Mohd Mazri Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dr Mohd Mazri Yahya adalah seorang pegawai perubatan, aktivis kemasyarakatan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor[1]. Dalam organisasi masyarakat, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Negeri Johor[2].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau menamatkan pengajian dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1994, dan menyambung pengajian pascasiswazah sebagai Sarjana dalam Pembedahan dari tahun 1997 hingga 2001 di Universiti yang sama. Beliau menamatkan kursus latihan berstruktur 4 tahun dengan pelbagai posisi. Beliau menamatkan latihan Kepakaran Khusus dalam Pembedahan Vascular & Endovascular di Jabatan Pembedahan Hospital Kuala Lumpur dan diikuti tawaran kerja setahun di Jabatan Pembedahan Vaskular, Hospital Diraja Perth sebagai Pendaftar Kanan[3].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Master of Surgery (MS), 2001, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Medical Degree. (M.D), 1994, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • B.Sc. in Medicine,1992, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]