PRC Western Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PAS Representative Council Western Australia (Bahasa Melayuː Majlis Perwakilan PAS Western Australia) merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia bagi membantu menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dengan parti di Australia Barat khususnya. Ia dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di Australia bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi Australia khasnya.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Dirasmikan penubuhannya pada Januari 2012 oleh Tuan Haji Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Australia, khususnya Perth.

Peranan PRC[sunting | sunting sumber]

Selain menjadi perantara di antara PAS dengan organisasi-organisasi politik[1], badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan Islam serta kebajikan, majlis ini juga berperanan untuk menjadi medium penghubung dua hala di antara Parti, masyarakat Malaysia di luar negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]