Hijau FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hijau FM
SloganRahmat Untuk Semua
Tarikh siaran pertama16 Mac 2013 (2013-03-16)
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
PemilikParti Islam Se-Malaysia
Siaran web[1]
Tapak webhijau.fm

Hijau FM ialah sebuah stesen radio Internet Malaysia milik Parti Islam Se-Malaysia yang dipancarkan siarannya menerusi Internet di bawah pengurusan Urusetia Media Baru (UMB), Jabatan IT PAS Pusat.

Pelancaran Soft-launch Hijau.fm telah dilakukan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Mac 2013 yang pada ketika itu adalah Ketua Penerangan PAS Pusat. Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Jabatan IT PAS Pusat menerusi Urusetia Media Baru (UMB) telah memulakan perkhidmatan radio internet di bawah jenama Hijau FM bagi menyalurkan maklumat yang tepat dan pantas kepada ahli, petugas parti dan pengundi serta penyokong dalam menghadapi PRU13 yang lepas[1].

Sempena Muktamar PAS ke-59 dan bersiaran pada 22 November, 2013 memulakan satu lagi detik bersejarah kepada Radio Internet PAS. Kehadiran Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ke konti terbuka di Stadium Shah Alam untuk membuat soft launch radio Hijau FM.

Hijau FM mula ke udara mulai 16 Mac 2013, dengan menyiarkan liputan Xpresi Ulama Muda dari Gunung Semanggol, Perak.

Bertemakan "Hijau Harapan Rakyat", Hijau FM terus berkembang menggunakan kedua-dua teknik strategi radio menggunakan fail audio boleh dibuat secara langsung (live) atau secara rakaman.

Rakaman siaran menggunakan aplikasi percuma telefon bimbit pintar: Shoutcast Radio (iPhone & iPad), Winamp (Android) dan TuneIn (iPhone, iPad & Android). Penyiaran yang kecil tidak membebankan pendengar dengan penggunaan internet (download bandwith quota) berbanding siaran television internet atau Youtube.

Untuk mendengar Hijau FM, pendengar boleh mendengar Hijau FM melalui aplikasi Anroid Hijau.FM, Aplikasi Touch ‘n Get, Tune In Radio atau pun melayar laman web Hijau.fm (www.Hijau.fm)[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]