Pengguna:Saiff Naqiuddin/Kotak pasir 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
Anugerah semasa:
Anugerah Juara Lagu ke-36
Logo Anugerah Juara Lagu
PenghargaanPrestasi dalam industri muzik
Negara Malaysia
Disampaikan olehTV3
Anugerah pertamaDisember 1986
Kini dipegang oleh"Pelukan Angkasa"
Nyanyian: Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah
Muzik: Raja Nazrin Shah
Lirik: Fazleena Hishamuddin
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayanganKira-kira 2½ jam
Diterbitkan olehPrimeworks Studios

Anugerah Juara Lagu, atau yang biasa dikenali dengan akronim AJL, ialah pertandingan muzik tahunan yang popular di Malaysia, dianjurkan oleh TV3 sejak 1986. Ia menampilkan gubahan muzik dan lirik terbaik setiap tahun ia diadakan. Pencalon diperoleh daripada senarai kebanyakan lagu berbahasa Melayu yang telah mendapat undian terbanyak dalam Muzik Muzik sepanjang tahun, dan kemudian mara ke separuh akhir, yang mana dua belas lagu akan dicalonkan oleh panel hakim untuk menjadi pemenang Juara Lagu.

Sejarah dan latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, Juara Lagu diperkenalkan sebagai rancangan yang mempunyai format penerbitan yang mudah agar senang difahami dan diikuti penonton. Anugerah Juara Lagu bermula pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton buat bertahun-tahun. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 ialah perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam. Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya.

Pada tahun-tahun awal Juara Lagu, peserta pertandingan akhir disaring daripada juara bulanan. Pada peringkat awal penganjuran juga, orang awam turut membuat pencalonan dan pemilihan menerusi akhbar harian tempatan. Sehingga tahun 1991, setiap juara bulanan layak disaringkan ke peringkat akhir. Mulai tahun 1992, format Juara Lagu telah diubah dengan memperkenalkan kategori dengan tujuan menggalakkan penyertaan daripada genre seperti irama tradisional dan balada kerana genre rock yang banyak mendominasi ketika itu.

Perubahan secara tetap telah dilakukan ke atas format rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik Muzik sekarang. Format carta ini memberi peluang kepada lagu-lagu baru untuk memasuki carta pada setiap minggu. Lagu-lagu yang berjaya disaringkan akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Pada tahun 2009, pertandingan mengikut kategori dimansuhkan kerana kekurangan penyertaan yang amat kritikal daripada lagu-lagu berunsurkan irama tradisional dan etnik kreatif.

Anugerah Juara Lagu diadakan sama ada pada hujung tahun tersebut atau pada awal tahun berikutannya. Lokasi AJL yang menjadi gelanggang kepada artis dan penggubah tanah air beradu bakat pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA; Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas Dua, Dewan Bandaraya Shah Alam, Dewan Merdeka, PWTC, Stadium Malawati Shah Alam, Axiata Arena dan Stadium Putra Bukit Jalil.

Juara Lagu juga pernah menjemput juri-juri profesional tempatan dan antarabangsa terutama dari rantau Melayu seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun untuk mengadili pertandingan akhir. Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis.

