Pesuruhjaya PAS Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesuruhjaya PAS Terengganu
Penyandang
Husain Awang
sejak 2017
Anggota bagiJawatankuasa Kerja PAS Pusat Edit the value on Wikidata
InstitusiBadan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Edit the value on Wikidata
Dilantik olehPresiden PAS
Penjawat sulungAhmad Azzam Hanafiah (1957-1959)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pesuruhjaya PAS Terengganu ialah jawatan dan gelaran bagi pengerusi jawatankuasa perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Terengganu. Jawatan ini dilantik oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan parti tersebut..

Senarai[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Pesuruhjaya PAS Terengganu sejak 1954[1][2]:

# Nama Tempoh khidmat Catatan
Pesuruhjaya PAS Daerah Pantai Timur
1 YB Mohd Asri Muda 1954 - 1955 Dilantik sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu Tengah pada 1959
Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu
2 YB Mohd Asri Muda 1955 - 1956
Pesuruhjaya PAS Terengganu
3 Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah 1957 - 1959
Pengerusi Jawatankuasa Darurat PAS Terengganu
- Wan Hussein Azmi Wan Abdul Kadir 1959 - 1960
Pesuruhjaya PAS Terengganu
4 Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah 1960 - 1961
5 Haji Mohd Daud Abdul Samad 1961 - 1963
6 Ustaz Haji Omar Shukri Embong 1963 - 1966
7 YB Haji Mohd Daud Abdul Samad 1966 - 1972 Merupakan Ahli Parlimen Besut ketika dilantik
8 Ustaz Haji Kassim Ahmad 1972 - 1975 Merupakan ADUN Marang ketika dilantik
9 Haji Abdul Wahab Yunos 1975 - 1982
10 YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 1982 - 1989 Merupakan ADUN Marang ketika dilantik
11 Ustaz Haji Harun Taib 1989 - 1997
12 Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 1997 - 2005 Merupakan Ahli Parlimen Marang ketika dilantik
13 YB Datuk Mustafa Ali[3] 2005 - 2009 Dilantik sebagai Ahli Parlimen Dungun pada 1999
14 Datuk Ustaz Haji Harun Taib 2009 - 2011 Merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
15 YB Mohd Abdul Wahid Endut[4] 2011 - 2013 Merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu ketika dilantik
16 YB Satiful Bahari Mamat[5] 2013 - 2017 Merupakan ADUN Paka ketika dilantik
17 YB Tuan Guru Haji Husain Awang[6] 2017 - kini Dilantik sebagai Senator pada 2018

Jawatankuasa Darurat[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Darurat PAS Terengganu diwujudkan bagi menyelesaikan konflik dalaman PAS Terengganu melibatkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ahmad Azzam Hanafiah dan Menteri Besar Terengganu yang dilantik, Mohd Daud Abdul Samad. Pada 16 Oktober 1959, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah mencadangkan supaya Ustaz Ahmad Azzam dilucutkan jawatan dan dibentuk Jawatankuasa Darurat. Cadangan ini kemudiannya disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 25 Oktober 1959.

Jawatankuasa Darurat PAS Terengganu yang bentuk adalah terdiri daripada Wan Hussein Azmi Wan Abdul Kadir (Pengerusi), Da Abdul Jalil Awang (Timbalan Pengerusi), Tengku Bijaya Sura (Bendahari), Syed Abdullah Alwi (Setiausaha), Ngah Muhammad, Ustaz Omar Shukri Embong, Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar, Syed Noah dan Wan Azizah sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa, selain Yang Dipertua PAS Cawangan-cawangan. Kemelut berlanjutan sehingga Kerajaan Negeri yang ditadbir PAS tumbang pada 1961[7].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Nasir Awang (15 Ogos 2000). "Sejarah PAS di Terengganu". Gemersik Bayu Pantai. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
  2. ^ Mohd Fadli Ghani (2016). Sejarah PAS 1951-1957 : membina jiwa merdeka. Kuala Lumpur: Penerbitan Harakah.
  3. ^ "Mustafa Ali ganti Hadi sebagai pesuruhjaya PAS Terengganu". Malaysiakini. 16 Jun 2005. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
  4. ^ "YB Wahid Endut Pesuruhjaya Baru PAS Terengganu". Pemuda Ladang. 12 Jun 2011. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
  5. ^ "Satiful Bahri Mamat Dilantik Pesuruhjaya Baru Pas Terengganu". Teganuku. 3 Disember 2013. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
  6. ^ "Dato' Ustaz Husein Awang Pesuruhjaya PAS Terengganu Yang Baharu". Buletin Onlines. 6 Mei 2017. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
  7. ^ Mohd Fadli Ghani (7 Mei 2016). "Ustaz Ahmad Azzam Dilantik Semula Sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu Selesaikan Krisis". Akauntan Haraki. Dicapai pada 14 Oktober 2021.