Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Faizi Ahmad Kamil KMN | |
|---|---|
| خير الفاءيزي احمد کامل | |
| Ketua Penerangan Parti Perikatan Nasional Johor | |
| Menyandang jawatan 15 Januari 2021 | |
| Didahului oleh | Penyandang sulung |
| Penolong Setiausaha Agung PAS | |
| Menyandang jawatan 2013 | |
| Didahului oleh | Takiyuddin Hassan |
| Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
| Dalam jawatan 2010–2013 | |
| Didahului oleh | Kamaruzaman Mohamad |
| Digantikan oleh | Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus |
| Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor | |
| Dalam jawatan 2005–2011 | |
| Didahului oleh | Mazlan Aliman |
| Digantikan oleh | Suhaizan Kaiat |
| Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang | |
| Menyandang jawatan 2011 | |
| Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia | |
| Dalam jawatan 2005–2007 | |
| Pengarah PASTI Negeri Johor | |
| Dalam jawatan 2000–2005 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Januari 1973 |
| Parti politik | |
| Kediaman | |
| Pekerjaan | Ahli politik, Penulis, Penceramah |
Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil (Jawi: خير الفاءيزي احمد کامل; lahir 11 Januari 1973) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang, Johor. Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional negeri Johor[1].
Beliau adalah merupakan mantan Ketua Pengarah Pertubuhan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) tahun bermula tahun 2019 sehingga 2025.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada 15 Mei 2020 sehingga 8 Mac 2021 dan Pengerusi Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) pada 15 November 2020 sehingga 30 September 2021. Kedua-dua GLC ini di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selain itu, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) pada tahun 2020.
Beliau juga adalah merupakan Pengerusi Jabatan Arkib PAS Pusat. Di antara penerbitan beliau adalah buku Tujuh Dekad PAS Negeri Johor pada ahun 2024.[2]
Latarbelakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam (1980) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kluang (1981-1985). Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh (1986-1990). Memperolehi Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Diploma Tasawur Islam (ILHAM), Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memperolehi Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemasyarakatan (Sains Politik/Pengurusan)
Penglibatan di dalam politik
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah seorang aktivis PAS sejak daripada tahun 1997 lagi. Beliau pernah menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia tahun 2004, 2008, 2013, 2018 dan 2022.
Penglibatan dalam Kajian Bencana Alam
[sunting | sunting sumber]Penglbatan beliau dalam MEDM/Khidmat Malaysia sejak tahun 2014 telah membawa beliau terlibat dengan kajian bencana alam khususnya di Malaysia. Kajian dan penulisan beliau berkaitan dengan bencana dapat diakses di blog beliau; khairulfaizi.com.my
Pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Individu | Parti | Undian | Lawan | Parti | Undian | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | DUN Mahkota, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 4,107 | Gapar Gurrohu | BN (UMNO) | 19,045 | 14,938 |
| 2008 | DUN Mahkota, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 9,009 | Md Jais Sarday | BN (UMNO) | 17,489 | 8,480 |
| 2013 | DUN Mahkota, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 18,323 | Md Jais Sarday | BN (UMNO) | 19,431 | 1,108 |
| 2018 | DUN Jementah, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 1,986 | Chiam Yok Meng | BN (MCA) | 9,335 | 7,001 |
| Tan Chen Choon | PH (DAP) | 16,336 | ||||||
| Parlimen Segamat, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 2,676 | Subramaniam Sathasivam | BN (MIC) | 18,584 | 5,476 | |
| Santhara Kumar Ramanaidu | PH (PKR) | 24,060 | ||||||
| 2022 | N24 Senggarang | Khairul Faizi Ahmad Kamil (PAS) | PN (PAS) | 5,624 | Mohd Yusla Ismail | BN (UMNO) | 9,725 | 3,912 |
| Abd Hamid Jamah | PH (Amanah) | 5,813 | ||||||
| Zalihah Jaafar | Pejuang | 168 | ||||||
| Baharudin Abdullah | Bebas | 227 |
Motivasi
[sunting | sunting sumber]Beliau sering memberikan ceramah dan pengendalian kursus berkaitan dengan pengurusan motivasi dan pernah menjadi kolumnis Harakah dalam ruangan pengurusan dan pentadbiran. Pernah menerbitkan pelbagai Manual Pengurusan PAS dan telah menulis buku Pengurusan Organisasi Haraki (2017), Poligami (2018) dan Rahsia Mesyuarat Berkualiti dan Berkesan (2018) yang diterbitkan oleh Minda Sejahtera Resources.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]
Malaysia:
Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) – (2021)[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Muhamad Aimy Ahmad (15 Januari 2021). "PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ pautan, Dapatkan; Facebook; X; Pinterest; Lain, Apl (2024-03-19). "19 MAC 2024 : TUJUH DEKAD PAS NEGERI JOHOR". Dicapai pada 2025-12-16.
- ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.