Pergi ke kandungan

Stesen LRT Kampung Baru

 KJ11  Kampung Baru
کامڤوڠ بارو‎
Rapid KL Logo | Stesen LRT
Pemandangan pintu masuk aras tanah Stesen LRT Kampung Baru pada tahun 2007
LokasiStesen LRT Kampung Baru,
Jalan Hassan Salleh,
50300 Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°09′40.8″U 101°42′24.0″T / 3.161333°U 101.706667°T / 3.161333; 101.706667
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform pulau
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ11 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999; 27 tahun yang lalu (1999-06-01)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
KLCC
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya Dang Wangi
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Kampung Baru, atau Stesen LRT Kampung Baru–Co-opbank Pertama di bawah program hak penamaan stesen, adalah stesen transit aliran ringan (LRT) yang terletak di kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Nama stesen ini diambil sempena lokasi stesen iaitu Kampung Baru. Stesen ini dibuka di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak (tidak termasuk Sri Rampai) pada 1 Jun 1999.[1]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Kampung Baru menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Sri Petaling, dan terletak antara stesen KLCC dan stesen Dang Wangi. Kod stesen bagi stesen ini ialah KJ11.

Stesen LRT Kampung Baru terletak di sebelah selatan Kampung Baru berdekatan dengan tebing Sungai Klang, Jalan Hassan Salleh, dan Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH)

Antara mercu tanda yang terdapat berhampiran stesen ini termasuk:

  • Pintasan Saloma
  • Legasi Kampung Bharu
  • Flat PKNS Kampung Baru
  • Masjid Jamek Kampung Baru
  • SRA Jalan Raja Muda Musa

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, dan kaunter perkhidmatan pelanggan Akses OKU
B2 Aras
platform
→ Platform 1: 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (KLCC)
Platform pulau, pintu dibuka di sebelah kanan
← Platform 2: 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Dang Wangi)

Stesen LRT Kampung Baru adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat iaitu: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Stesen berdekatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Kampung Baru juga terletak kira-kira 1.1 kilometer (0.68 bt) ke arah timur laut ke  PY19  Stesen MRT Raja Uda di bawah 12 Laluan Putrajaya, yang mengambil kira-kira 15 minit waktu berjalan kaki antara kedua-dua stesen tersebut. Namun, kedua-dua stesen ini tidak dilabelkan sebagai stesen pertukaran mahupun stesen sambungan di peta transit rasmi.

Pintu masuk dan keluar

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Kampung Baru mempunyai dua pintu masuk dan keluar. Pintu A merupakan pintu utama stesen dan bersaiz lebih besar serta dilengkapi lif, eskalator, dan tanjakan untuk pengguna kerusi roda. Pintu B merupakan pintu yang baru dibuka pada tahun 2025 dan terletak kira-kira 40 meter ke arah timur dari Pintu A serta terletak berhampiran Pintasan Saloma yang merupakan sebuah infrastruktur ikonik di Kampung Baru, dan hanya dilengkapi eskalator dan tangga.

Laluan Kelana Jaya - Kampung Baru
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Jalan Hassan Salleh Kampung Baru, Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Abdullah, Jalan Raja Alang
B Sebelah barat Lorong Raja Muda Musa 1 Pintasan Saloma
  1. ↑ Meng Yew Choong (2015-08-31). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-25. Dicapai pada 2019-05-07.
  2. ↑ "Bike N' Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-04.