Maria Chin Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maria Chin Abdullah
Bersih 4 maria chin abdullah.JPG
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Petaling Jaya
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehHee Loy Sian
Butiran peribadi
LahirMary Chin Cheen Lian
1956 (umur 62–63)
United Kingdom
KerakyatanMalaysia
Parti politikBebas
KediamanKuala Lumpur
PendidikanBSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning
Alma materUniversiti London
PekerjaanPejuang pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

YB Maria Chin binti Abdullah (lahir Mary Chin Chee Lian; 1956) merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau memegang ijazah dalam BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, Universiti London.

NGO[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990-an dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif Kolektif Pembangunan Wanita (Women'sterus Development Collective) sehingga 2005. Beliau mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita ternasuk online dan offline dan juga hak wanita Islam.

Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) - yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, utamanya wanita dan remaja.[1] EMPOWER, sebagai ahli, bekerjasama dengan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) untuk mempertahankan hak-hak wanita. Pada 24 Oktober 2013, JAG memenangi Anugerah Bangsa-bangsa Bersatu Matlamat Pembangunan Millenium (United Nations Millenium Development Goals) Ketiga untuk Kesaksamaan Gender (Gender Equality). EMPOWER juga bekerjasama dan Sekretariat Bersama dengan SUARAM kepada COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia untuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu [BERSIH 2.0] pada tahun 2009 dan EMPOWER ialah Sekretariat kepada BERSIH 2.0. Beliau juga Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidekan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women - ARROW) sejak 2010.

Pilihan Raya Umum ke 14 (2018)[sunting | sunting sumber]

Maria Chin Abdullah menyatakan keinginan diri dia untuk bertanding pada PRU14 yang akan datang. Beberapa lama selepas beliau menyatakan bahawa beliau ingin bertanding, Maria Chin Abdullah telahpun memilih kawasan pilihan raya parlimen Petaling Jaya Utara dan akan bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Selepas persempadanan semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) nama bagi Petaling Jaya Utara telah ditukar kepada Petaling Jaya manakala petaling jaya selatan ditukar kepada Damansara. Selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14, beliau telah berjaya menewaskan calon daripada Barisan Nasional dan beliau mendapat gelaran Yang Berhormat.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]