  • 1986 - "Juara Lagu kali pertama dianjurkan"
  • 1988 - "Juara Lagu ditayangkan di beberapa negara Asia melalui kerjasama televisyen (Jepun, Indonesia dan Filipina)
  • 1992 - "Sistem pengasingan kategori mengikut genre diperkenalkan tanpa anugerah Persembahan Terbaik. Kategori Terbuka dimansuhkan"
  • 1993 - "Penjenamaan semula kategori daripada Pop Kreatif kepada Balada, Rock kepada Pop Rock; manakala penyertaan lagu klasik gubahan semula dimansuhkan"
  • 1994 - "Juara Lagu pertama kali diadakan tanpa iringan pemuzik; juri undangan"
  • 1995 - "Penglibatan juri awam dari 4 lokasi seluruh negara"
  • 1996 - "Piala Juara Lagu versi moden diperkenalkan; digunakan hingga kini. Pemuzik iringan ditampilkan semula"
  • 1997 - "Logo Juara Lagu versi moden diperkenalkan, digunakan hingga kini"
  • 1998 - "Juara Lagu diadakan tanpa iringan pemuzik, tanpa penaja utama dan bersiaran dari studio ekoran kegawatan ekonomi"
  • 1999 - "Muzik montaj Muzik Muzik/Juara Lagu diperkenalkan semua; kerjasama pertama AJL bersama pengarah muzik Ramli M. S."
  • 2000 - "AJL mula bersiaran melalui platform digital (streaming) dan radio"
  • 2001 - "Sistem undian sistem pesanan ringkas (SMS) diperkenalkan untuk penjurian awam sebanyak 70%. Juara Lagu diadakan tanpa pemuzik"
  • 2002 - "Juara Lagu dijenamakan sebagai Anugerah Juara Lagu"
  • 2004 - "Anugerah Juara Lagu mula bersiaran dari Stadium Putra (Axiata Arena)"
  • 2007 - "Kuota penyertaan mengikut kategori diubahsuai bagi memasukkan lagu yang lebih banyak daripada genre popular"
  • 2008 - "Penyertaan pertama lagu secara Wildcard - "Dingin" (Azlan Abu Hassan)"
  • 2009 - "Kategori Terbuka kembali diperkenalkan setelah pengasingan mengikut genre dimansuhkan"
  • 2011 - "Anugerah Juara Lagu mencipta rekod penontonan secara langsung tertinggi dalam sejarah siaran hiburan televisyen iaitu sebanyak 6.5juta penonton"
  • 2016 - "Undian dalam talian diperkenalkan untuk penjurian awam, menggantikan sistem pesanan ringkas (SMS)"
  • 2019 - "Dua persembahan peserta diharamkan daripada tayangan digital setelah penampilan secara langsung menampilkan elemen yang tidak dibenarkan"
  • 2020 - "Anugerah Juara Lagu berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat 2021; diadakan pertama kali tanpa penonton di dewan acara. Perakuan akujanji peserta untuk mengikuti syarat persembahan yang dipiawaikan diperkenalkan"

Senarai Penganjuran[sunting | sunting sumber]

