Aminurraasyid Yatiban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Madya Dr.

Aminurraasyid Yatiban

Ph.D (Aberdeen)
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Memegang jawatan
15 Disember 2020
Butiran peribadi
LahirAminurraasyid bin Yatiban
KerakyatanMalaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Alma materUniversiti Aberdeen
ProfesionAhli akademik

Profesor Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban merupakan seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau bertugas sebagai Profesor Madya di Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Beliau merupakan pengarah pertama dan masih menyandang sebagai pengarah di Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia.

Pada tahun 2020, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[1].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Aminurrasyid memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pengajian Baitulmaqdis dari Institut Al-Maktoum, Universiti Aberdeen, Scotland pada 2006. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Perbezaan dari University of Abertay, Dundee, Scotland pada 2003. Terdahulu pada tahun 1998, beliau telah menamatkan ijazah Sarjana Muda dalam Perundangan Islam (Syariah) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menjadi pensyarah di UUM, beliau pernah menjadi Pensyarah Kanan di University Malaysia Kelantan. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Akademi Pengajian Baitulmaqdis (ISRA) yang berpusat di United Kingdom.

Di United Kingdom, beliau menjadi felo pengajar di Institut Al-Maktoum. Sebagai seorang ahli akademik, beliau banyak terlibat dalam beberapa seminar dan persidangan peringkat negara dan antarabangsa. Beliau juga aktif dalam menyumbang beberapa rencana dalam jurnal ilmiah, dan dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat sidang redaksi antarabangsa bagi Jurnal Pengajian Baitulmaqdis, UK.

Pada tahun 2005, beliau memperoleh geran dana penyelidikan bagi mengkaji manuskrip dan peninggalan bersejarah yang mempunyai hubungan antara Charlemagne dan Harun al-Rasyid sebagai model bagi Konsep Islam dalam Hubungan Antarabangsa di Treasury Room, Munster, Reichenau Island, Jerman dan Perpustakaan Abbey (Stiftsbibliothek) di St. Gallen, Switzerland.

Aminurraasyid juga aktif dalam memberi ceramah agama dan bimbingan di seluruh negara dan antarabangsa. Beliau sering muncul di kaca televisyen Malaysia sebagai ahli panel bagi membincangkan isu-isu antarabangsa, sosiopolitik, akademik dan agama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)