaja Guangxu; baginda maharaja yang tertarik dengan butiran diberikan beliau menitahkan Beow berangkat ke Beijing, di sanalah Beow dikurniakan 70,000 (atau 7,000 dalam sesetengah sumber lain) jilid kitab suci serta menggelarkan kuil Kek Lok sebagai "penghulu segala kuil di Pulau Pinang".[6][7] Beow dalam perjalanan pulang diiringi para pegawai kerajaan berpakaian warna-warni dalam kereta kuda, di mana Beow sendiri duduk memegang perutusan diraja dikurniakan kepada kuilnya.[7]

Batu asas pagoda diletakkan oleh Raja Vajiravudh yang memerintah Thailand semasa ia dibina,[8] pagoda ini siap dibina pada tahun 1930.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wendy Moore (1998). West Malaysia and Singapore. Tuttle Publishing. m/s. 104–. ISBN 978-962-593-179-1.
  2. ^ a b c Harper, Damian (Disember 2006). Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. m/s. 189. ISBN 978-1-74059-708-1.
  3. ^ Davidson, Linda Kay; Gitlitz, David Martin (2002). Pilgrimage: From the Ganges to Graceland : an Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 314. ISBN 978-1-57607-004-8.
  4. ^ "Stand up for moderation". The Star Online. Dicapai pada 24 March 2015.
  5. ^ White, Daniel; Ron, Emmons; Eveland, Jennifer; Jen Lin-Liu (9 June 2011). Frommer's Southeast Asia. John Wiley & Sons. m/s. 554. ISBN 978-1-118-08767-1.
  6. ^ Khoo, Gaik Cheng (1 January 2006). Reclaiming Adat: Contemporary Malaysian Film and Literature. UBC Press. m/s. 37. ISBN 978-0-7748-1173-6.
  7. ^ a b DeBernardi, Jean Elizabeth (2009). Penang: Rites of Belonging in a Malaysian Chinese Community. NUS Press. m/s. 33. ISBN 978-9971-69-416-6.
  8. ^ Neo, Kyle (Mei 2014). 108 Places To See Before Nirvana. PartridgeIndia. m/s. 41. ISBN 978-1-4828-9734-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]