Tahun/Edisi Tarikh Tempat Penerbit/Penerbit Eksekutif Pengacara dan pembantu acara Pengarah Muzik Ketua Juri Penaja Utama Penontonan (Rating)
AJL1
1986
Disember 1986 Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur
Frank Tian Zainal Abas
Habibah Yusof
Ooi Eow Jin Johari Salleh Dynamo (Colgate-Palmolive) / Mesiniaga
AJL2
1987
20 Disember 1987 Mokhtar Abu Bakar Karim Muhammad
Noorkumalasari
Player's Gold Leaf
AJL3
1988
23 Disember 1988 ND Lala
Charmaine Agustine
Panasonic
AJL4
1989
30 Disember 1989 Mohd Asri Zulkifli
Frank Tian
Azwan Ali
Charmaine Agustine
AJL5
1990
30 Disember 1990 Tan Guat Eyu Ahmad Merican Ahmad Merican Sharp
AJL6
1991
29 Disember 1991 Mokhtar Abu Bakar Azwan Ali
Melissa Saila
Intan Rozila
AJL7
1992
20 Disember 1992 Dewan San Choo, Wisma MCA, Kuala Lumpur Nik Ramzi Nik Hassan Azwan Ali
Haleeda Mazlin
Rina Khan
Wohnen
Panasonic
AJL8
1993
19 Disember 1993 Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur
Mohd Asri Zulkifli Azwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
Aznil Nawawi
Purnama Booty Ahmad Nawab Biore (Kao Marketing) 3 juta
AJL9
1994
16 Disember 1994 Nik Ramzi Nik Hassan Azwan Ali
Salih Yaacob
Sharifah Haslinda
Jayamani Kandasamy
Mazlan Pet Pet
Shamsul Ghau Ghau
Minus One (Tiada Orkestra) Wah Idris
AJL10
1995
Disember 1995 Tan Guat Eyu Azwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
Shamsul Ghau Ghau
Iwan Dasri
Maya Ruslee
Mamat
Azie
Shajiry Dameri
Ooi Eow Jin Telekom Malaysia
AJL11
1996
28 Disember 1996 Azwan Ali Salih Yaacob
Fauziah Ahmad Daud
Anuar Dahalan Malakoff
AJL12
1997
27 Disember 1997 Khalid Ahmad
Rasidah Karim
Shamsul Ghau Ghau
Anne Hamid
Aznul Haidi MIMOS (MSC Malaysia)
AJL13
1998
6 Disember 1998 Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam Kamarul Zamli Ramly Minus One (Tiada Orkestra) 2.5 juta
AJL14
1999
5 Disember 1999 Auditorium MBSA, Shah Alam Khalijah Mohammed Kelvin Ong
Normala Samsuddin
Aznul Haidi Wah Idris KFC 3.8 juta
AJL15
2000
19 November 2000 Hemanathan Paul
Ismadi Ismail
Aidiel Abdul Ghaffar
Zalina Azman
Intan Suraya
Ramli M.S. Johari Salleh MIMOS
AJL16
2001
30 Disember 2001 Muhamad Sufian Isa
Micheal Christian Simon
Aidiel Abdul Ghaffar
Zalina Azman
Minus One (Tiada Orkestra) TIME
AJL17
2002
12 Januari 2003 Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur
Ismadi Ismail Ary Malik
Intan Suraya
Ramli M.S.
AJL18
2003
28 Disember 2003 Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Kama Azman Aznil Nawawi
Sarimah Ibrahim
Ooi Eow Jin
AJL19
2004
16 Januari 2005 Rasidah Karim
Muhamad Sufian Isa
Najip Ali
Sarimah Ibrahim
Cheryl Samad
Farihin Abdul Fatah L'oreal Paris
AJL20
2005
5 Februari 2006 Nurhul Huda Khalid Cheryl Samad
Ally Iskandar
Farah Fauzana
Amy Mastura
Ezlynn
4.7 juta
AJL21
2006
21 Januari 2007 Tengku Sahilawaty Tengku Jehori Cheryl Samad
Ally Iskandar
Farah Fauzana
Azhar Borhan 4.19 juta
AJL22
2007
27 Januari 2008 Cheryl Samad
Ally Iskandar
Farah Fauzana
Faizal Ismail
4.7 juta
AJL23
2008
18 Januari 2009 Roslina Abdul Rahman Cheryl Samad
Ally Iskandar
Faizal Ismail
Azmeer STAGE Cosmetics
AJL23
2008
18 Januari 2009 Cheryl Samad
Ally Iskandar
Faizal Ismail
AJL24
2009
10 Januari 2010 Ahmad Shaifullizam Arshad Cheryl Samad
Ally Iskandar
Faizal Ismail
Fauzi Marzuki Maxis (Hotlink) 5.0 juta
AJL25
2010
9 Januari 2011 Cheryl Samad
Ally Iskandar
Faizal Ismail
M. Nasir 4.2 juta
AJL26
2011
29 Januari 2012 Nurhul Huda Khalid Cheryl Samad
Faizal Ismail
Azmeer Celcom (X-Pax) 6.5 juta
AJL27
2012
6 Januari 2013 Hamsiah Biri
Tengku Sahilawaty Tengku Jehori
Cheryl Samad
Faizal Ismail
6.0 juta
AJL28
2013
26 Januari 2014 Azman Abdul Ghaffar
Zaini Saidi
AG Selamat
Scha Al-Yahya
Hunny Madu
AJL29
2014
18 Januari 2015 Nurhul Huda Khalid AG Selamat
Scha Al-Yahya
Juliana Evans
Vida Beauty
AJL30
2015
24 Januari 2016 Stadium Malawati, Shah Alam AG Selamat
Farah Fauzana
Juliana Evans
6.2 juta
AJL31
2016
22 Januari 2017 Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur
Farah Fauzana
Fizie Hot FM
Awal Ashaari
Sarimah Ibrahim
Hefny Sahad
Liza Khairuddin
Liza Abdullah
Honda, Samsung Galaxy & CJ Wow Shop 6.0 juta
AJL32
2017
11 Februari 2018 Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Alif Satar
Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Aubrey Suwito Nivea
Samsung
6.1 juta
AJL33
2018
3 Februari 2019 Hamsiah Biri Alif Satar
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Nabila Razali
Ismail Izzani
Samsung Galaxy
KFC
6.2 juta
AJL34
2019
9 Februari 2020 Nurhul Huda Khalid
Roslina Abdul Rahman
Haziq Hussni
Sherry Alhadad
Awal Ashaari
Hefny Sahad
Ain Edruce
Shuk Sahar
Sean Lee
Ajai McDonald's
Celcom
Setel
6.0 juta
AJL35
2020
14 Mac 2021 Auditorium MBSA, Shah Alam Nurhul Huda Khalid
Aeizul Reeza Ismail
Haziq Hussni
Sherry Alhadad
Awal Ashaari
Hefny Sahad
Neeta Manishaa
Muaz Mohamed
Sissy Imann
Mokhzani Ismail McDonald's
Celcom X Pax
Sabella
AJL36
2021
6 Mac 2022 Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur
Jamil Hassan
Mohd Hanafi Mohd Sani
Alif Satar
Nabila Huda
Sean Lee
Sissy Imann
Ramli M.S. Mokhzani Ismail Noir Health & Beauty
Oppo

Penjurian[sunting | sunting sumber]

Untuk senarai penuh jemaah juri AJL , sila lihat senarai jemaah juri Anugerah Juara Lagu

Pertandingan ini bermula dari peringkat undian popular mingguan di dalam program Muzik Muzik di mana undian dibuat oleh penonton melalui borang akhbar (1986-2002) dan undian atas talian (2003-kini). Pemarkahan terkumpul akan menentukan 30 buah lagu yang akan bertanding di peringat Separuh Akhir. Pada peringkat ini lagu-lagu yang akan mara ke peringkat akhir akan dinilai oleh juri profesional yang dilantik daripada komposer dan pengarah muzik.

