PRC UK Eire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PAS Representative Council United Kingdom & Ireland atau PRC UK Eire (Bahasa Melayuː Majlis Perwakilan PAS United Kingdom & Ireland) merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia bagi membantu menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dengan parti di UK dan Republik Ireland, termasuk benua Eropah. Ia dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi United Kingdom dan Ireland umumnya.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Dirasmikan penubuhannya pada 24 Disember 2010 di Manchester Conference Centre (MCC), Manchester, UK oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom & Ireland. Keanggotaan awal adalah seramai 100 orang rakyat Malaysia[1].

Peranan PRC[sunting | sunting sumber]

Selain menjadi perantara di antara PAS dengan organisasi-organisasi politik[2], badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan Islam serta kebajikan, majlis ini juga berperanan untuk menjadi medium penghubung dua hala di antara Parti, masyarakat Malaysia di luar negara.

Antara aktiviti PRC UK Eire ialah menganjurkan pertemuan maya - Online Teleconference dan mangadakan pertemuan berjumpa di UK & Ireland sendiri bersama pemimpin-pemimpin & tokoh-tokoh PAS di Malaysia seperti Ustaz Nasruddin Hassan , Ir ̺Muhtar Suhaili dan Dr Rosni Adam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]