Stesen MRT Taman Midah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Taman Midah Rapid KL
SBK Line Taman Midah Platform 1.jpg
Nama lainتامن ميده (Jawi)
美达花园 (Cina)
தமன் மிடா (Tamil)
LokasiStesen MRT Taman Midah, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028Koordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028
Dimiliki olehMRT Corp
Aliran/laluan 9  Laluan Sungai Buloh-Kajang
Platform2 platform sisi
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T305, 400, T402, 450
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan1355 petak parkir kereta dan 259 petak parkir motosikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK24 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen MRT Taman Midah ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Midah yang terletak di selatan stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Taman Bukit Mewah.[2]

Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur dengan Jkr-ft1.svg Jalan Cheras di sebelah timur stesen. Di sebelah selatan stesen adalah Taman Midah manakala di sebelah tenggara stesen adalah Taman Sri Bahtera. Juga terletak berhampiran stesen adalah Hospital Rehabilitasi Cheras, Krematorium DBKL Cheras dan Tanah Perkuburan Kristian Cheras.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SBK Arah Selatan  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Taman Mutiara)
SBK Arah Utara  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Taman Pertama)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1355 petak parkir kereta dan 259 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T305, 400, T402, 450 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada asal pada 22 Nov 2018. Dicapai 22 Nov 2018. 
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 28 Mei 2019. Dicapai 28 Mei 2019. 
  3. ^ "Taman Midah — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai 30 Mei 2019. 
  4. ^ "Park N' Ride — MSPR Taman Midah". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai 30 Mei 2019.