Anugerah Juara Lagu menggunakan kaedah penjurian secara profesional dimana sekumpulan penggiat seni muzik dari pelbagai latar belakang dikumpulkan untuk menilai kualiti lagu yang mara ke peringkat akhir bagi menobatkan lagu juara, naib juara, tempat ketiga dan juara kategori (1992-2008). Pada malam anugerah, pemarkahan persembahan vokal dan persembahan pentas akan digabungkan bagi menentukan kejuaraan. Pemarkahan vokal terletak 100% di tangan juri, manakala persembahan pentas ditentukan sama ada menerusi undian peminat (undian akhbar, telefon, SMS, atas talian) ataupun digabung/ditentukan oleh juri profesional.

Senarai Pemenang Keseluruhan Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Untuk senarai penuh penyertaan, sila lihat senarai lagu-lagu yang pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu

  • 2002:
    • Tajuk: "Keliru"
    • Artis: Ajai & Nurul
    • Gubahan: Aidit Alfian
    • Lirik: Aidit Alfian
    • Album: Ajai & Nurul (2002)
  • 2008:
    • Tajuk: "Lagu Untukmu"
    • Artis: Meet Uncle Hussain
    • Gubahan: Taja (Nik Mustaza Nik Mustaffa)
      dan Tass (Tassiq Saidi Hashim)
    • Lirik: Taja, Tass dan Lan (Nor Azlan Rosle)
    • Album: Runut bunyi siri TV KAMI: The Album (2008)

  • 2017:
    • Tajuk: "Jampi"
    • Artis: Hael Husaini
    • Gubahan: Hael Husaini & Ezra Kong
    • Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
    • Diterbitkan dalam format single
  • 2019:
    • Tajuk: "Sumpah"
    • Artis: Naim Daniel
    • Gubahan: Naim Daniel & Omar K
    • Lirik: Naim Daniel
    • Diterbitkan dalam format single

Petunjuk:
Tajuk = Tajuk lagu
Gubahan = Pencipta/Penggubah lagu
Lirik = Penulis lirik
Artis = Penyanyi
Album = Album yang menerbitkan lagu tersebut

Mulai 1993, Anugerah Industri Muzik mempertandingkan anugerah lagu terbaik, dan berikut ialah penanda perbandingan keputusan;
† = Lagu yang memenangi Lagu Terbaik AIM
†S = Lagu yang memenangi mana-mana Lagu Kategori Terbaik AIM
‡ = Lagu yang dicalonkan sebagai Lagu Terbaik / mana-mana lagu kategori terbaik AIM
‡S = Lagu yang dicalonkan dalam mana-mana lagu kategori terbaik AIM
Jika diukur menerusi pertandingan menerusi album, berikut ialah penandanya;
†C = Album yang memenangi mana-mana Album Kategori Terbaik AIM
†K = Album yang memenangi Album Terbaik Keseluruhan AIM
‡C = Album yang dicalonkan dalam mana-mana album kategori terbaik AIM
‡K = Album yang dicalonkan sebagai Album Terbaik Keseluruhan AIM

Juara-juara Kategori[sunting | sunting sumber]

Ketika mula dianjurkan pada 1986, AJL mempertandingkan kategori terbuka untuk semua genre lagu. Bagaimanapun, dari AJL yang ke 7 (1992) hingga AJL 23 (2008), penganjurkan membuka tiga kategori yang disusun mengikut genre lagu. Kategori berkenaan ialah balada, pop rock serta irama malaysia etnik kreatif. Pembukaan kategori ini antara lain untuk memastikan genre muzik tradisional turut sama bersaing dengan lagu-lagu pop masakini. Pertandingan melalui kategori dimansuhkan pada tahun 2009 ekoran kekurangan penyertaan daripada lagu-lagu berirama tradisional.

Kategori Khas[sunting | sunting sumber]

Lain-lain Anugerah[sunting | sunting sumber]