Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ڤرتي ڤساك بوميڤوترا برساتو | |
---|---|
![]() | |
Nama bahasa Cina | 砂拉越土著保守联合党 Shālāyuè tǔzhù bǎoshǒu liánhé dǎng |
Nama bahasa Inggeris | United Bumiputera Heritage Party |
Singkatan | PBB |
Presiden | Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg |
Pengerusi | Mohamad Asfia Awang Nassar |
Setiausaha agung | Alexander Nanta Linggi |
Jurucakap | Haji Idris Buang |
Timbalan Presiden | Douglas Uggah Embas Awang Tengah Ali Hassan |
Naib Presiden | Fadillah Yusof Michael Manyin Jawong Roland Sagah Wee Inn Julaihi Narawi Gerawat Gala Stephen Rundi Utom Abdul Karim Rahman Hamzah Annuar Rapaee Abdul Rahman Junaidi |
Ketua Wanita | Fatimah Abdullah |
Bendahari | Abdul Hamid Sepawi |
Pengasas | Jugah anak Barieng |
Ditubuhkan | 5 Januari 1973 (Berikutan penggabungan BUMIPUTERA & PESAKA) |
Disahkan | 30 April 1973 |
Gabungan | Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA)1 2 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)3 |
Ibu pejabat | Ibu Pejabat PBB, Jalan Diplomatik, Kuching, Sarawak |
Akhbar | Jiwa Bakti |
Sayap belia | Pergerakan Belia PBB |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBB |
Keanggotaan | 345,620 |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Patriotisme Hak Bumiputera Sarawak Anti-rasuah Membasmi kemiskinan rakyat Demokrasi konservatif Perjuangan hak MA63 Hak ekonomi & sosial rakyat Sekularisme Hak politik belia & wanita |
Kedudukan politik | Sayap kanan |
Penggabungan kebangsaan | Barisan Nasional (1973–2018) Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) |
Warna | Kuning, merah, putih dan hitam |
Slogan | Berkorban Bersatu Striving for Unity (dalam bahasa Inggeris) Berjihadlah |
Lagu parti | March PBB (PBB March; Official anthem) Ikrar Wanita (Women's Oath; Women Movement) |
Dewan Negara: | 2 / 70
|
Dewan Rakyat: | 13 / 222
|
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 47 / 82
|
Laman sesawang | |
pbb | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya 1 Parti Negara Sarawak dan Barisan Rakyat Jati Sarawak bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak. 2 Parti Bumiputera Sarawak dianggotai rakyat tempatan Islam-Melayu, Melanau, Kedayan, Brunei-Melayu, dan Orang Ulu. 2 Parti Pesaka Anak Sarawak dianggotai ahli dari kaum Iban dan Bidayuh. |
![]() |
Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
![]() |
Portal Malaysia |
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan salah satu parti politik yang terbesar di Sarawak, dan juga merupakan salah satu parti politik tempatan yang membentuk kerjasama antara SUPP, PRS, dan PDP sekaligus menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 19 November 2018. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ditubuhkan pada 30 April 1973, hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak ketika itu, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).[1][2] Percantuman tiga parti politik tempatan ini adalah selaras dengan lima matlamat utamanya, iaitu meningkatkan taraf hidup masyarakat Bumiputera Sarawak, menggalakkan masyarakat Bumiputera Sarawak menceburi segala bidang termasuk politik, sosial dan ekonomi, memperkasakan budaya dan warisan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak, memperkukuhkan kedaulatan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan menjamin kesejahteraan dan keharmonian semua kaum di Sarawak.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu.
Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai 1962. Parti campuran ini dipengerusikan oleh Tun Jugah anak Barieng, dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, Parti Negara Sarawak (PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang pilihan raya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama, manakala Tun Jugah pula dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Sli. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli BARJASA (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera pada bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung.
Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.
Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan Bumiputera di Sarawak. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Sehingga akhir Mei 2022, jumlah keanggotaan dalam PBB kini melebihi 345,000 orang, dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri Sarawak. Kini, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memutuskan untuk melaksanakan sistem pemerintahan kerajaan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak pimpinan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
Objektif penubuhan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)[sunting | sunting sumber]
- Mengutamakan keseluruhan hak dan keistimewaan golongan masyarakat Bumiputera Sarawak. Ini termasuk hak imigresen negeri, taraf hidup dan ekonomi masyarakat Bumiputera, pemilikan perniagaan Bumiputera, bantuan-bantuan kerajaan negeri dan persekutuan, taraf kesihatan penduduk, tahap pendidikan, pengajian tinggi, sektor keusahawanan Bumiputera, dan sebagainya.
