PAS Relief

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PAS Humanitarian Affair & Relief Centre atau PAS Relief merupakan sebuah pusat bagi menangani isu-isu kemanusiaan serantau dan antarabangsa yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia di bawah Lajnah Antarabangsa PAS Pusat. PAS Relief kini diketuai oleh Pengerusi, Tuan Haji Muhamad Sanusi Md Nor[1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PAS Relief ditubuhkan pada Mac 2017, Matlamat khusus penubuhannya antara lain adalah untuk memberi fokus yang serius kepada isu kemanusiaan dalam kalangan Muslim Rohingya di Arakan Myanmar, di kem-kem pelarian, di kalangan komuniti Rohingya di Malaysia dan seluruh dunia.

Selain itu HRC @ PAS Relief akan menjadi plarform mengumpul dan menyalurkan bantuan daripada PAS dan seluruh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa tragedi kemanusiaan di seluruh dunia.

PAS Relief juga akan menjadi pusat pengembelengan sumber dan kepakaran, penganjur program dialog dan perundingan dalam usaha membina peradaban manusia yang menjunjung tinggi nilai-nilai dan norma-norma kemanusiaan sejagat[2].

Projek Kemanusiaan Rohingya PASRelief Terengganu Untuk Misi 13 – 18 November 2017[sunting | sunting sumber]

Rombongan PASRelief Terengganu seramai 10 orang delegasi diketuai Tuan Haji Yahaya Ali bersama Pengerusi PAS Relief Malaysia Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah berjaya melaksanakan beberapa projek kemanusiaan untuk membantu umat Islam Rohingya[3].

Bantuan disampaikan sendiri kepada mereka di kem-kem seperti kem Balukhali, Kem Thengkhali, Kem Palungkhali, Kem Kuthupalong dan Kem Chakmakul.

Sebahagian projek seperti agihan makanan, selimut dan pakaian sekolah untuk anak-anak Rohingya telah dilaksanakan dan sebahagian lain telah diserahkan duit kepada NGO tempatan iaitu Coperation Of Humanity Activities (CHA).

Wakilnya Selimullah Musted Ahmad bertanggungjawab merealisasikan semua projek tajaan PASRelief dan akan memantau serta memberikan laporan untuk semua perkembangan semua projek itu, sehingga siap, insyaAllah.

Projek Projek yang dilaksanakan oleh Pasrelief Terengganu adalah seperti berikut :

  1. Bantuan Makanan (Food Package) – 5,000
  2. Khemah Perlindungan (Shelter Home) – 51 buah.
  3. TelagaTiub (Tubewell) – 44 unit.
  4. Tandas dan Bilik Mandi Wanita (Toilet For Women) – 20 unit.
  5. Selimut (Blanket) – 500 keluarga
  6. Pakaian (Clothes For Students) – 333 unit.
  7. Sekolah (School) – 10 unit termasuk peralatan buku teks.
  8. Masjid – 3 buah
  9. Gaji Guru – 10 orang guru selama 7 bulan.

Semua projek yang bernilai RM500,000 itu telah disumbangkan oleh Rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu. Rombongan mereka juga telah dibawa melihat sendiri projek ‘shelter home’, tubewell’, masjid yang telah dilaksanakan oleh PASRelief sebelum ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]