Mohamed Sukri Omar
Ustaz Mohamed Sukri Omar | |
---|---|
![]() | |
Ketua Pemuda PAS Selangor | |
Memegang jawatan 2021 | |
Didahului oleh | Hanafi Zulkapli |
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Hanafi Zulkapli |
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor | |
Dalam jawatan 2019–2021 | |
Didahului oleh | Hanafi Zulkapli |
Timbalan Ketua Pemuda II, Perikatan Nasional Selangor | |
Dalam jawatan 2021–2022 | |
Didahului oleh | JAWATAN BAHARU |
Digantikan oleh | Muhammad Hanif Jamaluddin |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Zainab binti Omar |
Anak-anak | Safiyya Mohamed Sukri & Muhammad Muaz Mohamed Sukri |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Guru, ahli perniagaan, ahli politik |
Laman web rasmi | www |
Ustaz Mohamed Sukri Omar (Jawi: محمد شكري بن عمر ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau juga adalah Guru Agama Islam dan Ahli Perniagaan. Beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor. Beliau dilantik sebagai AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat (Sesi 2021/2023) dan Timbalan Pengarah (1) Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Sesi 2021/2023). Beliau pernah menyandang Timbalan Ketua Pemuda (2) Perikatan Nasional Negeri Selangor bermula 28 April 2021 hingga 15 Febuari 2022. Pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor pada sesi 2019[1]/ 2021. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah bertanding di Parlimen Pandan tetapi tewas.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Mohamed Sukri Omar berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan. Seterusnya beliau menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan dan memperoleh Sijil Pengajian Agama Khas dan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Perniagaan dan Minor Pengajian Islam di Kolej Jamiah Islamiah Putra atau Kolej JAIPUTRA (kini Kolej Uniti Kota Bharu). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Sana'a, Yaman selama 5 tahun dan berjaya mendapatkan Ijazah Pengajian Ilmu-ilmu Islam, Ijazah Tadris (Keizinan Mengajar) dan ijazah sanad kutub sittah daripada Syeikh Qassim Al-Bahr Al-Yamani di sana[2]. Kini beliau sedang menyelesaikan pengajian Sarjana Falsafah di Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi Eksekutif MS Group Sdn. Bhd.
- Pengerusi Eksekutif Almunir Group Sdn. Bhd.
- Pengerusi Eksekutif Almunir Education Group Sdn. Bhd.
- Pengerusi Eksekutif Almunir Group Travel & Tours Sdn. Bhd.
- Pengarah Eksekutif Al-Munir Centre (Pusat kajian dan kelestarian turath)
- Pernah bertugas sebagai Graduate Research Assistant (GRA), Universiti Teknologi Malaysia
- Mutawwif Umrah dan Haji
- Ahli Perniagaan
- Pendidik
- Guru agama bertauliah
Penglibatan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]
- Pengasas dan Pengerusi Yayasan Al-Munir Malaysia
- Ahli Majlis Penasihat, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2011-2012)
- Timbalan Presiden, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2010-2011)
- Pengerusi Lembaga Disiplin, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2010-2011)
- Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej JAIPUTRA (2005-2006)
- Ketua Pelajar, Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan, Pahang (2002)
Politik[sunting | sunting sumber]
Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah bertanding di Parlimen Pandan mewakili PAS tetapi tewas.
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PH | Wan Azizah Wan Ismail | 64,733 | 75.47 | +75.47 | |
BN | Leong Kok Wee | 12,190 | 14.21 | -15.57 | |
PAS | Mohamed Sukri Omar | 8,336 | 9.72 | +9.72 | |
PRM | Lee Ying Ha | 442 | 0.52 | +0.52 | |
Bebas | Mohd Khairul Azam Abdul Aziz | 73 | 0.09 | +0.09 | |
Jumlah undi sah | 85,774 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 517 | ||||
Kertas undi tidak dipulangkan | 223 | ||||
Turun mengundi | 86,514 | 85.34 | |||
Pengundi berdaftar | 101,319 | ||||
Majoriti | 52,543 | 61.26 | |||
PH kekal | Peralihan | ||||
Sumber "His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, Parliament for the State of Selangor [P.U. (B) 239/2018]" (PDF). Pejabat Peguam Negara Malaysia. 3 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 2018-08-01. "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, Parliamentary Constituencies for the State of Selangor [P.U. (B) 313/2018]" (PDF). Pejabat Peguam Negara Malaysia. 28 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 2018-08-01. |
Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]
Di peringkat parti politik pula, beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor. Beliau juga di lantik sebagai AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat (Sesi 2021/2023) dan Timbalan Pengarah (1) Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Sesi 2021/2023). Beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Shah Alam (Sesi 2021/2023).
Beliau pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda (2) Perikatan Nasional Negeri Selangor bermula 28 April 2021 - 15 Febuari 2022.
Pada sesi 2019[1]/2021 beliau dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor merangkap Ketua Sektor Sumber Manusia Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Pada sesi 2017-2019, beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor pada sesi 2015-2017.
Beliau juga pernah aktif di Parlimen Pandan dan pernah dilantik untuk beberapa jawatan parti di Parlimen tersebut, antaranya:
- Pengerusi Tetap, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2019-2020)
- Ahli Jawatankuasa, PAS Kawasan Pandan (2015-2020)
- Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan (2013-2020)
- Ketua Cawangan PAS Taman Bukit Permai, Pandan. (2017-2020)
- Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
- Timbalan Pengarah Pilihanraya, PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
- Naib Ketua Urusan Ulamak, PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
- Ahli Jawatankuasa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Mohamed Sukri Omar di Web
- Mohamed Sukri Omar di Facebook
- Mohamed Sukri Omar di Twitter
- Mohamed Sukri Omar di Instagram
- Mohamed Sukri Omar di Telegram
- Mohamed Sukri Omar di Portal PRU Sinar Harian
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Wartawan (9 Ogos 2019). "ADUN Islam di Selangor diajak sokong MB". MalaysiaGazette. Dicapai pada 13 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Soal jawab dengan Ustaz Muhammad Sukri Omar, 13 Disember 2020.