- Memperkukuhkan taraf ekonomi dan sosioekonomi masyarakat Sarawak, khususnya dalam sektor perindustrian, perkilangan, perkhidmatan perniagaan, perhotelan, pertanian, penternakan, komoditi, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan awam negeri, pengurusan hidupan liar dan alam sekitar, sektor pendidikan, serta perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia.
- Memperjuangkan serta memperkukuhkan hak kebebasan agama dan budaya masing-masing. Seluruh rakyat Sarawak digesa untuk menghargai keamanan dan keharmonian semua agama. Tidak kira sama ada mereka beragama Kristian, Islam, Buddha, Sikh, Baha'i, mahupun agama-agama lain, namun keamanan dan keharmonian kaum dan agama adalah lebih penting serta lebih bermakna.
- Memperkukuhkan dan memperkasa sektor pendidikan Sarawak serta menggalakkan anak-anak Sarawak mendalami seluruh ilmu berkaitan pembangunan teknologi moden dan kewujudan inovasi-inovasi baharu. Ini termasuk utamakan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), pendidikan berasaskan kemahiran teknologi dan kejuruteraan inovasi, penggunaan internet berkelajuan tinggi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, serta menaiktaraf dan menyelenggara sekolah-sekolah yang daif.
- Memfokuskan pembangunan industri teknologi kejuruteraan dan kepakaran moden, teknologi berasaskan aeroangkasa, penciptaan produk-produk inovasi baharu, transformasi pembangunan infrastruktur baharu yang lebih canggih, serta memperkasa sektor pendidikan yang mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.
- Mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan seluruh masyarakat Sarawak yang amat miskin, diabaikan, dan terpinggir. Ini merangkumi pelaksanaan pemberian bantuan-bantuan khas golongan B40 dan M40, bantuan kewangan untuk golongan individu bujang dan para peniaga, bantuan khas pemulihan kewangan negeri, pakej keusahawanan wanita, pakej pemulihan perniagaan kecil-kecilan, serta pakej pemilikan kenderaan untuk golongan belia dan wanita.
- Bersatu mengembalikan semula hak-hak Sarawak yang terhakis seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, termasuk hak imigresen negeri, hak kebajikan rakyat Sarawak, ekonomi dan pembangunan wilayah, hak percukaian dan perniagaan, hak pentadbiran wilayah, hak keselamatan & keamanan wilayah, kuasa pemerintahan, hak royalti minyak & gas asli Sarawak, serta hak budaya dan sosial wilayah.
- Mengembalikan semula hak royalti minyak dan gas asli Sarawak daripada hanya 5 peratus kepada hanya 40 peratus sahaja hak pemilikan minyak & gas asli Sarawak. Ini termasuk melaksanakan sepenuhnya penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), mewujudkan Suruhanjaya Petroleum Asli Sarawak (SPAS), menggalakkan masyarakat Sarawak menceburi bidang perlombongan gas asli & petroleum Sarawak, dan meningkatkan lagi hasil ekonomi Sarawak.
- Memperkasakan sektor pembangunan sukan negeri serta memantapkan pembangunan infrastruktur dan fasiliti sukan di negeri Sarawak. Ini termasuk pembangunan dan kebajikan atlet-atlet Sarawak, transformasi pembangunan kesihatan dan kecergasan atlet-atlet Sarawak, khidmat kejurulatihan dari luar negara, serta melaksanakan projek pembinaan dan projek menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan & fasiliti sukan di Sarawak.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Senarai parti politik Malaysia
- Politik Malaysia
- Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
- Parti Negara Sarawak (PANAS)
- Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
- Barisan Nasional (BN)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)
- Parti Demokratik Progresif (PDP)
- Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Nota[sunting | sunting sumber]
- Chin, James. 2003. 'The Melanau-Malay Schism Erupts Again: Sarawak at the Polls' in Lok Kok Wah & Johan Saravanamuttu (eds.), New Politics in Malaysia (Singapore: Institute of South East Asian Studies, 2003) (ISBN 981-230-169-0) pp. 213-227
- An review of various "Sons of Soil" concepts by Dr. Bhaskar Dasgupta: http://piquancy.blogspot.com/2006/02/sons-of-soil.html
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Oops, PBB exclusively for Bumiputera, by Stanley Bye Kadam Kiai, 1 March 2010, Sarawak Update". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 2010-04-22.
- ^ Unity in diversity, New Straits Times, Mar 26, 2005