Stesen LRT Sentul Timur
Lokasi | Stesen Sentul Timur, Jalan 2/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°11′9″N 101°41′43″E / 3.18583°N 101.69528°EKoordinat: 3°11′9″N 101°41′43″E / 3.18583°N 101.69528°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
Aliran/laluan | ![]() ![]() | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Landasan | 2 | ||||||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
K. letak kenderaan | 55 petak parkir | ||||||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | AG1 SP1 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 11 Julai 1998 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
sunting |
Stesen LRT Sentul Timur adalah stesen LRT bagi Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini merupakan stesen terminal barat bagi Laluan Ampang dan stesen terminal utara bagi Laluan Sri Petaling. Stesen ini juga merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Ampang dengan Laluan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada Julai 1998.
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 2/48a. Di sebelah timur stesen adalah Pangsapuri Bandar Baru Sentul manakala di sebelah barat stesen adalah SK Convent Sentul 2. Juga terletak berhampiran stesen adalah Pangsapuri Mawar, kondominium SkyMeridien Sentul East, kondominium Rafflesia Sentul, kondominium The Fennel Sentul East, kuil Athi Eeswaran dan Pusat Komuniti Sentul Perdana.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | |
AG/SP Arah Selatan | → ![]() → ![]() | |
AG/SP Arah Utara | ![]() ![]() | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan ![]() |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat 55 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T180 berkhidmat di stesen ini.
Insiden[sunting | sunting sumber]
Pada 27 Oktober 2006, sebuah tren LRT enam gerabak yang tiba dari Ampang secara tiba-tiba bergerak laju selepas berhenti di stesen ini dan melampaui hujung landasan selepas stesen ini, menyebabkan separuh gerabak hadapan terayun-ayun 25 m dari aras tanah.[4]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
![]() | Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |