Riduan Mohd Nor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Ustaz Dr

Riduan Mohamad Nor

K.M.N.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Memegang jawatan
2013
PresidenAbdul Hadi Awang
Pegawai Penyelaras Parlimen Besut
Lantikan Kerajaan Negeri Terengganu
Memegang jawatan
2018
Butiran peribadi
Lahir1 Jun 1971
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
KediamanTerengganu Terengganu
PekerjaanAhli politik

Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan seorang penulis. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Riduan memiliki B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) dan berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda PAS Wilayah semenjak zaman belajar di UM (Dip. Ed), juga sebagai SU DDD Lembah Pantai.

Beliau pernah menjadi guru selama 13 tahun sebelum berhenti. Beliau pernah mengajar di SMK Khatolik PJ, SMK La Salle PJ, SMK Perempuan Taman Petaling, Yayasan Anda Akademik dan Victoria Institution KL.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sekali lagi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[1]. Riduan mula menyertai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sejak 2013. Beliau pernah menyandang tugas sebagai Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku secara perseorangan atau bersama penulis lain .Antaranya ialah :

  1. Pertembungan Iman dan Kufur
  2. Sejarah Pemalsuan Al-Quran
  3. Ahzab Moden dan Masa Depan Islam
  4. Tajuk-Tajuk Utama Ramadhan (bersama dengan Nazri Chik)
  5. Duka Acheh Luka Kita
  6. Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan
  7. Gaza Menangis
  8. Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden
  9. Catatan Kanvas Kehidupan
  10. Tsunami Politik Permatang Pauh
  11. Analisis Pilihan Raya Umum ke-12
  12. Potret Perjuangan Mahasiswa Dalamm Cerminan Dekad
  13. Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan
  14. Memperingati 100 Tahun Hassan Al Banna
  15. Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW - Implikasi Hulum , Menelusuri Sejarah dan Isu Kontemporari
  16. Peperangan Rasulullah SAW
  17. Siri Serangan Pemikiran - Islam Liberal dan Pluralisme Agama
  18. Murtad - Implikasi Hukum dan Fenomena
  19. Menggengam Bara - Menelusuri Perjuangan 50 Tahun Dewan Pemuda Pas Pusat dan Kezaliman ISA
  20. Aku, Cinta dan Bulan
  21. Menerjang badai: 60 tahun Mempersada Perjuangan
  22. Makkal Sakhti 2008: Analisis Pilihanraya Umum Ke-12

Kembara[sunting | sunting sumber]

Ustaz Riduan Mohd Nor pernah sampai ke Banda Acheh, Meulabuh, Blang Pidie, Brastagi, Batak Karo, Medan, [Bandung]], Tasik Malaya, Cipanas, Pangandaran, Jogjakarta, Solo, Jakarta, Bogor, Puncak,Pnom penh, Preai Riem, Chennang, (Kemboja), Fukuoka, Oita (Jepun), Irbid, Muktah ,Amman, (Jordan), Beirut , Damascus, Nawar, (Syria), Mekah, Madinah, Jeddah, (Arab Saudi), Dubai, Brunei, Singapura, Bangkok, Yala, Karachi, Islamabad, Rawalpindi, Balakot (Pakistan) ,Muzaffarabad (Kashmir), melintasi Asia Timur seperti Macau, Guang Dhong, Canton dan Hong Kong.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
  2. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  3. ^ Biodata Ustaz Riduan Mohd Nor