Jabatan AMAL Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai “Unit Amal” merupakan salah satu jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Jabatan Amal ini berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh pemuda dan ahli Parti Islam Se-Malaysia. Penubuhan Unit Amal adalah selaras dengan keperluan dan kehendak anak muda masa kini yang sentiasa ingin melibatkan diri dalam masayarakat dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan kebajikan.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini bermula pada tahun 1991. Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu[1] yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.

Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan

Di atas kecemerlangannya, Unit Amal Malaysia telah di naiktaraf kepada Jabatan Amal Malaysia pada tahun 2007 dan seterusnya memperkenalkan Logo Jabatan Amal yang baru.

Ketua-ketua Pengarah[sunting | sunting sumber]

Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat. Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.

Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002 sehingga 2005. Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.

Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin Ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan besar telah dilakukan oleh Unit Amal dalam member tumpuan terhadap perhubungan dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.

Saudara Juhari Osman memegang jawatan Ketua Pengarah yang ke-4 sehingga 2015 dan berjaya meneruskan kecemerlangan Jabatan Amal Malaysia selepas Ustaz Jamsari meletakan jawatanya pada tahun 2009. Di bawah pimpinan Juhari, Jabatan Amal Malaysia terus bertambah. Kini Jabatan Amal sudah berada di seluruh negeri dan telah memperluaskan amalnya sehingga ke peringkat antarabangsa

Ketua Pengarah ke-5 ialah Mohd Nazree Mohd Aris yang telah memperkenalkan Kor Medik & Penyelamat Jabatan Amal Malaysia[2] dan akan membentuk kepelbagaian lain[3].

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Jabatan Amal Malaysia mempunyai Bahagian yang mempunyai fungsi masing-masing.

Bahagian Operasi mempunyai Kor Medik dan Penyelamat yang berfungsi sebagai penyelamat dan perubatan. Kini di bawah Kor ini, Jabatan Amal Malaysia mempunyai Unit Marin yang berfungsi bagi operasi mencari dan menyelamat di kawasan air. Selain itu, Bahagian Operasi yang lebih khusus kepada perancangan dan perlaksanaan sesuatu operasi turut mempunyai Kor Jurutera, Kor Semboyan, Kor Trafik dan juga Kor Tugas Khas.

Bahagian Latihan pula berfungsi untuk perancangan latihan, perlaksanaan latihan, kejurulatihan dan penyelarasan pangkat. 

Bahagian Kebajikan pula berfungsi untuk merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah, tarbiah dan kebajikan dengan bertujuan menyampaikan risalah dakwah menerusi kerja kebajikan yang mana di bawahnya terdapat Kor Tarbiah dan Dakwah serta Kor Kebajikan.

Bahagian Pelapis bertanggungjawab bagi membentuk generasi muda yang beriman, beramal Islami dan bertakwa, dengan menguruskan Kadet Amal dan Briged Amal.

Bahagian Staf pula berfungsi sebagai sekretariat urus tadbir oleh Ketua Pegawai Tadbir dan Ketua Pegawai Kewangan. 

Peranan[sunting | sunting sumber]

Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam khidmat masyarakat seperti membantu mangsa kebakaran, banjir besar dan sebagainya. Jolokan “Tentera Merah"[4] telah diberikan kepada mereka ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir besar beberapa tahun lepas, Unit Amal turun membantu dan menjalankan tugas-tugas penyelamat. Bencana Banjir besar yang melibatkan beberapa negeri di Pantai Timur baru-baru ini telah menyebabkan ramai penduduk yang terputus bekalan makanan, hilang tempat tinggal dan juga tiada keperluan asas untuk hidup

Sekali lagi Unit Amal diberi kepercayaan oleh pelbagai Parti PAS dan pelbagai NGO[5] untuk turun dan bantu mangsa-mangsa banjir. Bantuan yang disalurkan oleh badan-badan NGO, melalui bantuan Unit Amal ini melibatkan pengagihan makanan, minuman dan juga pakaian kepada penduduk setempat.

Selain itu, Unit Amal juga terlibat membantu penduduk di semua tempat yang mengalami bencana ribut dengan membantu penduduk membaiki dan membina rumah-rumah mangsa akibat dilanda banjir, hujan yang lebat berserta angin yang kuat. Kerja-kerja khidmat masyarakat lain seperti gotong royong bersama masyarakat setempat juga antara objektif awal penubuhan Unit Amal ini.[6]

Selain itu Unit Amal juga seringkali dilihat bertugas menjaga lalulintas jalan raya semasa ceramah, muktamar PAS atau perhimpunan diadakan. Dengan pakaian rasmi mereka t-shirt dengan beret berwarna merah hati / maroon mereka kelihatan segak bertugas dalam memastikan keselamatan ahli-ahli PAS atau peserta himpunan dari mereka yang cuba mencetuskan rusuhan dan keganasan. Unit Amal menjadi harapan sebagai benteng keselamatan peserta himpunan dari sebarang keganasan dan provokasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]