Pusat Penyelidikan PAS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pusat Penyelidikan PAS atau PPP merupakan sebuah badan pemikir yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia dengan penekanan kepada gerak kerja yang bersifat jangka panjang atau polisi-polisi negara yang memberi kesan besar kepada situasi PAS dalam politik Malaysia. PPP dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diuruskan oleh Pengarah, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Timbalan Pengarah, Ustaz Zaharuddin Mohammad. Kedua-dua Pengarah dan Timbalan Pengarah merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PPP ditubuhkan pada tahun 1997 ketika zaman kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor. Pengarah pertama PPP ialah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ibu pejabat pertamanya di Pejabat Harakah, Jalan Pahang.

PPP kemudian diambil alih oleh Dr. Dzulkelfy Ahmad (1999-2008) dan Ustaz Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff (2008-2011). PPP dipimpin semula oleh Dr. Dzulkefly Ahmad dengan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif PPP manakala Dr. Zuhdi dilantik sebagai Pengarah Operasi PPP pada 2011-2015, dan kini ia diuruskan oleh Pengarah, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Timbalan Pengarah, Ustaz Zaharuddin Mohammad.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Menjadikan PPP sebagai pencetus dan minda kepada parti (the brains of the party). Merangka dan mendokumentasikan cadangan-cadangan polisi awam untuk PAS. Berfungsi sebagai pangkalan untuk para pengkaji dalam PAS. Bertindak sebagai konsultan (advocacy) kepada lajnah-lajnah dalam organisasi PAS. Mengadakan kajian samada melalui proprietary research dan mengumpulkan bahan kajian dari sumber lain. Menganjurkan program-program seperti seminar, wacana dan bengkel-bengkel sumbang saran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]