Pergi ke kandungan

Stesen MRT Kepong Baru

 PY10  Kepong Baru
کڤوڠ بارو‎
Rapid KL Logo | Stesen MRT
LokasiStesen MRT Kepong Baru,
Jalan Kepong, Laman Rimbunan Kepong,
52100 Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°12′43″U 101°38′53″T / 3.211890°U 101.648040°T / 3.211890; 101.648040
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform pulau
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Sambungan T115
Pengangkutan bas Selangor Bus (Selangor Omnibus): 100, 103, 104, 107
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY10 
Sejarah
Dibuka16 Jun 2022; 4 tahun yang lalu (2022-06-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Metro Prima
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Jinjang
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Kepong Baru adalah stesen transit aliran massa (MRT) di Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Putrajaya yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.

Stesen ini dinamakan sempena kawasan perbandaran baharu di Kepong.

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumumkan bahawa stesen Kepong Baru akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di YouTube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[1] Stesen MRT Kepong Baru terletak di sektor pakej projek landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat utara dengan kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S06.[2][3]

Mengikut perancangan asal, stesen ini dan stesen-stesen lain di bawah Fasa 1 bermula dari stesen Kwasa Damansara hingga stesen Kampung Batu, sepatutnya dibuka pada November 2021 tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang masih berleluasa di negara Malaysia pada ketika itu.[4][5][6]

Akhirnya, stesen MRT Kepong Baru bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 1 telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya pada 16 Jun 2022.[7][8]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Kepong Baru menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak antara stesen Metro Prima dan stesen Jinjang, serta mempunyai kod stesen iaitu PY34.[9]

Stesen MRT Kepong Baru terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di atas Jalan Besar Kepong yang merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan 54 di dalam kawasan perbandaran Kepong Baru.

Antara mercu tanda yang terdapat berhampiran stesen ini termasuk:

  • Laman Rimbunan
  • Tokong Cina Yuen Long
  • Kondominium Vista Mutiara
  • Taman Usahawan Kepong
  • KWSP Kepong
  • Shell Kepong Baru
  • Kawasan Perniagaan dan Perindustrian TSI
  • Taman Mutiara Fadason
  • Dewan Jing Si (dimilki oleh Yayasan Buddha Taiwan Tzu-Chi Malaysia)

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2 Aras
platform
→ Platform 2: 12 Laluan Putrajaya menghala ke  KG04   PY01  Kwasa Damansara (Metro Prima)
Platform pulau, pintu dibuka di sebelah kanan
← Platform 1: 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Jinjang)
L1 Aras
legar
Mesin tiket, pintu pagar tambang, dan kaunter perkhidmatan pelanggan Akses OKU
G Aras
tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen MRT Kepong Baru adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform pulau di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat juga kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Tambahan lagi, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[10]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Kepong Baru mempunyai tiga pintu masuk dan keluar.

Pintu A terletak di sebelah utara stesen atau Jalan Rimbunan Raya 1, Pintu B terletak di selatan stesen berdekatan dengan Jalan Ambong Kiri, dan Pintu C pula terletak berhampiran dengan Pintu A di Jalan Besar Kepong. Pintu A dan B mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya.

Laluan Putrajaya - Kepong Baru
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A
Akses OKU
Jalan Rimbunan Raya 1 Hentian bas, teksi, dan kenderaan peribadi,
Laman Rimbunan,
KWSP Kepong,
Taman Usahawan Kepong
B
Akses OKU Pengangkutan bas
Jalan Ambong Kiri Hentian bas, teksi, dan kenderaan peribadi,
Kondominium Vista Mutiara,
Dewan Jing Si,
Kepong Baru
C
Pengangkutan bas
Jalan Besar Kepong Hentian bas

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas perantara T115 (MRT Kepong Baru - Taman Sri Sinar) beroperasi sepenuhnya di Pintu B stesen sahaja.[11][12]

Laluan Koridor Pengendali Terminal Jumlah perhentian Ruj.
T115  Koridor Jalan Ipoh RapidKL MRT Kepong Baru Pintu B ↺ Taman Sri Sinar 23 stesen [11]
  1. ↑ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) .]. Dicapai pada 2022-11-29 – melalui Youtube.
  2. ↑ MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-12. Dicapai pada 2022-01-29.
  3. ↑ "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 2015-05-14. Dicapai pada 2022-02-20.
  4. ↑ Izzul Ikram (2021-10-04). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
  5. ↑ Shahrizan Salian (2021-10-04). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  6. ↑ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-07. Dicapai pada 2019-05-18.
  7. ↑ Astro Awani (2022-06-16). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 2022-07-09.
  8. ↑ Muhamad, Hasimi. "Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan". Astro Awani. Dicapai pada 2022-06-16.
  9. ↑ "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Agensi Pengangkutan Awam Darat. Dicapai pada 2026-09-30.
  10. ↑ "Stesen MRT Kepong Baru". MRT Corp. Dicapai pada 2021-10-18.
  11. 1 2 "MyRapid - Bus Kiosk (T115)". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-10-07.
  12. ↑ "Kepong Baru MRT Station" [Stesen MRT Kepong Baru]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]