Presiden Parti Islam Se-Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Kemasan
Baris 44: Baris 44:
| [[Mohd Asri bin Haji Muda|Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda]] ''<small>(Pemangku ketika Dr Burhanuddin ditahan ISA)</small>''
| [[Mohd Asri bin Haji Muda|Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda]] ''<small>(Pemangku ketika Dr Burhanuddin ditahan ISA)</small>''
| [[1965]] - [[1966]]
| [[1965]] - [[1966]]
| rowspan="2" |Dato' Mohd Asri Haji Muda
| rowspan="2" |[[Mohd Asri bin Haji Muda|Dato' Mohd Asri Haji Muda]]
| rowspan="2" |[[1966]] - [[1969]]
| rowspan="2" |[[1966]] - [[1969]]
|-
|-
Baris 55: Baris 55:
|1969 - 1977
|1969 - 1977
|-
|-
|[[Abu Bakar Umar (Politik)|Ustaz Dato' Abu Bakar Umar]]
|[[Abu Bakar Bin Umar|Ustaz Dato' Abu Bakar Umar]]
|1977 - 1981
|1977 - 1981
|-
|-

Semakan pada 08:59, 14 Jun 2020

Presiden PAS merujuk kepada jawatan eksekutif tertinggi dalam Parti Islam Se-Malaysia. PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam di Malaysia, merupakan salah sebuah parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan dan merupakan kerajaan di negeri Terengganu dan Kelantan di Malaysia pada PRU 14 yang lalu. Presiden pertama PAS ialah Ustaz Ahmad Fuad Hassan.

Tugas-tugas Presiden

Sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 26 (1), Presiden berperanan :

  1. Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.
  2. Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
  3. Melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihan Raya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
  4. Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing.
  5. Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Presiden juga berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan PAS sepertimana termaktub dalam Fasal 76 (2)(a) Perlembagaan PAS.

Senarai Presiden PAS

Nama Tempoh perkhidmatan Timbalan Presiden Tempoh perkhidmatan
Haji Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953 Ustaz Haji Ghazali Abdullah 1951 - 1953
Ustaz Haji Mansor Hassan JP 1953
Dr Haji Abbas bin Haji Alias 1953
Dr Haji Abbas bin Haji Alias 1953 - 1956 Cikgu Ahmad Awang 1954 - 1956
Dr Burhanuddin bin Haji Mohd Noor al-Hilmi 1956 - 1965 Prof Dr Zulkifli Muhammad 1956 - 1964
Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin ditahan ISA) 1965 - 1966 Dato' Mohd Asri Haji Muda 1966 - 1969
Dr Burhanuddin bin Haji Mohd Noor al-Hilmi 1966 - 1969
Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda 1969 - 1982 Ustaz Dato' Hassan Adli Mohd Arshad 1969 - 1977
Ustaz Dato' Abu Bakar Umar 1977 - 1981
Tuan Guru Haji Yusuf Abdullah Rawa 1981 - 1982
Tuan Guru Haji Yusuf Abdullah Rawa 1982 - 1989 Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor 1982 - 1989
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002 Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 1989 - 2002
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 - kini kosong 2002 - 2003
Ustaz Hassan Shukri 2003 - 2005
Ustaz Nasharudin Mat Isa 2005 - 2011
Mohamad Sabu 2011 - 2015
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 2015 - kini